Robert Pattinson Dikawal Ketat 5 Pengawal Peribadi
by Abdul Hamid Lembah Bujang
AKTOR Robert Pattinson terpaksa dikawal oleh lima orang pengawal peribadi setiap kali dia bergerak ke mana-mana.
Keadaan ini berlaku kerana ketua di produksi studio Summit mengupah pengawal peribadi untuk melindungi Pattinson dari diserbu ketika penggambaran filem terbarunya, 'Remember Me', yang dijadualkan untuk tayangan di UK pada 2 April.
Pelakon tampan filem Twilight terpaksa bergerak ke mana-mana dengan ditemani pengawal peribadi setelah insiden dia dikejar oleh peminat-peminat fanatik perempuan di New York Union Square.
"Kalau tidak kerana beberapa kru di dalam kumpulan itu, entah apa akan jadi pada Pattinson," kata satu sumber kepada Daily Star.
"Bukan saja dia dikejar malah ditolak di kaki lima oleh peminat-peminat yang ingin berada dekat dengannya tetapi mereka pula tertolak hingga tersungkur," kata sumber itu.
"Seandainya baju yang dipakainya tersepit tentu saja dia juga akan terheret sama dan mungkin akan tercedera juga," kata sumber yang jadi saksi kejadian itu.
0 comments:
Post a Comment