Mike Tyson Bebas Tuduhan BerTINJU Dengan Paparazi


Tyson tidak akan didakwa atas tuduhan bergaduh dengan seorang paparazi, Tony Echevarria, di lapangan terbang Los Angeles - foto AP

MIKE Tyson akhirnya menyambut tahun baru dengan lebih lega.

Ini kerana dia tidak akan didakwa atas tuduhan bergaduh dengan seorang paparazi, Tony Echevarria, di lapangan terbang Los Angeles.

Echevarria mendakwa Tyson memukulnya sehingga berdarah dan lebam di badan.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk tidak memfailkan tuduhan ke atas Tyson.

Bekas peninju tersebut dikatakan bertumbuk dengan juruvideo itu pada November 2009 ketika bersama isterinya Lakiha Spicer dan anak perempuannya Milan, 10.

Kedua-dua lelaki berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Ekoran itu, mereka telah ditahan untuk disoalsiasat oleh polis.

Echevarria memberitahu bekas juara bina badan itu yang mula mencetuskan pergaduhan walaupun mereka tidak pernah berselisih faham.

Tyson pula mendakwa lelaki tersebut yang mula menyerangnya.

Ekoran kejadian itu, Echevarria, 43, menerima lima jahitan. Tyson dikatakan risau dengan kejadian tersebut kerana dia kini masih dalam tempoh percubaan selama tiga tahun kerana ditangkap akibat dadah di Arizona pada tahun 2007.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes