Santau... Seram Dan Menggerunkan ! atau ? jom bace sinopsis SAnTAW






KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER :
Kepercayaan masyarakat Asia khususnya di Malaysia, Indonesia dan Indo-China, terhadap ilmu santau telah lama wujud. Sejauh mana teruknya kesan permainan ilmu hitam yang ditakuti itu, ia akan terbongkar dalam filem ke-32 terbitan Metrowealth Sdn Bhd (MIG), Santau.

Karya arahan pengarah baru, Azhari Zain itu bakal menemui penonton di seluruh Malaysia bermula esok, 10 Disember.

Filem yang pertama kali menggunakan kamera red cam diyakini dapat meremangkan bulu tengkok penonton kerana lakonan serta kesan khasnya dibuat dengan teliti. Ia juga mengetengahkan bakat baru Putri Mardiana yang dianggap berjaya memberikan lakonan yang memberangsangkan sebagai mangsa santau.


"Filem ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang menimpa seseorang. Apabila menyedari jalan ceritanya sangat menarik, saya tidak teragak-agak untuk menerbitkannya sebagai sebuah filem.

"Bagaimanapun, salah satu kelemahan saya ialah saya takut menonton cerita hantu. Sebelum ini saya pernah berjumpa dengan produser David Teo, sekadar berkongsi cerita dan pengalaman di rumahnya. David cakap kalau mahu buat filem hantu mesti ada perasaan takut. Kalau tak ada unsur takut, itu bukan cerita hantu. Bila saya fikir balik, katanya itu ada betulnya," kata Azhari ketika bercakap pada majlis pra-tonton filem Santau, baru-baru ini.

Santau yang menjalani pengambaran sepenuhnya di sekitar Lembah Klang memaparkan perasaan hasad dengki seorang jiran terhadap jirannya yang lain.

Selain Esma dan Riezman, filem ini dibarisi pelakon hebat seperti Lisdawaty, Bob Lokman, Hafidzuddin Fadzil dan Maria Farida.

Antara babak mendebarkan ialah ketika Putri Mardiana telah terpelanting ke arah Ayatul Kursi yang besar di dalam sebuah surau, dalam usaha seorang ustaz melawan kuasa jahat yang merasuk tubuhnya.

Apa yang menarik belum lagi Santau ditayangkan, Azhari, sekali lagi dipertanggungjawabkan mengarah filem seram, Mantra pada penghujung November ini.


Sinopsis Santau

Sepasang suami isteri, Halim dan Nina, bersama anak perempunnya, Ecah, hidup dalam keadaan selesa di perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh kerana dia berjaya dalam kerjaya dan suasana rumahtangganya yang harmoni.

Bagaimanapun, selepas jiran baru mereka, Man dan Arfah, berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian mistik di dalam rumah mereka bermula dengan Ecah yang terlihat pelbagai kelibat misteri. Semua kejadian ini berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar hingga lewat malam. Jadi Halim selalu harapkan anak dan isterinya dijenguk oleh Usin dan Lyana iaitu jiran lama mereka.

Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka. Nina yang sentiasa ceria mula berubah menjadi malas dan pendiam. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik.

Bagaimanapun Ecah mengesyaki mamanya mengalami gangguan ghaib. Suatu malam, Halim berkejar pulang apabila Ecah memberitahu mamanya dirasuk dan menjerit-jerit. Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut menasihatkan Halim membawa Nina berjumpa orang yang pandai mengubat kerana Nina telah disantau.

sumber dari murai.com.my

1 comments:

pak long { January 5, 2010 at 5:32 PM }
salam...
walaupun moden ni...santau masih tip-top....jadi jaga-jaga la makan kat kedai makan yang top ngan santau.
paling berbahaya diujung tahun...

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes