Azizah Hayati Watak Mak Dara Hingga Tertelan 'Sentil'

Azizah membawakan watak Mak Dara dalam teater Sri Mersing yang dipentaskan di Istana Budaya minggu lalu. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

WALAUPUN sekadar watak sampingan saja, tapi kehebatan aktres Azizah Mahzan membawa watak Mak Dara dalam teater Sri Mersing mendapat pujian dari penggemar teater hingga ada yang mengatakan dia over shadow pelakon utama.

Bagi Azizah, watak Mak Dara hanya sekadar satu cubaan dan tawaran itu pun diterimanya pada saat-saat akhir.

"Saya mendapat tawaran itu ketika pementasan teater Antara. Saya cuma dapat menjalani 4 latihan saja sebelum pementasan bermula. Tak sangka pula ramai yang suka watak Mak Dara yang saya bawa," kata Azizah.

Azizah bukan saja berjaya membawa watak itu malah penghayatannya menyampaikan lagu Dondang Sayang dalam teater itu cukup menghiburkan.

Bagi Azizah, apa yang dilakukan hanya sekadar memenuhi tuntutan sebagai seorang pelakon teater.

"Seorang pelakon teater perlu menari, menyanyi dan berlakon dengan baik. Saya cuma memenuhi tuntutan ini. Apa yang saya lakukan hanyalah character akting kerana saya bukan seorang penyanyi," jelas anak sulung dari tujuh adik beradik ini.

"Saya belajar menyanyi Dondang Sayang melalui You Tube dan pada malam sebelum pementasan Sri mersing. Memang agak sukar kerana lagu ini agak off beat dan kita perlu menyanyi sebelum tempo. Ia juga ada unsur rap dan liriknya pula kena ad lib," jelas Azizah yang pernah menyanyi dalam pementasan Lantai T.Pinkie dan Mana Setangginya sebelum ini.

Penghayatan Azizah terhadap watak Mak Dara bukan sekadar tnasi suara, lenggang dan menari, Azizah juga terpaksa mnggunakan 'sentil' yang begitu sinonim dengan Mak Dara.

"Maaf saya tak pakai sentil ye. Apa yang you lihat tu adalah prune tajaan Sunsweet. Tiap-tiap malam saya terpaksa guna sentil @ prune tu hinga satu malam, saya tertelan prune," jelas Azizah dengan hilaian ketawa.

Ditanya apakah pementasan Sri Mersing memuaskan hatinya.

"Keseluruhan, saya rasa semua sudah beri yang terbaik tapi rasanya boleh diperbaiki lagi. Abang A.Galak mempunyai stage presence yang kuat. Yang lain-lain tu saya tak payah komen...," kata aktres yang berasal dari Johor Bharu itu.

Walaupun nampak yakin dengan lakonannya, Azizah mengaku yang dia sebenarnya ada penyakit 'agrophobia' di mana seseorang itu tidak suka berada di tempat orang ramai atau sesak.

"Saya sudah lama ada penyakit 'agrophobia' kerana saya tak suka berada di tengah orang ramai dan saya juga takut dikerumuni orang ramai. Entah kenapa saya berada dalam industri seni ini....

"Saya takut bila orang ramai-ramai ambil gambar saya. Saya tak boleh handle diri saya dalam crowd tapi kalau perform tak apa," kata aktres berusia dalam lingkungan 40an ini.

Terlalu over exposed juga merimaskan Azizah kerana dia lebih suka jika wajahnya tidak terlalu kerap berada di kaca TV.

"Saya tidak akan berlakon di TV3 selagi saya mendapat respons yang asyik-asyik muka saya saja di TV3. Di Istana Budaya pun saya rasa saya macam sudah over exposed.

Saya perlu berehatlah....," jelas Azzizah yang teruja untuk kembali aktif seandainya dia mendapat tawaran berlakon dalam teater Che Det pada bulan Oktober nanti.

"Teater Che Det memang saya nanti-nantikan. Yang itu kalau tawarkan diri pun saya tak kisah," kata Azizah.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes