Amy Mastura Dilantik Duta Kempen 'Jom Lebih Sihat' Lifebuoy

Majlis pelancaran kempen Malaysia, 'Jom Lebih Sihat' telah dianjurkan oleh Lifebuoy bertempat di Sunway Convention Centre baru-baru ini

SATU majlis pelancaran kempen Malaysia, 'Jom Lebih Sihat' telah dianjurkan oleh Lifebuoy bertempat di Sunway Convention Centre baru-baru ini.

Majlis itu dilancarkan bagi menggalakkan seluruh warga Malaysia hidup lebih sihat di samping bebas daripada masalah kesihatan.

Penjagaan rapi yang disyorkan daripada produk penjagaan kebersihan itu turut disertai oleh tiga duta Lifebuoy yang baru dilantik iaitu bekas pelumba negara M. Kumaresan, pelakon dan personaliti TV Loo Aye Keng dan aktres kecil molek Amy Mastura.

Kempen ini dilancarkan berserta dengan New Advanced Lifebuoy with Active5 Germ Protection Formula yang bermula dari Mac hingga Mei 2010.

Dengan kempen ini juga, Lifebuoy akan menghadiahkan secara percuma satu bar sabun kepada setiap keluarga yang membeli produk Lifebuoy dari 1 Mac hingga 31 Mei 2010.

Di akhir kempen, Lifebuoy mensasarkan 1 juta sabun akan diberikan kepada semua penduduk Malaysia.

Sabun ini akan diberikan mulai bulan Jun 2010 dengan sokongan HOPE worldwide, Yellow House Society dan Community Support Network sebagai sebahagian daripada tanggung jawab sosial persatuan organisasi kebajikan masyarakat.

Tiga duta Lifebuoy yang baru dilantik iaitu bekas pelumba negara M. Kumaresan, pelakon dan personaliti TV Loo Aye Keng dan aktres kecil molek Amy Mastura

Kempen tempoh hari telah dilancarkan oleh Mr. Ainul Yaqin, Pengarah Home and Personal Care, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd bersama Mr. Darick Wong, Pengarah program HOPE Worldwide dan Mr Law Gin Kye, Presiden Yellow House Society.

Menurut Ainul Yaqin, “Golongan yang benar-benar memerlukan kempen kebersihan mencegah penyakit ini adalah orang-orang miskin dan berpendapatan rendah seperti mereka yang tinggal di kawasan setinggan.

"Disebabkan kesempitan hidup dan tidak mampu membeli barangan kebersihan, golongan ini selalu mengambil mudah aspek kebersihan ini."

Tambahnya lagi, barangan pembersihan diri menjadi sesuatu yang mahal dan bukan satu keperluan lagi. Setiap orang memerlukan kebersihan yang baik dan sempurna,” kata Ainul.

Majlis pelancaran 'Jom Lebih Sihat' menyasarkan 1 juta pembeli sabun Lifebuoy

Jelasnya lagi, kempen kesedaran yang dijalankan pihaknya menunjukkan betapa komitednya pihak Lifebuoy dalam usahanya mengujudkan satu masyarakat yang pembersih selaras dengan aspirasi 1Malaysia, tidak kira bangsa, agama atau status quo seseorang itu.

Produk Lifebuoy, kata Ainul, merupakan sebuah produk penjagaan kebersihan atau sabun bagi menghalang pembiakan kuman itu.

Kempen ini cukup bermanfaat kepada masyarakat memandangkan bermacam penyakit akan cepat singgah kalau kita tidak mengamalkan kebersihan yang betul.

Malah, disebabkan kurang kebersihan juga penyakit influenza H1N1 mula menular sedikit masa dulu.

Menurut perangkaan yang dicatat oleh Dr. Rajan Raghavachari, Ketua Projek Teknikal Lifebuoy, pengajian klinikal yang dijalankan menunjukkan betapa mujarabnya sabun pencegahan kuman Lifebouy di mana kes cirit-birit berkurangan sebanyak 25% dan terdapat kemajuan 41% dari segi kehadiran murid-murid kerana sakit.

Sempena kempen ini juga, Lifebuoy akan mencipta satu rekod dengan membentuk sabun gergasi terdiri dari hampir 1 juta buku sabun yang akan menghampiri bentuk rumah dua tingkat sebaik kempen ini tamat.

Sabun berbentuk rumah dua tingkat ini akan dipamerkan di concourse Sunway Pyramid untuk semua rakyat Malaysia saksikan betapa murah hatinya orang Malaysia dalam membantu golongan miskin.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes