Meet Uncle Hussain tarik diri dari muzik-muzik separuh akhir


Meet Uncle Hussain

Nampaknya Anugerah Juara Lagu kali ke-24 awal-awal lagi sudah tidak akan menampakkan bayangan Meet Uncle Hussain (MUH) apabila mereka telah menarik diri daripada melalui proses saringan separuh akhir muzik-muzik yang akan bermula pada 6 November 2009 ini.

Mereka yang sepatutnya mempertaruhkan lagu mereka yang berjudul “Pari-Pari Di Bawah Angin” hasil ciptaan dan lirik oleh Taja/Tassiq/Lan itu memberi alasan tiada persefahaman antara mereka untuk meneruskan saingan dalam Muzik-Muzik Separuh Akhir.

Sehubungan dengan itu, MUH yang dijadualkan membuat persembahan pada minggu kedua separuh akhir iaitu pada 13 November bakal digantikan dengan kumpulan Grey Sky Morning dengan lagu berjudul “Cinta Gila” hasil ciptaan Sharnizad & Hafizal, lirik oleh Hafizal.


sumber dari Zonartis.com

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes