Kes Hartina Kamarudin yang murtad .. apa cerita sebenarnya??dan apa kesudahannya?

Assalamualaikum..............kita baca la apa yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga kita....... kes Hartina. Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk-jenguk lah anak-anak kita, adik2 kita, saudara2 se-Islam kita....

Trully, Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim, abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.


Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.


Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak.. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.


Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".


Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar.


Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.


Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu.

Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India.


Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.


Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.


Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini? "Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.


Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar.

Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.


Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.


Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu.. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja.

Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.


Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya.Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.

Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.


Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu.

Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis.. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.


Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmenukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"


Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu.

Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.


Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.


Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan erangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak engapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?


Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara.Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.


Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira-kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.


Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.


Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana, saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.


Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.


Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.


Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.Setelah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya.Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.


Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk enguruskannya.Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.

Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.


Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa.


Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.


Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru.


Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu.


Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya.

Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.
Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.


Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.


Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.

Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka.. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja.
Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungkin ada dalang di belakangnya.Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya.
Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.


Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?.


Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun. Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter dihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi.Mana tahu jika hatinya terbuka untuk
kembali semula kepada Islam.

Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.


Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh.


Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.


Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.


Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).


Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.


Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.


Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.


Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan.. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke tasnya, orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.


Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.


Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu?


Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu.


Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.


Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.


Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.


Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendaki, maka akan disempitkanNya".

Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami.
Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.

Din Beramboi Koma Terkena Virus Kencing Tikus

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal dan koma.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.


“Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

“Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Sementara itu beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.

Dalam pada itu, beberapa rakan rapat Din Beramboi yang enggan nama mereka disebut memberitahu, Din telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.

Masih tidak diketahui bagaimana Din boleh terkena jangkitan virus tersebut tetapi ada yang mengesyaki dia terkena jangkitan itu ketika membuat pengambaran beberapa hari lalu.

Dalam perkembangan lain, menurut Afdlin Shauki bahawa Din Beramboi terkena effect air kencing tikus sewaktu penggambaran filem di Zoo Negara.

Organ dalamannya telah berhenti dan gagal berfungsi dan doktor memberikan tempoh 24 hingga 48 jam untuk abang Din. Sama-sama, kita doakan agar semuanya selamat dan cepat sembuh. Amin.

Terbaru, Din Beramboi sedang memerlukan darah jenis “O” untuk dengan kadar segera. Jadi kepada pembaca Sensasi Selebriti yang berdarah O, sila ke hospital selayang untuk dermakan darah anda… Urgent, tolong sebarkan!

Ika AF6 Tindik Lidah, Tak Sakit Ke?

ika af6 tindik lidah

Memang hebat si Ika dari Akademi Fantasia 6 nie. Hebat dapat menahan sakit menindik lidah. Tengok gambar Ika AF6 tindik lidah kat atas tue siap boleh tersenyum riang pulak. Ke memang benda tindik menindik nie tak sakit? Dah la kat lidah pulak tue. Seram dan geli pulak dibuatnya.

Nak tanya kot-kot ada pembaca BeautifulNara yang pernah menindik bahagian tubuh anda. Sakit ke tak sakit? Dan kalau tindik kat lidah tak rasa geli ke time makan nasik nanti? Kot-kot tertelan ke benda tue. Tak pasal-pasal tercekik plak.

Apa-apa pun kepada Ika AF6, nasihat kami kalau boleh janganlah tindik lidah tue. Buruk pulak kami nampak. Macam ada jerawat batu plak kat dalam lidah. Tak cun lah.

Gambar kredit kepada Berita Harian.

Sari Yanti Hamil 5 Bulan


sari yanti hamil

Wah dalam diam-diam Sari Yanti rupanya dah mengandung 5 bulan. Tengok gambar muka dia kat atas tue pun nampak berseri-seri. Badan pun dah naik sikit. Kalau dulu kurus kering jer. Tahniah kami ucapkan.

Yang bestnya kami dengar Sari Yanti tolak semua tawaran drama untuk memastikan kandungan dia sihat betul-betul. Memang patut pun berehat banyak-banyak. Lagi-lagi untuk ibu mengandung macam Sari Yanti nie.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Sari Yanti. Semoga selamat semuanya. Lagi gambar Sari Yanti mengandung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


sari yanti hamil
sari yanti mengandung

sumber dari beautifulnara.com

Badrul Belum Sedia Beri Komen Lanjut ??

AKTOR Badrul Muhayat, 41, yang dilaporkan diburu oleh pihak polis kerana mengasari isterinya, Julia Daud, 28, masih enggan memberi sebarang kenyataan mengenai perkembangan terkininya.

Ketika dihubungi mStar Online malam semalam, Badrul sekadar memberitahu dia sedang sibuk menguruskan beberapa urusan peribadi termasuklah membuat laporan polis.

"Saya sedang menguruskan beberapa urusan peribadi termasuklah hal keluarga dan laporan polis.

"Saya sangat sibuk malam ini dan tidak dapat beri komen lanjut berhubung berita yang tersebar," katanya.

Mendengarkan jawapan ringkasnya, mStar Online cuba memujuk aktor itu untuk mengulas lanjut. Bagaimanapun, dia menolak untuk memberi sebarang komen.

"Malam ini (semalam) tidak sesuai untuk saya beri apa-apa komen tentang berita itu. Saya sangat sibuk berurusan di balai polis.

"Saya belum sedia untuk beri apa-apa komen lanjut. Cuba hubungi saya semula esok (hari ini)," jelasnya sebelum menamatkan perbualan.

Menurut laporan sebuah akhbar tabloid semalam, isterinya Julia bersama kedua-dua anaknya Siti Norbatrisyia, 2, dan Rohidayat, dua bulan kini berada di kampungnya di Sungkai, Perak, untuk menenangkan fikiran selepas kejadian itu.

Justeru, bunyi tangisan anak kecil yang kedengaran di hujung talian ketika perbualan itu berlangsung sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya adakah Badrul sudah pun menemui keluarganya semula.

Dalam laporan mStar Online semalam, Badrul begitu berang dengan laporan diterbitkan beberapa akhbar tempatan yang mendakwa dia bertindak kejam terhadap isterinya.

Badrul menyifatkan laporan itu sebagai sesuatu yang melampau dan hanya diperbesarkan daripada fakta sebenar yang berlaku.

Din Beramboi Koma !!!!

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Bagaimanapun, pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki ketika dihubungi mStar Online memberitahu bahawa doktor masih lagi menunggu sehingga 24 jam bagi melihat perkembangan Din sama ada stabil atau tidak.

"Doktor mengesahkan Din telah terkena virus kencing tikus, namun masih lagi mencari punca air kencing tersebut dari mana, sama ada dari pemakanan, jangkitan ataupun secara langsung.

"Saya difahamkan ketika itu, Din sedang melakukan penggambaran untuk programnya bersama binatang di Zoo baru-baru ini.

"Saya juga difahamkan berlaku pendarahan dalaman dan buat masa ini dia masih lagi dalam keadaan koma dan kritikal," jelasnya.

Sementara itu, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya.

Begitu juga beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital hari ini.

Nasha Terharu Terima Lamaran Iman Tang!

Nasha tidak mampu menolak cinta barunya yang bernama Nur Iman Tang.Foto The Star Oleh RICKY LAI

AKTRES jelita Nasha Aziz mengakui dia tidak mampu menolak cinta barunya yang bernama Nur Iman Tang.

Jujurnya kata Nasha, kekasihnya itu begitu luhur menyayanginya. Akur dengan ketentuan jodoh pertemuan, Nasha sudah bersedia untuk bergelar suri rumah pada bulan Jun tahun ini.

Ketika ditemui di hari persandingan sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin kelmarin, Nasha yang kelihatan berseri-seri berkata, teman lelakinya Iman Tang sudah pun melamarnya.

"Saya terharu mendapat lamaran darinya. Tapi yang penting sekali ialah keberkatan ikatan perkahwinan itu nanti. Saya juga inginkan restu dari kedua orang tua, dan keluarga.

Kata aktres berperwatakan manja ini lagi, "Saya mahu perkahwinan ini diberkati Allah. Iman akan menjadi ketua keluarga dan dia sedang berusaha ke arah itu, insya Allah.

Model tinggi lampai yang tidak mudah meluahkan rahsia hatinya itu berkata, cinta itu lebih manis bila dipelihara batasan agama.

"Saya agak tradisional dalam soal pergaulan dan perhubungan. Mungkin sebab itu saya ambil masa yang lama untuk menerima lelaki untuk menjadi teman hidup," kata Nasha yang mengakui dia sudah pun membuat perancangan untuk menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

Menurut Nasha, dia dan Iman Tang akan menunaikan umrah pada 10 Mei depan selama dua minggu. Sekembalinya dari sana, jika tiada aral melintang dan sekiranya semua berjalan lancar, Nasha akan disatukan dengan kekasih hatinya itu.

Kebetulan ketika sedang berbual, Iman Tang telah menelefon Nasha dan di kesempatan itu, Nasha telah menghulurkan telefon bimbitnya untuk penulis bertanya khabar. Di hujung sana, kedengaran suara Iman Tang memberi salam dengan penuh takzim.

Tanpa perlu mengorek isi hatinya, Iman Tang berkata, "Saya amat sayangkan Nasha. Insya Allah, kami akan berkahwin Jun ini sekembalinya dari Mekah".

Iman Tang, yang sedang mengikuti kursus kahwin berkata, wajah ayu dan peribadi menarik milik wanita bernama Nasha Aziz ini sudah lama jadi dambaannya. Malah kata Iman Tang lagi, perhubungan dua tahun antara mereka sudah cukup membuktikan yang mereka pasangan serasi.

Bak kata Nasha, "bukan tidak ada sengketa antara kami tapi ia tidak berpanjangan kerana Iman pandai memujuk." Sebelum melepaskan telefon bimbit kepada Nasha semula, Iman Tang sempat berkata, "Dia lah wanita yang saya tunggu-tunggu selama ini.

Saya harapkan Allah pertemukan jodoh kami secepat mungkin. Doakan kami ye..."Sekilas itu juga, wajah Nasha berseri-seri sambil bibir menguntum senyuman seperti sudah maklum apa yang telah disampaikan oleh kekasihnya.

Wait - WHO Is Penning The Laverne And Shirley Remake??

ap070112026763jb.jpg

This adaptation keeps getting more and more bizarre!!

Jennifer Garner and Jessica Biel have both confirmed that they're headlining the Garry Marshall helmed remake of the '70s comedy, Laverne and Shirley, and now the project has landed an unlikely scriptwriter: Jamie Foxx!

Seriously?? WTF??

Marshall says:

"Jamie and I are trying to do it. He's writing it. It's a whole different modern take on how they came up on the streets during difficult times. Laverne would be this very tough girl with a big 'L' tattooed on her arm. Jennifer Garner would play Laverne and Jessica Biel would play Shirley."

Okay, we've heard enough. Casting Jessica Biel is offense #1, but this 'growing up on the mean streets' take on the show just sounds godawful!!

This isn't 8 Mile, you guys!!

What do U think?? Do U want to see this SHITEOUS re-imagining of the series??




Persembahan "Sesame Street" Di Kuala Lumpur

Antara karakter dalam Sesame Street Elmo, Bert, Oscar, Zoe, Telly, Baby Bear, Big Bird, Cookie Monster.

WATAK-watak kartun boneka bersiri taraf antarabangsa, Sesame Street akan mengadakan persembahannya secara langsung pada 3 hingga 5 September ini di Stadium tertutup, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Persembahan yang berdurasi selama 1 jam 30 minit itu akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang dibawa khas dari Amerika Syarikat bagi persembahan yang berturut-turut selama tiga hari itu.

Sempena majlis pelancaran laman web kartun tersebut, pihak Syarikat Niche Junction telah memilih Ratu Cantik Dunia, Thanuja Ananthan sebagai jurucakap untuk mempromosikan persembahan tersebut.

Menurut Pengurus Operasi Niche Junction (M) Sdn. Bhd, Gopinath berkata, siri cerita kartun yang sudah berusia 40 tahun itu bukan sahaja menjadi medium hiburan tetapi sebuah rancangan yang berbentuk pendidikan kepada kanak-kanak.

"Persembahan pada malam tersebut juga melibatkan segmen pendidikan di samping menghiburkan pengunjung.

"Walaupun sudah dikenali dari generasi ke generasi sebagai kartun boneka yang terunggul, namun kedatangannya ke negara kita adalah untuk meraikan sempena ulangtahunnya yang ke 40 pada tahun lepas," katanya ketika sidang media Sesame Street Live In Kuala Lumpur, di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor.

Gopinath turut memberitahu, persembahan kartun boneka itu akan dikendalikan sepenuhnya daripada kru-kru serta pemuzik daripada Amerika Syarikat.

"Syarikat kami hanya menguruskan promosi dan persembahan untuk tiga malam itu, tapi keseluruhan pada malam persembahan akan dikendalikan sendiri oleh pihak syarikat VEE Corporation Production.

Ratu Cantik Dunia, Thanuja Ananthan selaku jurucakap Sesame Street di Kuala Lumpur. - Foto The Star Oleh SIA HONG KIAU

"Kru-kru dan pemuzik pada malam persembahan juga didatangkan khas daripada sana," katanya.

Walaupun persembahan yang diadakan di stadium itu sempena bulan Ramadhan, namun Gopinath mempunyai alasannya tersendiri kerana tarikh dipilihnya itu sempena cuti sekolah, dan waktu untuk persembahan pula pada waktu malam yang akan diadakan selepas waktu Maghrib.

"Saya rasa tidak menjadi isu besar sekiranya persembahan tersebut jatuh pada bulan Ramdhan kerana terdapat banyak gerai-gerai untuk membeli makanan berbuka puasa dan terdapat juga surau di sekitar kawasan stadium.

"Pihak kami juga akan menetapkan waktu persembahan selepas waktu Maghrib bagi menghormati orang Islam," ujarnya.

Sepanjang persembahan kartun boneka itu, para pengunjung boleh mendekati karakter kartun sambil dapat mengenali mereka dengan lebih dekat. Stadium tertutup Bukit Jalil itu juga boleh memuatkan seramai 11,000 pengunjung.

Persembahan kartun boneka itu akan mengadakan persembahannya sebanyak tiga kali setiap hari kecuali hari pertama hanya sekali sahaja.

Bagi membuat tempahan tiket untuk persembahan tersebut, orang ramai boleh melayari laman web www.nichej.com. Tiket yang ditawarkan untuk persembahan tersebut pula bermula dari RM70 sehingga RM150 dan turut menawarkan harga pakej keluarga.

Untuk mendapat keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi di talian 019-310 5794 dan layari laman wen www.sesameworkshop.org.

Lakonan Matang Kristen Stewart Dipuji Joan Jett

BERLAKON dalam filem The Runways perupakan lakonan paling matang yang dilakonkan aktres Kristen Stewart.

Dia perlu membawakan watak Joan Jett iaitu ikon rock tahun 1970-an, yang masih hidup sampai sekarang. Namun menurut Jett, Stewart benar-benar profesional dan tidak perlu banyak bantuan kerana Stewart sudah tahu apa yang harus di lakukannya.

"Pada saya Kristen benar-benar hebat," ujar Jett ketika diminta memeberikan pendapat terhadap Kristen Stewart dan Dakota Fanning pasanagan filem The Runaways. Lebih lanjut, Jett juga memberitahu bahawa "Mereka profesional jadi mereka tidak perlu banyak bantuan dari saya."

Mungkin kenyataan Joan Jett ini bukan sekadar kata-kata pujian sahaja. Yang pasti lakonan Kristen Stewart memang sudah semakin matang.

Ketika pertama kali Joan Jett mendengarkan hasil rakaman lagu yang dinyanyikan Stewart untuk filem tersebut, Jett tersilap anggap bahawa itu adalah suaranya sendiri dan bukan suara Stewart.


    Faizal AF: Saya Semakin Matang


    Faizal bertekad ingin membuang jauh-jauh 'kisah hitam' dan fokus pada kariernya. - Foto oleh RAYMOND OOI

    PENYANYI dan pelakon Mohd Faizal Ramly mengakui dirinya semakin matang hari ini. Di sebalik 'keracauan' yang pernah membelenggunya sebelum ini, dia sebenarnya beransur stabil dan bahagia. Itu luahan 'bintang segera' program Akademi Fantasia 4 ini kepadamStar Online, baru-baru ini.

    Menurut bapa muda ini, kronologi 'episod hitam' yang pernah memalitnya begitu menyakitkan bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada keluarga dan peminat juga.

    Pelbagai hamburan dan dakwaan yang mengaitkannya dengan kes dadah, tidak berdisiplin, kes khalwat, merahsiakan perkahwinan dan macam-macam lagi benar-benar mengajar anak jati Terengganu ini erti kematangan.

    Hari ini, Faizal bertekad untuk melempar jauh-jauh semua cerita lama. Sejak bergelar bapa, dia semakin matang dan ingin bekerja keras untuk memajukan diri dan keluarga.

    "Pengalaman lalu banyak mengajar saya erti kedewasaan. Kini saya semakin matang dan ingin bekerja lebih keras untuk diri sendiri, selain melunaskan tanggungjawab kepada keluarga.

    "Saya ingin jadi insan yang lebih baik. Kini, saya sudah menjadi bapa, tanggungjawab juga semakin besar.

    "Alhamdulillah, kehidupan saya semakin stabil dan bahagia hari ini. Yang penting senyum sokmo," kata bapa kepada Nur Aliya Damia yang baru mencecah dua bulan setengah ini.

    Mengulas tentang persepsi segelintir pihak yang melabelnya sebagai artis bermasalah sebelum ini, Faizal berkata, dia tidak mahu 'ambil pusing' semua cerita itu. Hari ini, Faizal semakin matang dan hanya ingin terus menyanyi.

    "Biarlah apa juga tanggapan orang tentang saya. Saya tidak buat jahat dengan orang, kenapalah orang sering cakap macam-macam tentang saya.

    "Hanya saya dan keluarga saja tahu kebenaran setiap tohmahan yang dilemparkan selama ini.

    "Semua cerita tak 'molek' itu telah saya lempar jauh-jauh. Saya hanya ingin menyanyi dan diterima kembali dalam industri ini.

    "Saya tahu kerana bakat ini saya terus berada di sini. Saya harap semua pihak beri saya ruang untuk berkarya sebagai anak seni," luah Faizal penuh harapan.

    Menyentuh perkembangan seni, Faizal berkata, lagu terbarunya bakal ke udara di radio dalam masa terdekat.

    Lagu bergenre pop yang berjudul Aku Pinta itu merupakan single pertamanya sebelum muncul dengan album penuh sekitar pertengahan tahun ini.

    Lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer Bad Niskala itu bukan sahaja mempunyai melodi yang indah, malah liriknya cukup dekat dengan Faizal.

    Katanya, lagu itu berkisar kepada perjalanan hidupnya yang penuh beronak duri. Sebagai manusia, dia hanya inginkan kehidupan yang lebih baik serta dilimpahi kebahagiaan dan ketenangan.

    "Lagu ini begitu dekat dengan saya. Liriknya diilhamkan oleh saya berdasarkan pengalaman hidup saya selama ini. Saya kongsikan cerita itu dengan Bad (komposer), lalu terhasilnya lagu itu.

    "Liriknya adalah kiasan hasrathati saya yang inginkan kehidupan yang lebih baik serta diulit kebahagiaan dan ketenangan," ujarnya sambil mengukir senyuman.

    Pasangan Lisa - Farid Bagaikan Pengganti Erra - Yusri


    SELEPAS filem Mr. Cinderella 10 tahun dahulu, kini pengarah Ahmad Idham kembali dengan filem bergenre komedi romantik berjudul Semerah Cinta Stilleto.

    Filem yang mengisahkan percintaan antara dua darjat versi 2010 mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi jalan ceritanya yang dekat di hati penonton.

    Menurut Ahmad Idham Ahmad Nadzri cerita cinta komidi antara dua darjat menceritakan tentang kehidupan realiti yang sering berlaku dikalangan anak muda sekarang.

    "Cerita ini ringan sebab saya tahu sekarang kita dilimpahi dengan cerita-cerita yang berat di pawagam, jadi kemunculan Semerah Cinta Stilleto sebagai cerita yang sesuai untuk seisi keluarga.

    "Cerita ini berkisarkan antara dua darjat antara kehidupan penduduk di pangsapuri dan kehidupan mewah di rumah banglo yang mana mereka hanya dipisahkan dengan sebatang jalan raya.

    "Saya ambil masa 10 tahun untuk buat cerita ini kerana bagi saya buat cerita yang ringan seperti ini lebih susah berbanding cerita aksi yang berat. Saya takut mesej tidak sampai kepada penonton dan penonton akan jadi bosan dengan cerita tersebut," jelasnya yang kini menantikan empat filemnya yang bakal menemui penonton.

    Menurut Idham, filem ini menyampaikan mesej percintaan yang tidak membelakangi keluarga tetapi mengorbankan cinta mereka demi keluarga dan masa depan.

    "Saya tidak mahu buat cerita yang melambangkan cinta itu buta. Bagi saya cinta buta itu hanya mendatangkan kesan yang buruk kepada pencinta.

    "Lagipun filem adalah medium untuk kita memberi pengajaran. Saya mahu mereka menonton dan meneladani cerita cinta ini," katanya.

    Dari segi pemilihan pelakon pula, Idham menyifatkan gandingan Lisa Surihani dan Farid kamil adalah pasangan yang paling serasi pada era ini.

    "Saya dapat banyak maklum balas dari penonton yang mahu gandingan Lisa dan Farid setelah filem I'm Not Single empat tahun lalu. Saya nampak keserasian mereka menghidupkan watak cinta.

    "Saya nampak mereka seperti Erra dan Yusri pada 10 tahun dahulu. Susah untuk cari pasangan hero dan heroin yang ada keserasian macam ini," terangnya yang menganggarkan kutipan Semerah Cinta Stilleto bakal mencecah kutipan box office melebihi filem Syurga Cinta terbitan MIG production dengan kutipan filem komidi cinta tertinggi iaitu 2.5 juta.

    Penerbit David Teo turut mengakui filem ini adalah filem ringan yang mampu menarik golongan remaja ke pawagam. Mereka ada pilihan untuk menonton cerita yang tidak terlalu sarat dengan mesej.

    "Saya tidak sasarkan banyak mencecah kutipan 2juta adalah sudah dikira berjaya bagi filem komidi romantik. Cerita ini susah nak target penonton yang datang sebab skopnya kecil berbanding cerita aksi dan seram.

    "Bagaimanapun saya harapkan ia mampu mengatasi kutipan Syurga Cinta yang kini paling tinggi untuk jangkamasa enam tahun.

    "Gandingan Lisa dan Farid adalah permintaan penonton sendiri, bagi saya selagi penonton mahukan mereka saya akan terus gandingkan. Selepas ini sudah ada filem seterusnya untuk lisa dan Farid berjudul Cinta 1,2,3" terang David.

    Filem yang mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila (Stila) yang dilimpahkan dengan kemewahan bertemu dengan seorang pemuda bernama Leto yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Percintaan mereka mendapat tentangan keluarga Stilla yang mementingkan kehidupan mewah.

    Stilla gembira kerana dapat berkenalan dengan keluarga Leto yang memberinya erti kesempurnaan hidup berkeluarga dan disebabkan itu keluarga Stilla merasa tidak senang dan cuba memisahkan mereka.

    Dengan bantuan Leto, Stilla akhirnya berjaya dipisahkan dan beberapa tahun selepas itu takdir menemukan mereka kembali.

    Azizah Hayati Watak Mak Dara Hingga Tertelan 'Sentil'

    Azizah membawakan watak Mak Dara dalam teater Sri Mersing yang dipentaskan di Istana Budaya minggu lalu. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

    WALAUPUN sekadar watak sampingan saja, tapi kehebatan aktres Azizah Mahzan membawa watak Mak Dara dalam teater Sri Mersing mendapat pujian dari penggemar teater hingga ada yang mengatakan dia over shadow pelakon utama.

    Bagi Azizah, watak Mak Dara hanya sekadar satu cubaan dan tawaran itu pun diterimanya pada saat-saat akhir.

    "Saya mendapat tawaran itu ketika pementasan teater Antara. Saya cuma dapat menjalani 4 latihan saja sebelum pementasan bermula. Tak sangka pula ramai yang suka watak Mak Dara yang saya bawa," kata Azizah.

    Azizah bukan saja berjaya membawa watak itu malah penghayatannya menyampaikan lagu Dondang Sayang dalam teater itu cukup menghiburkan.

    Bagi Azizah, apa yang dilakukan hanya sekadar memenuhi tuntutan sebagai seorang pelakon teater.

    "Seorang pelakon teater perlu menari, menyanyi dan berlakon dengan baik. Saya cuma memenuhi tuntutan ini. Apa yang saya lakukan hanyalah character akting kerana saya bukan seorang penyanyi," jelas anak sulung dari tujuh adik beradik ini.

    "Saya belajar menyanyi Dondang Sayang melalui You Tube dan pada malam sebelum pementasan Sri mersing. Memang agak sukar kerana lagu ini agak off beat dan kita perlu menyanyi sebelum tempo. Ia juga ada unsur rap dan liriknya pula kena ad lib," jelas Azizah yang pernah menyanyi dalam pementasan Lantai T.Pinkie dan Mana Setangginya sebelum ini.

    Penghayatan Azizah terhadap watak Mak Dara bukan sekadar tnasi suara, lenggang dan menari, Azizah juga terpaksa mnggunakan 'sentil' yang begitu sinonim dengan Mak Dara.

    "Maaf saya tak pakai sentil ye. Apa yang you lihat tu adalah prune tajaan Sunsweet. Tiap-tiap malam saya terpaksa guna sentil @ prune tu hinga satu malam, saya tertelan prune," jelas Azizah dengan hilaian ketawa.

    Ditanya apakah pementasan Sri Mersing memuaskan hatinya.

    "Keseluruhan, saya rasa semua sudah beri yang terbaik tapi rasanya boleh diperbaiki lagi. Abang A.Galak mempunyai stage presence yang kuat. Yang lain-lain tu saya tak payah komen...," kata aktres yang berasal dari Johor Bharu itu.

    Walaupun nampak yakin dengan lakonannya, Azizah mengaku yang dia sebenarnya ada penyakit 'agrophobia' di mana seseorang itu tidak suka berada di tempat orang ramai atau sesak.

    "Saya sudah lama ada penyakit 'agrophobia' kerana saya tak suka berada di tengah orang ramai dan saya juga takut dikerumuni orang ramai. Entah kenapa saya berada dalam industri seni ini....

    "Saya takut bila orang ramai-ramai ambil gambar saya. Saya tak boleh handle diri saya dalam crowd tapi kalau perform tak apa," kata aktres berusia dalam lingkungan 40an ini.

    Terlalu over exposed juga merimaskan Azizah kerana dia lebih suka jika wajahnya tidak terlalu kerap berada di kaca TV.

    "Saya tidak akan berlakon di TV3 selagi saya mendapat respons yang asyik-asyik muka saya saja di TV3. Di Istana Budaya pun saya rasa saya macam sudah over exposed.

    Saya perlu berehatlah....," jelas Azzizah yang teruja untuk kembali aktif seandainya dia mendapat tawaran berlakon dalam teater Che Det pada bulan Oktober nanti.

    "Teater Che Det memang saya nanti-nantikan. Yang itu kalau tawarkan diri pun saya tak kisah," kata Azizah.

    Umie Aida Ke Venice Berbulan Madu

    BERCINTA selepas berkahwin adalah satu nikmat yang tidak mampu dilafazkan dengan kata, kata pelakon jelita, Umie Aida, yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah.

    "Umie membuat satu keputusan yang agak 'brutal' untuk berkahwin dulu sebelum bercinta dan ini ternyata memberi Umie ketenangan," jelas Umie ketika dihubungi mStar Online.

    Bagi Umie, keindahan bercinta dengan suami yang disapa 'Abang' terlalu bermakna.

    "Agaknya sebab itulah orang tua-tua suka dengan 'arangged marriage'. Selepas Umie sendiri melaluinya baru Umie tahu. Saya dan abang tidak pernah pun berdating sebelum berkahwin," kata aktres jelita yang masih mengekalkan sifat ramah dan merendah diri walaupun kini sudah bergelar 'Datin'.

    Ketika rombongan Umie seramai 20 orang mengiringinya ke Mekah pada 11 Mac baru-baru ini untuk pernikahan bersejarah itu, dia sempat menunaikan sembahyang istikharah agar diberi petunjuk kepadanya.

    "Umie bersyukur kerana Allah memudahkan segala urusan. Bagi Umie, itu sudah cukup membuat dada lapang dan tenang," kata ibu kepada dua anak angkat ini. Sekembali dari sana, Umie kini sibuk dengan persiapan untuk majlis resepsi yang akan berlangsung pada Ahad, 28 Mac ini di One World Hotel yang bakal dihadiri seramai 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

    "Kalau ikutkan hati Umie, malas nak sanding-sanding ni kerana yang afdhal sudah pun dilakukan," kata Umie yang akan mengenakan dua persalinan rekaan Jovian Mandage iaitu gaun putih dan kebaya warna merah chili untuk acara persandingan itu nanti.

    Ditanya tentang bulan madu, Umie begitu teruja memberitahu destinasi pilihan suami ialah Venice dan menurut jangkaan ialah pada akhir bulan April.

    "Kami akan berbulan madu bersama anak-anak saya dan abang. Itu sebab saya begitu excited hendak pergi bercuti bersama keluarga baru kami," jelas Umie yang gembira anak-anak sudah tidak janggal lagi memanggil suaminya 'ayah'.

    Kebahagiaan yang sedang dikecapi Umie begitu ketara apabila setiap perbualan diselitkan dengan 'kehadiran' abang.

    Menurut Umie, kemungkinan besar dia sudah bersedia untuk berhijrah ke alam baru iaitu memakai tudung selepas semua urusan seni yang tertunggak selesai.

    "Umie tidak menolak kemungkinan akan 'berhijrah' ke arah itu. memang Umie ada niat untuk memakai tudung, insya Allah. Setiap orang inginkan kebaikan dan Umie pun begitu. Selepas berbincang, abang juga mengalakkan," kata pelakon handalan ini.

    Saat ditanya berapa ramai anak yang dinginkan, Umie tanpa berselindung berkata, "seramai yang mungkin.

    "Tapi memandangkan faktor usia yang tidka mengizinkan, kalau dapat seorang pun Umie dah bersyukur sangat," jelas Umie yang berusia 37 tahun itu.

    GotZip

    Click Here for Free Traffic!
    Click Here for your Free Traffic!
    hostgator promo codes