Lady GaGa Buat Permintaan Luar Biasa Pada Boy George

Boy George pelik dengan permintaan luar biasa Lady GaGa.

PENGAKUAN terbaru penyanyi Boy George mengimbas pertemuannya dengan penyanyi Lady GaGa di London baru-baru ini mungkin mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Menurut George, dia berkenalan dengan Lady GaGa di belakang pentas konsert penyanyi wanita itu. Anehnya, salam perkenalan di antara mereka berlangsung dalam keadaan yang boleh mencetuskan kontroversi.

Mana tidaknya, ketika bertemu George, mereka bukan hanya bertukar salam, malah GaGa meminta lebih daripada itu.

Kata George, penyanyi wanita itu telah memintanya agar menurunkan tandatangan pada tempat yang tidak masuk akal.

"Pertemuan itu berlangsung dalam tempoh yang singkat. Dia memang seorang wanita yang luar biasa. Namun, yang lebih pelik, dia meminta saya menurunkan tandatangan di tempat yang tidka masuk akal," akui George.

Namun, George sekadar membalas permintaan luar biasa penyanyi pelik itu dengan menandatangani topinya sahaja.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes