Kes Awal, Scha Tak Ganggu Final SB3




KL, 26 DISEMBER 2009: Dunia hiburan kecoh seketika pada saat-saat sambutan Krismas semalam apabila beberapa selebriti popular telah ditahan dalam satu serbuan terhadap sebuah kelab hiburan terkemuka di ibu negara pada awal lagi.

Murai Batu sendiri terkejut apabila mereka yang terbabit dalam serbuan itu adalah Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang kita ketahui sebagai pasangan hos program realiti tarian Sehati Berdansa 3 (SB3), selain pelakon jelita Juliana Evans serta beberapa lagi artis.

Yang tidak sedapnya, sumber yang turut berada di tempat serbuan itu memberitahu, Awal pada awalnya, telah lari menyorok diri ketika serbuan dibuat tetapi kemudiannya dibebaskan bersama Scha dan yang lain apabila ujian air kencing mereka terhadap bahan-bahan asing telah menunjukkan keputusan negatif.


Semalam juga Murai Batu mendengar pengurus Awal iaitu Azlina Merican, telah menafikan artisnya itu telah ditahan oleh polis dalam serbuan di kelab berkenaan. Namun sumber tadi itu berkata, Awal memang berada di tempat kejadian bersama nama-nama yang disebutkan tadi. Tapi syukurlah, semuanya bebas.

Manakala mereka yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus, berkata pusat hiburan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih 6 bulan lalu. Hai, pelik pula Murai Batu sebab kalau tidak silap Murai Batu, dalam tempoh itu, memang ada acara hiburan rasmi dianjurkan di kelab itu.

Bercakap pula tentang SB3, Penerbit Eksekutif rancangan itu memberitahu pihak Murai Batu bahawa kejadian yang menimpa Awal dan Scha itu tidak mengganggu persiapan akhir untuk kemuncak SB3 yang akan berlangsung malam ini, Sabtu (26 Disember) di PICC, Putrajaya. Tak tahulah pula Murai Batu, kalau-kalau kunjungan Awal dan Scha di kelab itu adalah untuk mendapatkan mood bagi membuat hosting pada pertandingan tarian itu.

"Setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang kita rancangkan. Awal dan Scha telah hadir pada sesi raptai penuh dan memberikan komitmen terbaik mereka," katanya.

Murai Batu berharap sangatlah apa yang berlaku kepada Awal, Scha dan Juliana itu memberikan pengajaran kepada artis kita kerana pihak berkuasa di negara ini hanya menjalankan tugas rutin mereka. Dalam hal ini, kita sedia maklum, seandainya serbuan dibuat secara mengejut ke atas mana-mana pusat hiburan, golongan selebriti yang kebetulan berada sama di situ tidak terkecuali akan disaring.

Samada ujian air kencing ke atas mereka positif atau negatif, golongan artis itu akan tetap lebih mendapat perhatian. Kata orang putih, that's the price they have to pay. Jadi beringat-ingatlah selalu kalau terasa nak berparty pun.

sumber asli dari murai.com.my

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes