Atilia Mahu ‘A’ Cintanya Di Akhir Garisan

Atilia selalu menghabiskan masanya di beyoga setiap hari. - Foto oleh AZHAR MAHFOF

SETELAH diceraikan dengan talak satu oleh bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Aziz pada Januari tahun lalu, penyanyi terkenal Raja Puteri Atilia Raja Haron atau Atilia, 36, tidak pernah serik untuk bercinta lagi.

Sudah ditakdirkan jodohnya dengan Ariff yang dibina selama 10 tahun itu berakhir dengan penceraian. Tetapi pasangan itu masih berkawan baik.

Namun penyanyi yang mempelopori rentak jazz kontemporari itu berkata dia masih mendambakan cinta yang kekal sehingga di akhir garisan.

Saat ditanya sudahkah hatinya terisi setelah menyolo lebih setahun lamanya, anak sulung penyanyi versatil 1980-an Salamiah Hassan itu hanya mengangguk.

Atilia tanpa berselindung memberitahu jejaka yang cukuplah dikenali sebagai A itu telah bergelar kekasihnya sejak setahun lalu.

“Saya sudah lama mengenali A iaitu 12 tahun lalu kerana kami sama-sama meminati bidang muzik.

“Pada mulanya kami hanya berkawan tetapi pada tahun lalu baru hubungan kami serius,” katanya kepada mStar Online kelmarin.

Ditanya bilakah pasangan itu merancang untuk berkahwin, penyanyi lagu Sangkar itu mengakui sedang bersedia untuk ke fasa itu.

“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini atau tahun depan,” ujarnya mengenai buah hatinya yang merupakan pemilik sebuah syarikat produksi.

Terus-terang, wanita yang gemar beryoga di beyoga setiap hari itu menyenangi lelaki berusia 33 tahun itu kerana dia begitu memahami kerjanya dan mempunyai minat yang sama dengannya iaitu muzik.

Namun, dia enggan bercerita lebih lanjut mengenai lelaki itu setelah merasakan tidak manis tambahan lagi keluarga A belum mengetahui tentang hubungan mereka.

“Biar kami beritahu kepada keluarganya dahulu. Lepas tu baru saya boleh mendedahkan siapakah gerangan A,” tuturnya.

Sebetulnya, Atilia pula merupakan seorang yang terlalu privasi dan lebih selesa bercakap tentang soal karier. Tetapi dia tidak mampu menyembunyikan cerita cintanya itu lagi memandangkan gambar mereka berdua sudah menceritakan segalanya.

Tidak Sabar Menanti Album Indah

Menyentuh tentang karier, Atilia yang baru selesai menerbitkan Konsert Malam Nada Biru 2yang menampilkan Najwa dan Yuna baru-baru ini sedang sibuk menyiapkan album keduanya berjudul Indah.

Album tersebut dijangka akan muncul di pasaran mulai April depan. Sebanyak 10 buah lagu termasuk dua buah lagu duet dengan penyanyi Indonesia dimuatkan dalam dalam album yang diterbitkan sendiri olehnya.

“Album kedua saya ini lebih friendly kerana bekerja dengan ramai komposer seperti Paul Morisson, T.K (Tok Khoon) dan Moharis Yaakup dan kebanyakan lagu-lagu itu ditulis oleh saya sendiri seperti Selainnya, Indah dan Terindah Pilihanku.

“Kolaborasi dengan band Maliq n D’Essentials menerusi lagu Harus Bagaimana dan band Sore (Silly Little Thing) merupakan suatu perkara yang saya idamkan. Tambahan lagi, saya akan memasarkan album ini di Indonesia selepas melancarkan single pertama Silly Little Thing pada 1 April ini di Jakarta.

“Selain dua band itu, saya turut berduet dengan Noh Hujan (Old Love),” katanya.

Dia turut menjangkakan album itu akan lebih diterima oleh pendengar berbanding albumSangkar kerana dia menyanyikan semula lagu Gelombang secara duet dengan ibunya, Salamiah selain memuatkan lagu Angel yang dipopularkan oleh filem Talentime.

Dalam perkembangan lain, Atilia juga sedang merancang untuk mengadakan Konsert Malam Nada Biru 3 dengan menampilkan penyanyi lelaki pada Jun depan.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes