Mel C dari Spice Girls Menyesal Buat 11 Tatu

BEKAS anggota Spice Girls, Mel C mengakui, dia menyesal mencacah tatu di badannya ketika zaman remaja kerana koleksi tatu itu membuatkan peminat-peminat sentiasa mengenalinya ketika dia ingin berada jauh daripada semua orang.

Penyanyi itu mempunyai banyak ukiran tatu di badannya dan akui Mel C, 11 ukiran tatu itu sering menyusahkan hidupnya.

"Saya menyesal melakukannya. Bila saya ingin ke mana-mana, saya tidak boleh buka kot saya jika rasa panas kerana semua orang akan tahu itu saya," katanya.

Mel C juga berkata, tatu-tatu tersebut turut menjadi masalah besar buat dirinya ketika menjayakan pementasan West End kerana dia perlu menggunakan solekan yang tebal untuk menutup tatu itu.

"Saya perlu 'tutup' tatu-tatu itu setiap malam ketika pementasan dengan krim samaran," kata Mel C.

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes