Keluarga Tahu Saya Bukan Gay - Akim .. tapi kenyataan nya??

SENARIO dunia hiburan seringkali melemparkan sasaran tohmahan kepada artis baru. Bukan sahaja Nubhan dan Riz bekas pelajar Akademi Fantasia yang mendapat tuduhan tersebut, malah junior mereka, Akim turut dicop sebagai gay.

Walaupun pernah digosipkan bercinta dengan rakan wanita AF, Akim dikatakan hanya berselindung disebalik cerita cinta tersebut.

Mungkin disebabkan perwatakan sopan dan mempunyai raut wajah lembut membuatkan Akim terus dilabel sebagai bernafsu songsang.

"Saya tahu di luar sana ramai yang cakap saya gay, saya tak kisah, asal keluarga saya tahu siapa Akim yang sebenarnya.

"Saya tak kisah berkawan dengan sesiapa dan saya mengaku ada kawan daripada golongan gay dan lesbian. Tapi itu tidak bermaksud saya gay.

"Saya tak pernah tepis golongan begitu yang mahu berkawan dengan saya kerana mereka juga ada perasaan," ujar Akim yang bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 10 Januari ini.

Akim mengakui bahawa dia sering diganggu melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada golongan ini terutamanya pada waktu malam.

Selain itu juga gangguan daripada peminat fanatik memberi tekanan kepadanya apabila turut melibatkan keluarganya di Johor.

"Saya memang ada peminat yang betul-betul fanatik dan saya suka mereka kerana mereka semua menghargai saya sebagai penyanyi.

"Tapi saya marah kalau mereka ganggu keluarga saya. Saya tak kisah mereka kacau saya tapi tolonglah jangan ganggu ibu bapa saya," ujar Akim yang kini turut terlibat dengan Album Era Rentak Hits Terkini bersama rakan Akademi Fantasia lain.

Sekadar menyandang gelaran tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh, namun tidak bererti dia tidak hebat, malah kini bintang Akim dilihat lebih menyerlah berbanding rakan seperjuangannya.

"Alhamdulilah, kita tidak boleh cakap fasal rezeki, itu sudah ditentukan tuhan, mungkin populariti saya naik sebab penyokong. Mereka banyak bagi kritikan untuk tingkatkan lagi prestasi saya.

"Kalau saya buat lagu baru selalunya saya akan bagi mereka dengar dulu dan kami akan berbincang bersama kalau ada kekurangan dalam lirik atau melodinya," katanya yang mempunyai kelab peminat Gerakan Penyokong Afiq Hakim (GAFIM).

Bercerita tentang persiapan malam AJL yang semakin hampir, Akim yang mempertaruhkan lagu Bengang memberitahu bahawa persiapan sudah dibuat dengan rapi dan hanya memerlukan 30 peratus sahaja yang masih tinggal.

"Saya memang tak sangka dapat masuk sampai peringkat akhir. Setakat ni saya sudah bersedia 70 peratus dan pastinya akan ada kelainan dalam persembahan nanti.

"Secara jujurnya pada saya persaingan sengit pada malam itu adalah dari Faizal Tahir, Tomok dan Bunkface,"ujar Akim yang bakal tampil dengan single terbaru Inilah Cinta.

1 comments:

sjaa64 { January 7, 2010 at 1:18 PM }
akim......

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes