Tiz Zaqyah Berjaya Jadi Finalis Top 5 Pelakon TV Wanita Popular

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung Majlis Pengumuman 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Royal Ballroom 3, Palace of Golden Horses Hotel Mines City Resort.

Seperti biasa, semua top 5 finalis ABP dijemput. Ramai juga yang hadir termasuklah pelakon Nur Kasih iaitu TIZ ZAQYAH!

Budiey ingin mengucapkan TAHNIAH buat Tiz Zaqyah kerana telah berjaya tersenarai buat PERTAMA kali dalam Kategori Pelakon TV Wanita Popular. Tiz Zaqyah yang hadir dengan memakai gaun potongan sederhana berwarna keemasan ini akan bersaing dengan senior seperti Fasha Sandha, Noorkhiriah, Rozita Che Wan dan Scha Alyahya.

Dengan populariti drama Nur Kasih yang ditonton seramai 5 juta penonton, mampukah Tiz Zaqyah menggondol anugerah buat pertama kali dalam ABP?


0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes