Fara Fauzana di Rakaman Alahai Fafau katenye program fafau sendiri..

Sebagaimana yang sedia maklum, program bual bicara Alahai Fafau akan bersiaran pada 7 Februari 2010, setiap hari Ahad jam 9 malam. Program ni memang FUN dan sangat happening. Tahniah Fafau sebab ada program sendiri!

Program selama 30 minit per episod ini akan menampilkan ramai selebriti yang menjadi pujaan Fara Fauzana. Di samping tetamu jemputan untuk memeriahkan program yang spontan ini, ada topik semasa yang akan dibincangkan secara santai. Ada interbiu artis, ada komedi, ada penyertaan dari penonton, ada muzikal dan sudah tentu akan menggamit para pendengar Hot FM juga dan pastinya peminat setia penyampai ini. Tadi, Fafau nampak funky sempoi dengan jaket hitamnya.

Kepada Fafau, jangan lupa untuk menonton Alahai Fafau mulai 7 Februari 2010, setiap Ahad di TV9!

Pada petang tadi, telah berlangsung rakaman untuk episod pertama Alahai Fafau di Plaza Alam Sentral. Ada 5 orang selebriti jemputan… katanya, kesemua jejaka ini begitu diminati oleh Fafau? Mmm… yang paling dikagumi Fafau ialah pelakon utama Nur Kasih, Fizz Fairuz.

Episod pertama ni sangat special sebab ada kejutan… nak tahu apa kejutannya, kenalah tonton Alahai Fafau!

Ehem-ehem Fafau dapat bunga… dari siapa agaknya ni…?

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes