Scha lepas geram, kami pun nak lepas geram jugalah. Boleh?


Gambar terkini Scha Al-Yahya

Woot! Scha lepas geram a.k.a marah terhadap penulis blog. Apa kes ni? Huhu.. Beberapa hari lalu, Scha ada meluahkan perasaan kat laman Facebook milik’nya. Daripada luahan perasaan tersebut, jelas yang Scha bengang terhadap penulis blog terutamanya penulis blog hiburan (kami ke?) apabila kisah mengenai’nya cuba disensasikan.

Mungkin ada diantara korang yang tidak berkesempatan membaca luahan perasaan Scha itu, jadi kami copy paste’kannya kat bawah ni. Kalau rajin, korang baca la yer.

What do i do
Sun at 2:51am

Salam.

Seperti biasa, its been an okay week for me. but today, im very upset. yes as a public figure and a well known person, theres price i hafta pay. but kadang2 kan lebih baik kalau semua faham yang saya ni pun manusia…

kita ada fundamentall beliefs. masing2 ada philosophy masing2. masing2 ada pendapat dan cara tersendiri. so far, Alhamdulillah, saya cuba entertain semua fans yg nak amik gambar dan sebagainya. but bila saya buat mcm tu, ada suara2 sumbang, oh dia dulu mcm tu lah, sekarang mcm tanak layan lah. pernah tak terfikir yg kami ni semua manusia, ada rasa penat, rasa marah etc. pernah tak?

Gambar skodeng merata2. kat mana etika. be civilised. tak sangka sampai mcm tu sekali orang sanggup buat. semata mata nak dapatkan HIT tinggi, visitor ramai ,iklan banyak dlm blog masing2???

terlalu banyak spekulasi,banyak benda yg di teka, banyak benda yg simple di besarkan tanpa usul periksa. soalan2 yg tak perlu, melaga lagakan orang. apa tu? utk ratings? i mite be doing a risky move by voicing out what i feel but at least, im being honest.

cinta 3 segi. apa tu? God knows and i haf proof that the reason why we broke up is bcoz somthing else. bukan sebab pihak ketiga. please, get it cleared and no more after this. tak payah pandai2 nak bercakap and spread “VIRUS” ni.

twitter. i tweet, kalau i approve request, ada pulak yg tak bertanggungjawab buat benda bukan2. taruk dlm blog,scoop sana scoop sini. lumrah. itulah yg internet buat. bila kita nak lebih dekat dengan peminat, ada pulak yg mencacatkan niat2 tu.

saya, akan bercakap bila perlu, berkongsi bila sampai masa.

sekurang2 kurangnya saya bukan bertopeng

TC
salam

Dan ini pula ‘lepas geram’ versi kami sebagai penulis blog yang kononnya ‘tak beretika’ ni. Kalau korang rajin nak baca lagi, teruskan la yer..

Apa-apa je la Scha.. Kitorang (especially kami) sebagai pemilik blog berkaitan artis dan dunia hiburan ni menulis artikel dari apa yang kami lihat dan dengar. Kalau benda tu tak betul dan hanya khabar angin semata-mata, awal-awal lagi kami akan declare benda tu adalah gosip. Tahukan apa itu gosip? Tapi kalau benda tu betul malah dikukuhkan lagi dengan gambar dan laporan akhbar yang dah sah-sah diperolehi oleh wartawan bertauliah, takkan nak kata gosip juga kan?

Kitorang ‘kepoh’ pasal artis ni pun sebenarnya nak mendekatkan lagi para artis (anda la tu Scha) dengan peminat. Anda sebagai artis kena faham, peminat dunia hiburan kat Malaysia sekarang sudah semakin bijak dan sentiasa menginginkan cerita-cerita artis dari pelbagai aspek. Tak kisah la kisah peribadi ke, pencapaian or what so ever. Jadi kami yakin bahawa laman-laman blog adalah medium terbaik untuk mereka mendapatkan semua itu kerana jika hanya berharap pada majalah-majalah hiburan dan juga media mainstream, seperti ada ‘halangan’ yang membataskan mereka untuk mengetahui lebih luas terhadap dunia hiburan kat Malaysia ni lagi-lagi cerita mengenai artis. Sebab tu gambar-gambar ’skodeng’ dan mungkin agak panas hanya dapat dilihat di laman-laman blog. Kami rasa anda sebagai artis pun faham mengenai perkara ini kan? Lagipun kebanyakkan berita artis yang dipaparkan di media mainstream juga diambil dari laman-laman blog. Cuma memandangkan mereka adalah wartawan bergaji, maka ianya dianggap ’special case’.

Mengenai kes Twitter tu pulak, kami no komen kerana setakat ini kami tak pernah menjadikan Twitter anda sebagai bahan berita kami. Yer la, takkan hari ni anda makan apa, lepak kat mana pun kami nak tulis kat blog kan? Itu betul-betul kehabisan modal la namanya. Huhu.. Cuma kami nak bagi nasihat sket, kalau benda-benda terlalu peribadi tu, tak perlulah nak update kat Twitter lagi-lagi jika ianya berkaitan dengan communicate antara 2 pihak. Guna SMS terus ke telefon si dia sudah.

Oleh itu, janganlah marah-marah jika kisah atau gambar anda (merujuk kepada artis) tersebar kat laman-laman blog kerana ianya juga merupakan salah satu bentuk publisiti yang sungguh superb untuk anda sebagai artis. Kan bagus tu. Cuma anda kena tahan ‘tukul’ la sebab apa yang disampaikan tu kadang-kadang mendapat feedback yang panas dari para readers even benda yang disampaikan tu adalah baik-baik belaka. Huhu..

2 comments:

[sutera kasih] { January 2, 2010 at 4:25 AM }
hmm..dh nmanya artis..kenala thn 'tukul' & bykkan sbr..
ISZA { January 2, 2010 at 7:13 PM }
ye lah, klo dah dri sendiri yg buka ruang, jgn salahkan org lain...

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes