Persembahan "Sesame Street" Di Kuala Lumpur

Antara karakter dalam Sesame Street Elmo, Bert, Oscar, Zoe, Telly, Baby Bear, Big Bird, Cookie Monster.

WATAK-watak kartun boneka bersiri taraf antarabangsa, Sesame Street akan mengadakan persembahannya secara langsung pada 3 hingga 5 September ini di Stadium tertutup, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Persembahan yang berdurasi selama 1 jam 30 minit itu akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang dibawa khas dari Amerika Syarikat bagi persembahan yang berturut-turut selama tiga hari itu.

Sempena majlis pelancaran laman web kartun tersebut, pihak Syarikat Niche Junction telah memilih Ratu Cantik Dunia, Thanuja Ananthan sebagai jurucakap untuk mempromosikan persembahan tersebut.

Menurut Pengurus Operasi Niche Junction (M) Sdn. Bhd, Gopinath berkata, siri cerita kartun yang sudah berusia 40 tahun itu bukan sahaja menjadi medium hiburan tetapi sebuah rancangan yang berbentuk pendidikan kepada kanak-kanak.

"Persembahan pada malam tersebut juga melibatkan segmen pendidikan di samping menghiburkan pengunjung.

"Walaupun sudah dikenali dari generasi ke generasi sebagai kartun boneka yang terunggul, namun kedatangannya ke negara kita adalah untuk meraikan sempena ulangtahunnya yang ke 40 pada tahun lepas," katanya ketika sidang media Sesame Street Live In Kuala Lumpur, di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor.

Gopinath turut memberitahu, persembahan kartun boneka itu akan dikendalikan sepenuhnya daripada kru-kru serta pemuzik daripada Amerika Syarikat.

"Syarikat kami hanya menguruskan promosi dan persembahan untuk tiga malam itu, tapi keseluruhan pada malam persembahan akan dikendalikan sendiri oleh pihak syarikat VEE Corporation Production.

Ratu Cantik Dunia, Thanuja Ananthan selaku jurucakap Sesame Street di Kuala Lumpur. - Foto The Star Oleh SIA HONG KIAU

"Kru-kru dan pemuzik pada malam persembahan juga didatangkan khas daripada sana," katanya.

Walaupun persembahan yang diadakan di stadium itu sempena bulan Ramadhan, namun Gopinath mempunyai alasannya tersendiri kerana tarikh dipilihnya itu sempena cuti sekolah, dan waktu untuk persembahan pula pada waktu malam yang akan diadakan selepas waktu Maghrib.

"Saya rasa tidak menjadi isu besar sekiranya persembahan tersebut jatuh pada bulan Ramdhan kerana terdapat banyak gerai-gerai untuk membeli makanan berbuka puasa dan terdapat juga surau di sekitar kawasan stadium.

"Pihak kami juga akan menetapkan waktu persembahan selepas waktu Maghrib bagi menghormati orang Islam," ujarnya.

Sepanjang persembahan kartun boneka itu, para pengunjung boleh mendekati karakter kartun sambil dapat mengenali mereka dengan lebih dekat. Stadium tertutup Bukit Jalil itu juga boleh memuatkan seramai 11,000 pengunjung.

Persembahan kartun boneka itu akan mengadakan persembahannya sebanyak tiga kali setiap hari kecuali hari pertama hanya sekali sahaja.

Bagi membuat tempahan tiket untuk persembahan tersebut, orang ramai boleh melayari laman web www.nichej.com. Tiket yang ditawarkan untuk persembahan tersebut pula bermula dari RM70 sehingga RM150 dan turut menawarkan harga pakej keluarga.

Untuk mendapat keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi di talian 019-310 5794 dan layari laman wen www.sesameworkshop.org.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes