Senarai nama pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8)
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Mungkin agak terlambat untuk kongsikan senarai nama pelajar Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) ni memandangkan ianya sudah beberapa hari dimaklumkan di portal rasmi AF apa lagi kalau bukan Murai.com.my (burung apa?).
Tapi perkara ini bukanlah perkara yang kami sengajakan pun sebab semasa senarai nama pelajar dikeluarkan, blog ini mengalami sedikit masalah teknikal yang perlu dibaik pulih. So, kami tak dapat update on time.
Walau bagaimanapun, tak lengkap rasanya kalau blog hiburan macam gotzip ni tak update benda ni. Yer la, Akademi Fantasia kan satu brand yang sungguh malatop (bak tagline Velvet AF4) kat Malaysia ni dan mempunyai ramai pengikut. So, walaupun dah ketinggalan kereta api, kami tetap nak update juga. Huhu..
Baiklah, berikut adalah senarai nama pelajar Akademi Fantasia musim ke-8 ini:
Pelajar Lelaki

Nama: Muhammad Alif Kadim (Alif)
Umur: 18 tahun
Asal: Kuala Lumpur

Nama: Muhd Shahril Firdaus Eli (Daus)
Umur: 22 tahun
Asal: Sarawak

Nama: Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan)
Umur: 20 tahun
Asal: Negeri Sembilan

Nama: Muhd Firdaus Maulana Mohamed (Maulana)
Umur: 22 tahun
Asal: Johor Bahru

Nama: Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein (Shah)
Umur: 26 tahun
Asal: Selangor

Nama: Ahmad Shahir Zawawi (Shahir)
Umur: 21 Tahun
Asal: Perak
Pelajar Wanita

Nama: Nadiawati Ainul Basir (Ain)
Umur: 23 tahun
Asal: Sabah

Nama: Dayang Nor Anum Arjuan Aharun (Anum)
Umur: 19 tahun
Asal: Sabah

Nama: Erma Suhaimi (Ema)
Umur: 21 tahun
Asal: Sabah

Nama: Siti Adira Suhaimi (Adira) – Adik kepada Ema
Umur: 19 tahun
Asal: Sabah

Nama: Zafarina Jamhari (Farina)
Umur: 28 tahun
Asal: Sarawak

Nama: Nadia Emilia Roselan (Nad)
Umur: 21 Tahun
Asal: Selangor
sumber dari murai.com.my



0 comments:
Post a Comment