Katy Perry Mengandung Selepas Bertunang

Penyanyi Katy Perry dan tunangannya, aktor Russell Brand.

PASANGAN selebriti yang sedang hebat dilanda cinta, penyanyi Katy Perry dan aktor Russell Brand dikatakan akan menimang cahaya mata. Ini kerana selepas mereka bertunang, Katy didakwa sedang berbadan dua.

“Russell dan Katy saling menyintai antara satu sama lain. Russell pernah berkata yang dia tidak mahu membuang masa (mempunyai keluarga). Kami tak hairan jika mereka mempunyai anak bersama,” ujar sumber yang dipetik dari Contactmusic itu.

Apabila ditanya kepada kedua-duanya, sehingga kini masing-masing enggan memberikan sebarang komen. Mereka juga tidak mengiyakan mahupun menafikan khabar angin itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu I Kissed a Girl itu jelas tidak mampu menyembunyikan kegembiraannya. Katy mula bercinta dengan Russell sejak September 2009. Mereka bertunang pada malam tahun baru lalu.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes