Nora Danish dah maafkan Fasha Sandha?

Nora Danish dah maafkan Fasha Sandha

Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini kecoh satu Malaysia mengatakan bahawa Fasha Sandha merupakan punca kepada berlakunya perceraian antara Nora Danish dan Rizal Ashram (Jejai).

Walaupun ianya hangat diperkatakan, namun Nora Danish tetap mendiamkan diri apabila diburu pihak media. Fasha pula tidak mengakuinya sebaliknya mengatakan yang dia dan Rizal hanyalah kawan biasa.

Selepas itu, timbul pula cakap-cakap belakang yang mengatakan bahawa Nora Danish dan Fasha sudah ‘berperang besar’ apabila Nora dengan slumbernya tidak menyambut salam Fasha dalam satu majlis.

Entah di mana keberaniannya, mereka yang sudah lama tidak bertemu selepas kontroversi itu, akhirnya secara tidak sengaja terserempak di sebuah pusat membeli-belah dan saling bersalaman.

Jika begitu, baguslah. Lagipun tak elok bermasam muka selamanya. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Tak gitu? Hehe.. Apa-apa pun, kat bawah ni adalah kenyataan daripada Nora Danish yang dia sudah memaafkan Fasha Sendat (oppss.. Fasha Sandha actually). Kalau nak baca, silakan.

“Pasal isu sudah maafkan Fasha, memang saya dah maafkan dia secara perlahan-lahan tetapi sukar untuk saya lupakan apa yang dia sudah lakukan sebelum ini.

“Walaupun saya dah bercerai setahun lalu, tapi ‘sakit’ tu masih ada dan tidak mudah untuk dilupakan.”


sumber dari zonartis.com

0 comments:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes