Rihanna Ingin Jadi Aktres Dan Pereka Fesyen

penyanyi terkenal ini ingin menjadi aktres dan pereka fesyen.Foto-AP

RIHANNA tekad melakukan sesuatu yang positif tahun 2010. Bukan setakat menyanyi, penyanyi terkenal ini ingin menjadi aktres dan pereka fesyen.

"Banyak perkara yang ingin saya lakukan tahun ini. saya mahu berlakon dan menjadi pereka fesyen untuk menjadi orang yang lebih produktif," kata penyanyi berusia 21 tahun ini.

"Saya berharap untuk mencipta nama dalam dunia perfileman dan juga sebagai pereka fesyen. Tapi saya akan terus menyanyi kerana itu cinta pertama saya," kata Rihanna yang pernah mencipta kontroversi dengan kekasihnya, Chris Brown.

"Yang pasti, saya akan berhenti berbelanja besar dan bermalas-malas. Saya mahu bangkit kembali seperti dulu...," kata Rihanna pernuh azam.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes