Showing posts with label Betty Benafe. Show all posts
Showing posts with label Betty Benafe. Show all posts

Betty Pantang Diberi Skrip Longgar


MENJULANG sesebuah trofi atau anugerah sememangnya boleh dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang artis, namun begitu ia bukanlah kayu pengukur kepada kebolehan seseorang pelakon atau penyanyi tanpa mampu memberi impak kepada sesebuah filem atau drama lakonan mereka.

Aktres jelita, Betty Banafe mengakui kepuasan berlakon lahir dari dalam dirinya sendiri apabila mampu melakonkan watak tersebut dengan baik dan secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat yang menontonnya.

Walaupun bukan memegang watak utama dalam sesebuah filem atau drama, Betty sentiasa memastikan tanggungjawab terhadap watak yang diberikan tidak dipersiakan begitu sahaja.

"Pada saya walaupun hanya watak sokongan dan tidak banyak karekter dalam drama atau filem itu, tapi saya mesti memberi impak. Kalau boleh biar watak itu diingati dan mampu memberi kesan.

"Kebiasaannya saya membaca skrip terlebih dahulu jika skrip longgar saya akan beri cadangan untuk tambah bagi mencantikkan lagi kerekter tersebut.

"Tapi jika mereka tidak mahu saya menokok tambah, saya lebih rela beri watak tersebut kepada orang lain," ujar gadis kacukan Melayu-Jawa-Arab ini yang pantang diberi skrip longgar.

Bermula dengan drama Nur Penyuluh Alam, Betty memberitahu penglibatannya dalam dunia lakonan bukanlah dirancang, lagi pula mendapat tentangan dari arwah bapanya dan lebih parah lagi dia hampir-hampir dibuang Universiti kerana terlalu aktif ketika masih belajar.

"Saya juga pernah hampir-hampir dibuang Universiti kerana sibuk berlakon ketika itu drama Kiranya Ku Tahu, penggambaran dilakukan di luar negara, nasib baik dekan saya juga seorang pelukis dan memahami aktiviti seni.

"Dan melihat kepada pencapaian setiap semester saya agak baik, mereka maafkan saya. Saya akui memang sukar untuk bahagikan masa antara berlakon dan belajar," ujarnya yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi Massa (dengan Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Betty turut mengakui bentuk wajahnya yang garang menyebabkan dia sering ditawarkan watak-watak antagonis.

"Saya percaya sebagai seorang pelakon yang baik bukan sahaja mempunyai pendidikan malah kerajinan untuk mengkaji sesuatu watak dan kemahiran mempelbagaikan watak yang diberi.

"Setakat ini saya belum lagi diberi watak-watak seperti Cinderella atau Puteri Duyung. Sekarang saya baru mencuba-cuba untuk melakonkan watak komedi," ujar Betty yang baru sahaja tamat pengambaran drama Bagi Balik Jandaku .

Bercakap tentang cerita cintanya, Betty yang terpengaruh dengan banyak filem cinta, memberitahu dia inginkan seseorang kekasih seperti Prince Charming. Ketika ditanya adakah penyanyi lagenda Nash dari Lefthanded menepati ciri tersebut, dia hanya tersenyum malu.

"Saya hanya inginkan yang terbaik dalam hubungan itu kalau boleh biarlah yang boleh membimbing dan memanjakan saya," ujarnya sambil tersenyum membayangkan kekasih hatinya.

Betty Benafe Seksi Di Red Carpet AJL 24

betty benafe seksi

Baru tadi kami update gambar red carpet AJL 24, tetiba dah terjumpa gambar Betty Benafe dengan fesyen menggoda seksi tak hingat time red carpet tue. Sekali tengok terasa nak tengok lagi. Memang seksi dan sungguh menggoda Betty Benafe nie. Patut la Abang Nash jatuh cinta.

Kepada Abang Nash, sila masuk meminang secepat mungkin sebelum para-para Dato’ yang melihat gambar-gambar ranum Betty Benafe ini mengeluarkan taring mereka.

sumber dari Budiey.com

betty benafe seksi

betty benafe seksi

SATRIA GTi (WHX 8179) Betty Benafe Lesap Dalam 10 minit di Jalan Conlay

betty 01

Malang menimpa dramatis serta penyanyi Betty Benafe apabila kereta kesayangannya dilarikan dalam hanya 10 minit! Ikuti laporan yang dipetik dari mStar online, semoga Betty tabah dalam menghadapi dugaan ini. InsyaAllah, mana tahu, lepas ni rezeki Betty untuk pakai BMW atau MERCZ plak…

Kereta Satria GTI berwarna perak Betty Benafe telah dicuri di sebuah hotel lima bintang di Jalan Conlay pada pukul 4 petang tadi dalam masa 10 minit. Cerita Betty, dia menyedari kereta bernombor plat WHX 8179 itu telah lesap setelah kembali untuk mengambil pakaian berjenama oleh pereka dari Arab, alat solek dan beg tangan bagi menjayakan persembahan anjuran Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di hotel itu pada malam ini.

betty 02

“Saya terkejut dan sedih sebab kereta itu saya guna sejak lebih tujuh tahun lalu dan hilang dalam masa 10 minit sahaja. Selepas saya meletakkan kereta di tingkat lima hotel itu, saya ‘check in’ bilik. Apabila saya turun semula untuk mengambil barang ‘show’, kereta saya dah tiada.

“Saya dah kunci kereta itu dan rasa mesti di hotel itu mempunyai sindiket curi kereta dan pencuri kereta itu mesti sangat profesional,” katanya ketika menghubungi mStar Online sebentar tadi. Kata Betty, insiden itu menyebabkan kali pertama dia bekerja ’sehelai sepinggang’.

Meskipun masih berada dalam keadaan terkejut, Betty berkata dia tetap akan meneruskan persembahannya di hotel itu malam ini. “Saya kena profesional sebab kerja dan tabah untuk meneruskan persembahan ini. Nasib baik ada pereka Carven Ong yang mempunyai butik di hotel itu meminjamkan baju dan kasut kepada saya. Insya-Allah, kejadian ini mesti ada hikmahnya dan Allah akan gantikan dengan kereta lain,” beritahunya dalam nada kesal.

Sementara itu, pembantu peribadinya, Noraizi Ahmad (Gee) berkata dia akan membuat laporan polis mengenai kehilangan kereta berharga RM75,000 itu seusai persembahan itu pada pukul 10.30 malam ini. “Sekarang, saya sedang menguruskan persembahan Betty dan selepas selesai majlis ini baru kami akan pergi buat laporan polis.

“Tadi, pihak keselamatan hotel itu sudah melakukan penyiasatan di sekitar hotel dan selepas itu tiada tindakan yang diambil. Pihak hotel meminta kami untuk membuat laporan polis di luar hotel dalam tempoh 24 jam dari masa kejadian.

“Bagaimanapun, kami sudah memaklumkan kepada polis peronda dengan memberikan nombor plat dan jenis kereta untuk menjalankan operasi mencari kereta itu,” kata Gee yang turut memaklumkan tiada perkhidmatan CCTV yang disediakan di tempat letak kereta di hotel itu.


sumber dari mStar.com

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes