Daniel Radcliffe Terima Golongan Homoseksual
by Abdul Hamid Lembah Bujang
PELAKON Harry Potter, Daniel Radcliffe membuat penilaian bahawa masyarakat hari ini sudah boleh menerima golongan homoseksual.
Menurutnya, generasi muda tidak seharusnya memandang hina terhadap golongan berkenaan.
Bagaimanapun, masih terlalu jauh untuk masyarakat dunia menerima perkara sebegini secara terbuka.
"Saya rasa generasi baru sudah mula terbuka mengenai isu (homoseksual) ini, mereka kebanyankannya lebih terbuka dan berpendidikan. Namun proses ini tentu sangat lambat untuk masyarakat dunia menerimanya.
"Jika seseorang dibesarkan dari keluarga yang berfikiran sempit dan berfikiran buruk tentang kaum homoseksual, maka proses perubahan akan memerlukan waktu yang sangat lama," katanya.
Radcliffe juga memberitahu bahawa dirinya boleh menerima kehadiran golongan homoseksual kerana dia membesar bersama-sama beberapa kenalan yang seperti itu.
"Saya hidup bersama golongan gay dan lesbian sejak kecil. Ia sangat berbeza dengan diri saya, namun pengalaman bersama mereka membuatkan saya boleh menerima golongan ini.
Saya Bukan Gay - Daniel Radcliffe
by Abdul Hamid Lembah Bujang
BINTANG popular 'Harry Potter' Daniel Radcliffe nafi dia seorang gay seperti yang digembar-gemburkan. Kata Radcliffe, "Saya bukan gay."
Pelakon berusia 20 yang membawa watak lelaki telanjang di dalam teater Equus, sering mendapat tempias sebagai lelaki lembut sebelum ini.
Dalam satu temuramah di MTV, aktor itu ingin menghentikan spekulasi itu.
Katanya,"Kalau orang nak cakap, cakaplah. Tapi saya bukan lelaki jenis itu. Saya lelaki normal."
Jelas Radcliffe: "Pernah ada seorang di internet yang berkata, "tentulah dia tu gay sebab muka dia gay. Saya rasa ini agak janggal.
"Muka gay? Itu adalah sesuatu yang merunsingkan saya seolah-olah mereka meletak muka saya di sebelah lelaki gay di rumah mereka," kata Radcliffe.
Desas-desus yang mengatakan Radcliffe adalah gay menjadi topik hangat apabila dia baru-baru ini membuat derma kepada tabung amal Amerika yang memperjuangkan nasib lelaki gay, lesbian dan biseksual.
Namun dalam satu temuramah, aktor ini pernah berkata, "Ada yang kata saya gay, saya rasa itu sesuatu yang hebat."