Gambar Seksi Lana Nordin di Jakarta
by Abdul Hamid Lembah Bujang
Lama sudah kita mendengar kisah mengenai Pamela Anderson Malaysia ni, atau nama betulnya Lana Nordin. Tiptop timbul isu hangat baru yang melanda dirinya di negara orang. Indonesia. Dia berpakaian sangat seksi ketika menghadiri satu party. Mengikut laman seswang ManggaOnline, lokasi party ini adalah Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol. Gosipnya, adakah ini mencerminkan budaya Malaysia yang bersopan santun dalam segi berpakaian, renung-renungkanlah
Yasmin Hani, Lana Nordin, Tania Zara Saman Dua Produksi Filem
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Mereka memutuskan untuk memfailkan satu tuntutan saman terhadap dua buah syarikat produksi filem tersebut kerana gagal dan ingkar menjelaskan baki pembayaran untuk lakonan mereka dalam filem terbitan produksi terbabit.
Langkah Aquila Emas untuk memperoleh baki bayaran daripada dua penerbit filem tersebut iaitu Secondlife Picture Sdn Bhd untuk filem Gentayangan dan Sketch Seven Sdn Bhd untuk filem Uncle Usinsejak 2008 menemui jalan buntu. Keempat-empat plaintif akan memfailkan tuntutan saman terhadap kedua-dua defendan melalui Tetuan Palaya & Partners.
Tuntutan saman tersebut akan difailkan esok (Khamis), di Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pukul 3.00 petang.
Beberapa bulan lalu, seorang artis Aquila Emas iaitu Tony Eusoff telah memfailkan saman berjumlah RM500,000 terhadap syarikat tekstil, Gulatis Exclusive Sdn Bhd. Walau bagaimanapun kes tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah.

