ABPBH 2009 Ialah ABP Terakhir Buat Dato’ Siti... ??

abpbh 2009

Kami nak melahirkan rasa kekaguman kami kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang secara suka rela menarik diri daripada menyertai ABP Berita Harian pada tahun depan. Untuk makluman anda semua, ABPBH 2009 adalah ABP terakhir buat Dato’ Siti. Mengapa? Kerana Dato’ Siti nak bagi can kat muka-muka baru. Asyik-asyik dia sorang je yang menang.

Saya berterima kasih kepada peminat kerana mencalonkan saya lagi pada tahun ini, tapi ini mungkin tahun terakhir bagi saya untuk menyertai ABP ini. Saya dah lalui acara ini dalam masa yang panjang dan saya sudah lalui susah payah bertungkus lumus berkempen untuk diri sendiri. Kini tiba masanya bagi peluang kepada artis lain pula.

Jika anda peminat Dato’ Siti pastinya anda akan kecewa. Tapi sekali sekala cubalah fahami hati Dato’ Siti. Kami rasa dia dah boring asyik menang je. Kalau masuk pertandingan apa-apa je mesti dia menang. Masuk AJL dia menang. Masuk ABP dia menang. Kalau ada pertandingan masak-masak pun rasanya dia menang gak kot.

Harap-harap dengan penarikan diri Dato’ Siti nie ada can la artis lain nak menang. Terima kasih kepada Dato’ Siti yang prihatin dengan monopoli kemenangan dirinya sendiri. Anda memang terbaik~~~

1 comments:

Anonymous { April 5, 2010 at 7:52 PM }
kitaorg pun da boring tgk asik siti je menang.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes