Misi Balas Dendam Aril?



MUNGKIN nasib Naib Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Khairil Azam Pilus atau lebih mesra dipanggil Aril tidak sebaik rakan-rakan seperjuangannya sepanjang tahun 2009.

Berbanding Hafiz dan Akim dilihat lebih menyerlah apabila lagu nyanyian pada peringkat akhir AF7 mampu dipertandingkan di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) Ahad lalu.

Namun begitu ia tidak melemahkan semangat jejaka berusia 25 tahun itu, Aril berjanji untuk 'membalas dendam' pada tahun ini berikutan kegagalannya menyerlah sepanjang tahun lalu.

"Apa yang pasti tahun 2010 adalah misi untuk membalas dendam, ini adalah masa yang tepat untuk saya berusaha keras memperjuangkan muzik yang saya bawa.

"Saya akui tahun lalu saya banyak buang masa, saya banyak melepak dan buat benda tidak berfaedah. Jadi melihat kejayaan mereka saya perlu tukar cara hidup yang banyak melepak ini.

"Apa yang saya nak tahun lalu tidak tercapai maka saya berazam untuk dapatkan tahun ini, macam AJL," ujar penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Dia turut mengakui mempunyai perasaan cemburu atas kejayaan rakan-rakannya namun dia percaya kepada rezeki yang ditentukan Allah.

"Saya memang rasa cemburu kepada mereka kerana lebih berjaya tahun lepas, tapi cemburu saya ke arah kebaikan untuk jadi lebih baik dari itu, pada tahun ini.

"Kita tidak boleh jangka rezeki yang Allah nak beri, mungkin tahun lalu tahun mereka, jadi sebagai manusia kita perlu juga berusaha," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran Album Era Muzik Hits Terkini, baru-baru ini.

Aril yang popular dengan single barunya 'Menatap Matamu' kini sedang sibuk dengan pembikinan single seterusnya yang bakal dikeluarkan pada bulan depan.

Selain itu, kerjayanya dalam bidang lakonan setelah drama muzikal ‘Kau dan Aku’ disiarkan, dia kini sedang giat menghabiskan penggambaran dengan program realiti, Roket Destinasi Bintang terbitan Infiniti Productions Sdn. Bhd.

Ketika ditanya perbezaan hidup setelah bergelar artis, Aril berkata kehidupannya bersama keluarga dan rakan-rakan tetap sama seperti dahulu.

"Tiada apa yang berbeza sejak saya jadi artis, cuma gangguan telefon sahaja daripada orang tidak dikenali kadang-kadang membuat saya rimas dan rasa sangat terganggu," ujarnya mengakhiri perbualan..

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes