Ariel, Luna Maya, Cut tari dalam majalah porno Japan
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Ariel bersama kekasihnya, Luna Maya dikhabarkan baru sahaja menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun. Peguam Ariel tidak boleh memberikan sebarang komen yang boleh memalukan Ariel dan nama Negara Indonesia. Tambahan lagi apa pun juga berita negatif dimana-mana mahupun yang ini akan mengaitkan Indonesia dan amnya. Peguam Ariel juga memberitahu dia baru sahaja diberitahu tentang berita tersebut. Dia tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia dikhuatiri akan membebankan anak guamnya. Dalam majalah yang diterbitkan di negara Jepun itu, kelihatan gambar Luna Maya, Ariel dan Cut Tari sedang memperagakan pakaian seksi sambil beraksi lucah.
Video Lucah Tersebar, Ariel Masih Bisu
by Abdul Hamid Lembah Bujang
BEKAS vokalis Peterpan, Ariel (gambar) masih berlum tampil membuat sebarang kenyataan berhubung klip video lucah miripnya yang tersebar. Malah menurut sumber, dia juga masih belum berbincang hal tersebut bersama ahli kumpulannya yang lain.
Sejumlah wartawan hiburan Indonesia cuba mendapatkan teman lelaki kepada Luna Maya ini selepas mendapat maklumat bahawa mereka berada di studio untuk merakamkan album terbaru tapi tidak berhasil.
Salah seorang ahli kumpulannya, Reza memberitahu bahawa mereka masih belum mendapat sebarang maklumat tentang perkara tersebut.
"Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara tersebut kerana saya dan ahli kumpulan yang lain masih belum membincangkan hal ini dengan Ariel sendiri.
Nama Luna Maya Dicemuh Wartawan Ketika Pengumuman Pencalonan
by Abdul Hamid Lembah Bujang
ANUGERAH Panasonic Gobel Award 13 bakal berlangsung. Sejumlah nama-nama artis lama telah mendominasi acara berprestij yang diadakan setiap tahunnya ini.
Apa yang menariknya ialah apabila munculnya nama artis cantik Luna Maya sebagai salah seorang artis terbaik yang tercalon, para wartawan yang berada pada sidang media pengumuman tersebut lantas memberi reaksi yang kurang baik.
"Huuuhh... Artis apa itu!" ujar salah seorang wartawan seperti detikhot.com.
Tidak hanya sekali, nama Luna Maya juga sempat dibacakan ketika dirinya mendapatkan pencalonan sebagai Pengacara Terbaik.
Selain nama Luna, terdapat nama-nama pengacara remaja seperti Adly Fairuz, Shireen Sungkar, dan Dude Harlino. Shireen mendapatkan pencalonan Artis Terbaik bersaing dengan Bunga Citra Lestari, Luna Maya, Naysila Mirdad, dan Nikita Willy.
Panasonic Gobel Awards yang ke-13 ini akan diadakan pada 26 Mac 2010 di Jakarta, Indonesia.
Sandiwara Luna Maya & Ammar Alfian!
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Mana ada artis yang seberani mereka, menghamburkan kata kesat kepada wartawan secara terang-terangan. Maka sebab itu, harus dicatit di sini, inilah pencapaian tertinggi Ammar dan Luna sepanjang karier mereka.
Tidak seperti Luna yang wajahnya hampir setiap hari terpampang di dada akhbar, Ammar tidak begitu bernasib baik. Barangkali kaitannya dengan kekasih hati, Puteri Sarah membuat nama Ammar lebih menonjol.
Luna juga pernah menjadi cover girl majalah remaja tahun 1999 dan terus diburu untuk jadi model iklan, filem, sinetron hinggalah menjadi penyanyi.
Hampir 10 tahun Luna disanjung di pentas hiburan hinggalah ke saat dia mencari pasal dengan wartawan hiburan di Twitter dengan menyamakan mereka dengan pelacur dan menghina darjat mereka sehina golongan itu.
'Jeritan batin' Luna dari Indonesia tiada bezanya dengan pelakon Tari Tirana, Ammar yang berpaksi di bumi Malaysia. Lebih menghairankan, Ammar, yang tidak berapa terkenal berbanding Luna, ada hati ingin 'menghunus pedang' dan 'membunuh' wartawan hiburan?
Antara kedua-dua mereka, rasanya Ammar lebih sadis hingga sanggup hendak 'membunuh'. Bila sudah terdetik hati ingin 'membunuh' bermakna bisikan syaitan begitu kuat dalam nalurinya sampai tak bisa dibendung. Tapi Kakak Tua percaya semuanya kerana amarah yang sukar dipadam.
Seharusnya Luna atau Ammar belajar mengutip pelajaran berharga dari episod ini. Perkara pertama yang harus mereka akui ialah dunia hiburan tidak ubah seperti panggung sandiwara yang penuh kepalsuan.
Senyuman selebriti saja, kata orang, hampir semuanya palsu, sepalsu make up, bulu mata dan dandanan.
Jadi tidak payahlah kita mempraktikkan kepalsuan ini dalam senario harian kita. Hamburan kata-kata kesat bukan saja membuat peminat menghukum kedua artis ini tapi secara tidak disedari, mereka menunjukkan kepada kita siapa diri mereka yang sebenarnya.
Tidak mungkin terluncur perkataan kesat dari hati orang beriman.
Setakat usik-usik manja dari wartawan, wajarkah digunakan senjata untuk melenyapkan serangan pihak 'musuh'.
Manusia walau apa pun darjat dan profesionnya, waima wartawan sekalipun, mudah hanyut dan tergelincir. Sepatutnya, kita berpesan-pesan kepada perkara kebenaran bukan bersifat menghukum.
Kakak Tua tidak rasa ada wartawan yang tergamak menjatuhkan selebriti. Tapi selalunya, perbuatan artis sendiri yang buat diri mereka tersadung dan terus tergelincir.
Mujurlah kesalahan Luna telah dimaafkan wartawan hiburan di Indonesia.
Bagaimana pula dengan nasib Ammar? Siapa yang tega membawa artis berbakat seperti Ammar ke jalan yang benar?