Dato Siti Nurhaliza Diintai Jadi Pengetua AF8? setuju atau tidak?




KL, 5 JANUARI 2010:
Kerusi panas yang akan diduduki oleh Pengetua Akademi Fantasia 8 (AF8) kembali diperkatakan. Tahun lalu kita telah melihat Datin Seri Tiara J telah memikul tugas itu dan mencipta sejarah sebagai Pengetua wanita pertama yang mengemudi AF dan mencari satu transformasi.


Ketika Murai Batu bertemu dengan seseorang yang cukup sinonim dengan AF di belakang tabir, dia sudah memberi bayangan kepada Murai Batu tentang siapa yang akan menjadi Pengetua pada musim ini. Siapakah gerangan sumber itu tak bolehlah Murai Batu dedahkan tapi jejaka berbadan gebu ini suka digelar dengan panggilan Bang B saja.


Kata Bang B, jangan terkejut kalau Dato' Siti Nurhaliza adalah antara orang yang telah diintai oleh pihak produksi selepas selesai Konsert Bagaikan Sakti dengan M Nasir di Singapura, baru-baru ini. Namun sama ada setuju atau tidak, itu terletak kepada keputusan Siti sendirilah.


"Sebelum ini, sudah ada pihak menggembar-gemburkan bahawa Norman KRU kemungkinan akan menjadi Pengetua AF8. Ia bagaimanapun masih lagi spekulasi semata-mata.

"Desas-desus perlantikan Siti sebagai Pengetua timbul selepas Astro memberi peluang Siti untuk menjadi artis Malaysia pertama muncul dengan 'saluran sendiri'. Kemudian Astro juga menjadi penyiar rasmi untuk konsert Bagaikan Sakti yang diadakan di Singapura itu. Jadi ini mungkin bunga-bunga awal ke arah kerjasama antara Siti dan AF8 dalam satu pakej yang kita tidak ketahui berapa kosnya," kata Bang B.


Bagi Murai Batu, siapa yang menjadi Pengetua pun Murai Batu tak kisah, asalkan dia memang berkelayakan. Murai Batu tahu, tugas menjadi Pengetua memang banyak tekanan kerana beliau mestilah seorang yang bijak, berpengalaman dalam dunia seni dan lebih penting, ada ciri-ciri seorang pemimpin serta berkeyakinan. Anda rasa Siti mampu? Kalau ya katakan ya, dan kalau tidak, berikan komen bernas anda itu kepada Murai Batu.

1 comments:

Wafiq Legacy { January 12, 2010 at 9:35 AM }
xnak2!xmo ct layan af!!

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes