Lisdawati 'Dirogol' Suami Sendiri?
by Abdul Hamid Lembah Bujang
KARISMA aktres Lisdawati memang tidak perlu disangkal lagi. Wajahnya yang membintangi pelbagai drama TV dan filem sudah memadai untuk membuktikan bakat seni aktres ini. Terbaru, isteri kepada aktor yang bakal bergelar pengarah filem, Fauzi Nawawi ini terus menyahut cabaran dengan membintangi sebuah filem peperangan,Bravo 5 pula.
Lisdawati yang ditemui di majlis pelancaran filem itu semalam, berkata, dia menerima tawaran filem itu bukan hanya kerana plot filem itu yang menarik. Malah, ibu kepada dua orang anak ini tidak dapat membayangkan sebuah babak signifikan yang melibatkannya dirogol oleh Fauzi Nawawi.
Mengulas mengenai babak Nadia (Lisdawati), isteri kepada Leftenan Hassan (Fizz Fairuz) dirogol oleh ketua komunis, Sidek (Fauzi Nawawi), Lisdawati berkata, babak tersebut merupakan babak penting yang menguji kekuatan emosinya sebagai pelakon.
Dalam babak itu, Nadia dirogol oleh Sidek kerana ingin membalas dendam terhadap Leftenan Hassan.
"Saya masih tak dapat bayangkan tentang babak itu. Saya juga tidak tahu hendak komen atau kata apa-apa pun. Semuanya masih terlalu awal, kena tunggu sehingga penggambaran bermula.
"Saya dan Fauzi tidak berbincang apa-apa pun mengenai babak itu. Sebagai pelakon, saya tidak pernah ada masalah untuk melakonkan apa juga babak termasuklah babak dirogol. Cuma yang menariknya, babak rogol itu melibatkan saya dan suami. Itu sahaja," katanya.
Jelasnya lagi, walaupun peranan sebagai Nadia bukanlah sebagai watak utama, namun kekuatan skrip dan plot filem itu membuatkannya teruja.
Lisdawati yang hanya terlibat dalam lima atau enam babak sahaja adalah watak pembantu yang memaparkan emosi dan pengorbanan isteri kepada pejuang yang menentang musuh negara.
"Watak saya bukanlah watak utama sebab filem ini mengangkat watak-watak komando sebagai hero.
"Saya hanya terlibat dalam lima atau enam babak sahaja. Tapi saya teruja untuk terima watak itu kerana ia memberi impak pada penceritaan filem ini. Itu yang lebih penting.
"Lagipun, genre filem ini yang mengisahkan perjuangan tentera kita menentang komunis adalah sebuah filem yang menarik dan jarang dihasilkan dalam industri.
"Sebagai pelakon, mungkin pembabitan kecil saya dalam filem ini dapat memberi manfaat dan iktibar buat penonton kelak," ujarnya lagi.
Apabila ditanya adakah peluangnya beraksi dalam Bravo 5 disebabkan oleh Fauzi yang bertindak sebagai pengarah filem itu, Lisdawati sekadar tergelak sebelum menjawab. Katanya, penglibatan dalam filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu langsung tiada kaitan dengan suaminya.
"Bekerja dengan Fauzi dalam filem ini adalah secara kebetulan sahaja. Sekalipun filem ini diarahkan oleh pengarah lain, saya pasti terima kerana genre dan jalan ceritanya," jelasnya.
Bravo 5 yang merupakan sebuah projek usahasama Karya Prima Production dan Tentera Darat Malaysia ini berkisar kepada kisah perjuangan anggota komando dalam memerangi pengganas komunis di era 80an.
Selain Lisadawati dan Fauzi, filem yang bakal memulakan penggambarannya April ini turut dibintangi Fizz Fairuz, Zulhuzaimy, Adam Corrie, Hattan dan ramai lagi.
Gambar Lisdawati di RAP ada unsur lucah?
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Agak selamba juga Lisdawati bergambar dalam akhbar RAP milik Harian Metro hari ini. Isteri kepada Fauzi Nawawi yang mempunyai seorang cahaya mata dengan berani menayangkan bentuk tubuhnya yang masih anggun.
sumber dari mediamalaya.com
Petua dan Tips Rumahtangga Lisdawati dan Fauzi Nawawi..
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Cinta pasangan selebriti tak boleh dijangka. Kadang-kadang depan kita, memang nampak takde apa-apa. Tapi mungkin kat luar sana atau kat rumah… mmm… siapa yang tahu kan?
Tuhan saje yang tahu.
Banyak berlaku sebelum ini… mereka mengaku mereka adalah pasangan bahagia dan pasangan paling romantis… tapi setelah rahsia mereka pecah tembelang dengna kes mahkamah, selepas rahsia mereka selama ini terbongkar selepas putus cinta, barulah kita tahu pucuk pangkalnya.
Okay, orang kata, tak baik berburuk sangka.
Seperti juga dengan rumahtangga pasangan selebriti ini. Selalu terdengar sana-sini, rumahtangga Lisdawati dan Fauzni Nawawi retak menanti belah la, itu la ini. Tapi tuan empunya badan tetap maintain.
Lisdawati begitu percaya pada cinta suaminya. Hingga tidak hirau dengan gosip tentang rumahtangga mereka. Kata Lis, cinta abang setiap saat untuk dirinya.
Bagi Lis, cinta sejati membawa ke alam rumahtangga yang bahagia.
Tak dinafikan, cinta dan kasih sayanglah yang buat rumahtangga jadi lebih harmoni dan kekal sampai bila-bila.
Tips dan petua Lis senang saje. Pasangan kena tolak ansur dan berbincang secepat mungkin segala apa masalah yang dihadapi. Jangan pendam dan tak perlu nak salahkan sesiapa. Ego pun satu hal jugak. Kalau boleh cuba korbankan sikit rasa ego tu.
Sibuk macamana sekalipun, Lis akan spend time dengan abang Fauzi.
Lisdawati baru sahaja habis shooting pengambaran drama Anak-Anak Lorong untuk siaran Astro.
sumber dari budiey.com
Lis: Abang Fauzi Ingin Bercinta Setiap Masa.. Rmantiknya pasangan nie..
by Abdul Hamid Lembah Bujang
AGAK sukar menyelami perasaan cinta pelakon dan model Lisdawati terhadap suaminya, pelakon Fauzi Nawawi.
Ini kerana walau apa pun badai atau gosip yang datang menjengah mereka, Lisdawati atau lebih mesra dipanggil Lis, tetap tegas menyatakan mereka pasangan romantis.
Mungkin ramai yang tidak percaya, di sebalik perkhabaran yang pasangan ini mempunyai 'masalah rumahtangga', Lisdawati dan Fauzi selalu cuba menghangatkan perasaan cinta antara mereka.
"Abang (panggilan mesra Lisdawati kepada Fauzi) ingin bercinta setiap masa. Bagi abang, perkara itu perlu untuk menguatkan kasih sayang antara isteri dan anak-anak," jelas pelakon jelita itu sebaik melangkah keluar dari menonton wayang di Pavillion.
Bagi Lis, kasih sayang perlu disemarakkan dan keharmonian rumah tangga merupakan prioriti dalam hidupnya sekarang melebihi karier lakonannya.
"Suami isteri perlu bertolak ansur dan berbincang dalam apa jua urusan. Isteri juga kena tahu batas-batas bila berbincang dengan suami," kata aktres berusia 31 tahun ini.
Selama berkahwin dengan Fauzi, Lis mengaku yang dia cuba elak dari mengungkit kisah-kisah yang boleh mengguris hati suami.
"Bagi pasangan yang ingin berkahwin, saya ingin galakkan urusan kerja dan kewangan diasing-asingkan. Ini kerana duit suami dan duit isteri harus diurus secara berasingan.
"Tanggungjawab suami adalah untuk menanggung isteri dan keluarga sedangkan isteri tidak wajib menanggung keluarga. Tapi jika isteri bekerja dan sanggup membantu keluarga dan suami dengan wang ringgit, itu cukup manis," kata Lis penuh bermakna.
Kata aktres berbakat ini, urusan kewangan perlu diasingkan untuk kesenangan di hari muka, seandainya berlaku sebarang kemungkinan di belakang hari.
"Lebih harmoni kalau perkara-perkara begini tidak dikongsi. Namun, apa pun semuanya perlu dibawa berbincang terlebih dahulu," kata Lis yang baru selesai penggambaran drama 'Anak-anak Lorong' untuk siaran Astro.
Sementelah melihat hubungan mesra antara mereka begitu jelas dan ketara sekali, ini sekali gus menolak sebarang cakap sumbang kononnya rumah tangga mereka pernah berantakan.
"Saya anggap semua gosip itu sebagai usik-usik. Semua cerita-cerita itu bertujuan untuk menghangatkan pasangan bernama Lisdawati-Fauzi Nawawi saja," kata ibu kepada dua orang anak ini.
Malah, kata Lisdawati, dia tidak pernah menganggap sebarang gosip itu mengguris hati.
"Kami mengambil sikap terbuka di dalam hal ini. Alhamdulillah, setakat ini sudah semakin kurang gosip liar tentang kami," katanya.
Bagi Lisdawati, isteri kena beralah kerana "selalunya seorang suami ada ego. Kita perlu berbincang dengan baik untuk menyelesaikan sebarang masalah, tak boleh ikut kepala sendiri saja."
Meskipun baru tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan yang sama cantik dan sama padan ini, sebolehnya tidak akan mengambil sikap cepat melatah bila digosipkan.
"Biarlah apa orang nak cakap. Bila dah penat, mereka tak cakap lagi," kata Lisdawati.
Pasangan ini cukup bangga telah dikurniakan dua orang anak perempuan, Nur Aini Farhana (1 tahun 8 bulan) dan Nur Aina Fazneesya, berumur 3 bulan.
Fauzi juga mempunyai empat orang anak menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Nurul Hainil Fatihah, 14, Mohd Fariz Hazwan, 12, Nurul Hana Farisya, 10, dan Mohd Fikri Hakimi, 7.
"Seboleh mungkin, saya tak beza-bezakan anak-anak saya dengan anak-anak tiri. Selalunya bila tiba musim cuti sekolah, baru kami semua dapat berkumpul," kata Lis yang begitu teruja menjadi ibu di usia muda.
Jelasnya lagi, "Walaupun sibuk dengan anak-anak, saya selalu cari masa sesuai untuk bersama suami.
"Macam mana penat sekalipun, saya akan curi masa untuk bersama Abang Fauzi."