Showing posts with label Shah Rukh Khan. Show all posts
Showing posts with label Shah Rukh Khan. Show all posts

Saya Peminat Shah Rukh - Akon

Akon akan menyumbangkan lagunya dalam filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan, Ra.One.

PENYANYI R&B, Akon ke negara India untuk merakamkan lagu bagi filem terbaru yang dibintangi Shah Rukh Khan berjudul Ra.One. Akon juga mengakui dia adalah antara peminat bintang Bollywood itu dan kunjungannya adalah bukan sahaja untuk merakamkan lagu tetapi turut akan mengadakan persembahannya di negara tersebut.

"Saya adalah peminat Shah Rukh. Saya sudah biasa bekerja dengannya. Saya juga pertama kali bertemu dengan aktres jelita Kareena Kapoor," kata Akon.

Akon bukan sahaja menyanyi lagu itu, tetapi turut terlibat sebagai komposer lagu tersebut untuk filem Ra.One.

"Saya juga komposer untuk lagu itu. Dua buah lagu yang masih dalam proses untuk disiapkan itu akan saya berikan kepada Shah Rukh. Saya turut memasukkan elemen yang terdapat dalam filem tradisional Bollywood. Mereka juga boleh memilih lagu yang sesuai untuk filem terbaru itu," ujarnya.

Dalam filem terbaru itu, Shah Rukh Khan akan memegang watak superhero yang diterbitkan oleh Syarikat Red Chilies Entertainment.

Filem Superhero Ra.One Untuk Anak Saya: Shah Rukh

Shah Rukh Khan teruja dengan wataknya sebagai superhero dalam filem terbaru lakonanya, Ra.One.

PELAKON terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan begitu teruja dengan wataknya sebagai superhero untuk filem Ra.One.

Dalam filem itu, dia akan beraksi dengan membuat aksi terbang. Shah Rukh turut memberitahu dia melakonkan watak tersebut adalah untuk anaknya dan berharap filem tersebut akan berjaya dan pecah panggung.

"Filem Ra.One adalah sebuah filem superhero. Filem itu akan menampilkan lelaki baik, jahat, perempuan cantik, selain terdapat penyanyi yang hebat dan seorang pengarah yang kreatif," kata Shah Rukh.

Filem itu akan diarahkan oleh Anubhav Sinha dan lakonan bersama Kareena Kapoor sebagai teman wanita Shah Rukh Khan.

"Watak superhero itu dikenali sebagai Jeeva dan mempunyai kuasa menghentikan aliran elektrik. Itu konsep yang akan kami buat. Saya berharap, visual filem tersebut menarik serta dapat menonjolkan sebagai filem superhero," ujarnya.

'My Name Is Khan' Berjaya Mengangkat Islam Di Mata Barat !! tahniah Datuk Shah Rukh Khan.. bace sinopsis..


PENANTIAN untuk menonton filem My Name Is Khan (MNIK) adalah sesuatu yang sukar difahami jika anda bukan peminat 'King Khan' atau Datuk Shah Rukh Khan.

Menonton dan menghayati setiap dialog yang diucapkan oleh Shah Rukh dalam filemMNIK, yang mengangkat martabat orang Islam di seluruh dunia ini, ibarat satu 'tanggung jawab' .

Atas beberapa sebab, filem ini tidak boleh dilihat dari perspektif filem Bollywood kerana penghasilan dan cara garapan filem ini jauh berbeza dari semua filem Hindustan yang pernah ditonton.

Tidak ada lagu merdu yang berjela-jela atau persalinan pakaian hingga durasi lima minit, tidak ada kesedihan yang klise seperti yang selalu ada dalam filem Bollywood dan tiada tarian. Anda mungkin kecewa tapi bagi peminat Shah Rukh, apa saja yang dihidangkan oleh bintang ternama ini adalah satu cenderahati.

Bagi mereka yang berharap menyaksikan sebuah lagi filem Hindustan pasti akan sedikit kecewa kerana pengarah Karan Johar berjaya lari dari expectation peminat filem Hindi.

Tapi durasi filem MNIK sama seperti semua filem Hindustan yang pernah anda tonton iaitu hampir 3 jam. Filem ini hidup dari awal hingga akhir kerana babak-babak realistik yang cuba dipaparkan dari kaca mata seorang pengarah bukan beragama Islam, Karan Johar.

Karan sejujurnya cuba bercerita tentang dilema seorang Islam bernama Rizvan Khan, yang mempunyai penyakit Aspergers sindrom (sejenis penyakit Autistik) yang dicurigai oleh bangsa Amerika. Rizvan dicop sebagai pengganas hanya kerana dia orang Islam dan peristiwa ini berlaku selepas kejadian hitam 9/11.

Disebabkan penyakitnya, Rizvan mempunyai masalah sosial dan tidak mampu berinteraksi secara normal.

Ibu Rizvan selalu menekankan bahawa tidak ada orang Islam baik dan orang Islam jahat, tidak ada orang Kristian baik dan orang Kristian jahat dan tidak ada orang Hindu baik dan orang Hindu jahat.

Kebaikan dan kejahatan ada pada manusia, tetapi itu tidak ada kaitannya dengan agama yang dianuti. Didikan ibu terpahat erat dalam benak Khan hingga Rizvan merasa didikan ibunya benar tetapi realiti yang dihadapinya sangat jauh berbeza.

Setelah ibunya meninggal, Rizvan terpaksa tinggal dengan adik lelakinya (lakonan Shergill) di Amerika. Di sinilah dia berjumpa dan jatuh hati dengan pedandan rambut bernama Mandira (Kajol), seorang ibu tunggal yang baik hati, bebas laku dan tinggal bersama anaknya, Sam, 6.

Cerita cinta Rizvan-Mandira agak luar biasa kerana latar belakang kedua mereka yang berlainan agama dan gaya hidup.Perkahwinan mereka yang mulanya mendapat tentangan adiknya, berakhir dengan baik. Namun kisah cinta mereka yang baru bermula 'terputus' apabila peristiwa September 11 di New York City menjadi penyebab beberapa insiden.

Sam dibelasah teruk hingga mati di sekolahnya kerana namanya ditukar ke 'Khan' sempena nama ayah tirinya, Rizvan Khan. Disebabkan insiden tragis ini, Mandira menolak Rizvan dan menghalaunya.

Segalanya berubah, kedua-duanya terpisah dan cerita cinta mereka bergilir mengharu birukan emosi penonton.

Hanya satu saja syarat diberikan untuk Rizvan kembali ke pangkuan Mandira. Dia harus berjumpa dengan Presiden Amerika dan memberitahunya, My Name Is Khan...And I Am Not A Terrorist.

Bagi Mandira, selagi namanya Khan, dia akan tetap dianggap sebagai pengganas. Dan di sinilah babak pertama filem ini bermula, di mana Rizvan 'Shah Rukh' Khan mengenggam tiga biji batu hitam sambil mulutnya berzikir 'Qul Huwallahu Ahad' sehingga menimbulkan curiga mata-mata yang memandang.....

Jika selama ini, anda masih curiga apakah benar Shah Rukh Khan seorang Islam, filem ini membuka mata kita tentang ini. Mungkin ini satu-satunya filem Shah Rukh yang boleh diibaratkan seperti 'sirih pulang ke gagang'.

Perlakuan rasis yang dialami Rizvan ada kalanya menyentuh perasaan, ada ketika membuat kita terfikir bagaimana buruk sangka dapat membuat manusia berubah dari baik ke sifat haiwan.

MNIK mendapat bantahan parti Hindu, Shiv Sena, di tanah airnya sendiri hanya kerana satu kenyataan Shah Rukh yang membela pemain kriket Pakistan agar diserapkan ke India Premier League (IPL).

Kemarahan Shiv Sena tercetus kerana hubungan India-Pakistan yang hingga sekarang masih dilanda perang dingin. Akibat kenyataan Shah Rukh, Shiv Sena berusaha melarang filem ini ditayangkan di India.

Kini, filem ini semakin dingin sambutannya di Mumbai, berbeza sekali dengan respon di Amerika dan Eropah.

Sejauh mana, bangsa Amerika menerima filem ini masih terlalu awal untuk dibuat rumusan.

Sembilan tahun setelah tragedi peristiwa 9/11, paranoia atau sikap perkauman terhadap umat Islam yang ditindas akhirnya berjaya digambarkan secara menarik sekali melalui sebuah layar filem Bollywood.

Mungkin filem ini ada beberapa kelemahan namun ia tidak begitu ketara. Yang penting, rasa bangga berbunga di hati sepanjang menonton filem ini.

MNIK berjaya menyingkap sikap rasis Amerika terhadap Islam. Lebih tepat, buruk sangka keterlaluan terhadap apa saja yang berbau Islam, dari janggut sunnah, pakaian, peradaban hingga ke nama.

Diskriminasi barat terhadap Islam seperti yang ditunjukkan di dalam MNIK adalah satu fakta yang pernah terjadi terhadap Shah Rukh sendiri. Dan perkara ini pernah dilaporkan di beberapa media utama tahun lepas ketika filem ini sedang rancak dalam penggambaran.

MNIK sebenarnya berkisar tentang hubungan Rizvan dan Mandira, antara seorang individu bernama Rizvan dan pengaruhnya di sebuah negara barat hingga menimbulkan kebangkitan semangat solidariti sesama orang Islam lantas menutup terus mulut bangsa barat tentang Islam.

Terdapat tiga isu penting yang dikupas dalam filem ini: Islam, Cinta Seorang Autistik dan Pengorbanan.

MNIK berbicara tentang Islam dan bagaimana pandangan dunia terhadap Islam.

Agama bukanlah kriteria untuk menentukan orang itu baik atau jahat, dan itu adalah satu kenyataan yang diulang-ulang tanpa disedari sepanjang filem ini.

Apabila anda meninggalkan pawagam setelah selesai menonton filem ini, ada satu perkara yang anda akan ingat sampai bila-bila. Mungkin Shakespeare pernah berkata...What's In A Name? (Apa Ada Pada Nama?). Bagi mereka yang beragama Islam, nama adalah segalanya dan jawapannya terdapat dalam filem ini. Akhir kata, 'Nama saya BUKAN Khan, dan saya bukan pengganas!'

Filem My Name Is Khan Catat Rekod Pecah Panggung Di Amerika Syarikat!!!


FILEM My Name Is Khan (MNIK), berjaya memungut AS$761,000 (RM2.6 juta) pada hari Ahad lepas, sekaligus mencatatkan rekod pecang panggung bagi filem berbahasa Hindi itu di Amerika Utara.

Pengarah filem itu, Karan Johar mensasarkan kutipan akan jatuh tujuh peratus pada hari Ahad selepas mendapat kutipan AS$682,000 (RM2.3 juta) pada hari Sabtu. Bagaimanapun, filem itu menerima sambutan yang menggalakkan pada hari Ahad.

Filem tersebut yang dibintangi Shah Rukh Khan dan Kajol itu akan ditayangkan di 120 buah panggung teater termasuk di Amerika Syarikat dan Kanada selama tiga hari.

Menurut satu laporan, tiket filem itu telah habis dijual.

MNIK juga adalah antara filem yang mendapat sambutan di Amerika Utara selepas mula ditayangkan pada 12 Februari lepas.

Filem 'My Name Is Khan' Ditayang Bawah Kawalan Keselamatan


Penayangan Filem 'My Name Is Khan' dibawah kawalan keselamatan. - Foto REUTERS

TUAN rumah kepada dunia glamor India Bollywood, hari ini memulakan penayangan filem terbaru bintang terkenalnya Shah Rukh Khan, "My Name is Khan", di bawah perasaan takut yang disemarakkan oleh aktivis sayap kanan.

Filem itu dijadual untuk penayangan seluruh pada pagi ini tetapi ramai pemilik panggung wayang di negeri Maharashtra, Barat India yang bimbang tindak balas daripada Shiv Sen, iaitu kumpulan nasionalis Hindu, enggan berbuat demikian.

"Polis telah bersetuju untuk menghantar anggotanya tetapi suasana adalah berisiko. Kami hanya orang biasa dan tak akan mampu menangani keganasan jika ia berlaku," Presiden Pune Film Exhibitors Association, Sadanand Mohol, memberitahu akhbar The Hindu.

Kontroversi meletus selepas Khan berkata pemain Pakistan wajar dimasukkan dalam liga kriket India - Indian Premier League, yang akan datang.

Kumpulan Shiv Sen kemudian menuduh Khan mahu memenuhi kehendak pemain kriket Pakistan dan mendesak permohonan maaf daripadanya tetapi pelakon berkenaan enggan berbuat demikian.

Sebagai tindakan balas, parti politik yang diketuai pemimpin berusianya Bal Thackeray menjadikan filem terbaru Khan sebagai sasaran dengan mengoyak poster, merosakkan panggung wayang dan membakar patung kertas pelakon berkenaan.

Beberapa kompleks panggung wayang utama juga membatalkan penayangan filem yang ditunggu-tunggu itu pagi ini, walaupun ada jaminan kerajaan negeri dan pihak polis untuk meningkatkan kawalan keselamatan.

Tetapi apabila peminat Khan dilihat mula berbaris untuk tayangan pada sebelah petang pemilik panggung memutuskan untuk menayangkan filem tersebut.

Kira-kira 11,000 anggota polis telah dihantar berkawal sekitar Mumbai, ekoran daripada ancaman para pemimpin Shiv Sen dan sekitar 2,000 aktivis telah ditahan sebagai langkah pencegahan.

Ancaman itu turut 'melimpah' ke negeri-negeri berjiran menyebabkan pemilik kompleks panggung wayang keberatan untuk menayangkan filem tersebut kerana bimbang berlaku rusuhan dan kerosakan harta mereka.- BERNAMA


    Penyokong Shiv Sena Halang Filem 'My Name Is Khan' Ditayangkan.. best giller cite nie..


    RAJA Bollywood Shah Rukh Khan sekali lagi dijengah kontroversi apabila penyokong Shiv Sena cuba menahan filem terbarunya,"My Name Is Khan" dari ditayangkan di beberapa pawagam di bandar utama.

    Filem terbaru Shah Rukh itu dijadual ditayangkan di seluruh dunia mulai 12 Februari.

    Aktivis Shiv Sena menyerang dna menjahanamkan beberapa pawagam dan kompleks. Antara serangan yang paling dasyat berlaku di Mehul Theatre di Mulund, Shreyas Theatre in Ghatkopar.

    Khabar terbaru, polis sedang berjaga-jaga di 63 pawagam dan multipleks di mana filem ini akan ditayangkan.

    Sebelum ini penyokong Shiv Sena sudah berdemonstrasi di luar kediaman pelakon Bollwyood itu di "Mannat", Mumbai hujung bulan lalu dan sehari selepas itu, bertindak lebih kasar dengan membakar poster-poster “My Name is Khan”.

    Semua huru hara ini tercetus gara-gara Shah Rukh meluahkan perasaannya terhadap pasukan kriket IPL yang tidak menawarkan satu tempat pun kepada 11 pemain Pakistan.

    Team kriket Pakistan, ini merupakan juara T20 dunia dan bermain dalam edisi inagural IPL di tahun 2008.

    Namun team ini tidak mendapat izin dari Islamabad tahun lalu kerana adanya ketegangan antara India dan Pakistan, susulan serangan Mumbai pada tanggal 26 November 2008.

    Pemilik team kriket mengatakan mereka tidak membeli para pemain Pakistan tahun ini kerana khuatir tentang situasi dan kesediaan pemain.

    Shah Rukh pula menambah bahawa team kepunyaannya,Kolkata Knight Riders tidak membeli para pemain Pakistan kerana mereka telah memilih pemain Shane Bond.

    Komen Shah Rukh supaya pemain Pakistan dipilih untuk Tournamen IPL yang akan datang menyebabkan penyokong Shiv Sena mengamuk dna bertindak di luar jangkaan. Namun, sejumlah aktivis dari berbagai organisasi Muslim turun ke jalan-jalan ibukota membela Shah Rukh.

    Ramai berarak memprotes ketua Shiv Sena, Bal Thackeray, yang cuba menyasar Shah Rukh kerana komen jujurnya.

    Para aktivis membakar poster bergambar Bal Thackeray, ketua parti Shiv Sena.

    “Ini adalah pesanan kami...Shah Rukh Khan dan Aamir Khan adalah kebanggaan bangsa kita. Bal Thackeray, ketua Shiv Sena, tidak punya hak untuk memberikan sijil ‘pengkhianat’ pada sesiapa pun. Pertama, ia harus mengecualikan Maharashtra, negara bahagiannya sendiri. Kadang dia mengangkat isu tentang Maharashtra dan India utara, sekarang Salman Khan dan Shah Rukh Khan. Saya ingin bertanya pada Bal Thackeray apakah ia berencana mengangkat semua isu di India,” ujar salah seorang yang protes.

    Ini bukan kali pertama kali Shah Rukh Khan menimbulkan kntroversi pada masyarakat India. Pada bulan June 2009, pihak polis terpaksa mententeramkan perasaan umat Islam di India setelah bintang superstar itu didakwa menyakiti perasaan umat Islam.

    Khalid Babu Querishi menuduh bahawa pada terbitan bulan Julai, majalah Time N’ Style, Shah Rukh telah menggunakan kata-kata yang menghina terhadap Nabi Muhammad.

    Namun hal itu dapat diselesaikan kerana jelas ia hanya kesilapan dari segi laporan oleh wartawan majalah tersebut.

    Saya Belum Layak Untuk Filem Hollywood - Shah Rukh Khan

    WALAUPUN filem terbarunya 'My Name Is Khan' akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada 12 Februari, Shah Rukh Khan belum begitu yakin untuk menembusi pasaran Hollywood.

    "Belum masanya lagi. Yang sebenarnya saya belum dapat apa-apa tawaran lagi," Shah Rukh mengaku secara jujur.

    "Mungkin saya terpaksa berusaha lebih kuat lagi untuk membuktikan lakonan saya seperti yang Anil Kapoor sudah lakukan di dalam filem Slumdog Millionaire hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

    "Lagipun, saya tidak fikir saya ada apa yang Anil ada. Mungkin sebab itu saya rasa saya belum bersedia," jelasnya.

    Kata Shah Rukh lagi, "Saya tidak tipu. Saya tidak pernah ditawarkan. Saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Itu saja sudah buat saya gembira."

    Shah Rukh juga tidak sabar untuk melihat lakonan Anil dalam siaran TV keluaran FOX.

    "Saya teringin sekali melihat Anil. Dia seorang pelakon yang hebat. Mungkin saya akan tunggu keluaran DVD di iTunes.

    "Anil adalah seorang pelakon yang ada kelas, bekerja kuat dan antara pelakon yang menolong saya di awal karier saya. Malah dia seorang yang sangat positif," jelas Shah Rukh yang akan memulakan penggambaran filem terbarupada bulan March ini yang diberi tajuk,'Ra. One'.

    "Saya harap dapat menghabiskan filem itu dalam bulan Ogos. Filem ini agak sukar kerana ia bergenre superhero dan sesuatu yang baru di India. Selepas itu, saya akan mula penggambaran filem 'Don 2', pada bulan September."

    Shah Rukh Khan Benci Stokin Berwarna Coklat

    BINTANG terkenal Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) adalah seorang yang cukup mudah mesra. Walaupun kadangkala nampak seperti seorang yang sombong, SRK sebenarnya seorang yang suka menyendiri dan mempunyai tabiat yang aneh.

    Antara tabiatnya yang berbeza ialah SRK cukup mengambil berat tentang stokin yang dipakainya.

    "Saya seorang yang amat prihatin tentang stokin. Stokin perlu berasa selesa di kaki saya. Saya boleh terlepas kapal terbang jika stokin yang saya pakai tidak sesuai atau salah.

    "Saya tidak boleh pakai stokin nylon dengan kasut biasa.

    "Saya juga akan terganggu di lokasi penggambaran kalau stokin saya salah. Saya benci stokin berwarna coklat dan stokin yang berwarna warni," jelas SRK di satu temuramah dengan majalah GQ.

    Temubual itu akan dimuatkan di dalam keluaran bulan Februari majalah tersbeut.

    Bintang berusia 44 tahun itu juga bercerita tentang kesunyian dalam temubual tersebut. "Ramai yang melihat saya dari luar akan menganggap saya sebagai seorang manipulator, tidak berminat, aneh, menyendiri dan sombong. Tapi mereka yang kenal saya akan tahu sebenarnya.

    "Ada ketikanya saya rasa betul-betul kesunyian di dalam. Memang itulah saya sebenarnya.

    "Saya tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan kerana saya takut kehilangan. Saya kehilangan kedua ibu bapa saya dan itu membuat saya bimbang andai kata saya kehilangan orang-orang yang saya sayang.

    "Di usia 44, saya masih mempunyai kelemahan dari segi sosial dan emosi," jelas SRK yang akan dapat dilihat di dalam filem terbarunya, "My Name is Khan", yang akan ditayangkan pada 12 Februari.

    Filem yang diarahkan oleh Karan Johar ini menceritakan kisah seorang hero Rizvan Khan (dibawa oleh SRK), melalui jalan sukar ke Amerika untuk mendapatkan semula kasih hatinya, Kajol. Sepanjang perjalanan itu, keluhuran peribadinya yang mulia membuat ramai orang tersentuh.

    SRK Diiktiraf Di Hollywood.. sampai ke negara barat kenal siapa Shah Rukh Khan,

    Pelawat memerhatikan patung ukiran lilin SRK yang dipamerkan di Muzium Madame Tussauds, Hollywood pada 28 Januari 2010. - Foto AFP

    BINTANG Bollywood terbesar, Shah Rukh Khan mendapat pengiktirafan di arena perfileman Hollywood apabila patung ukiran lilinnya dipamerkan kepada umum di muzium baru Madame Tussauds di Los Angeles, bermula Khamis lalu.

    Pengikitirafan itu dilakukan bersempena dengan ulangtahun sambutan ke-20 bintang yang mendapat jolokan 'Raja Bollywood' itu dalam dunia lakonan.

    Patung ukiran lilin SRK itu dianggarkan mencecah kos USD300,000 untuk dihasilkan.

    Kesempurnaan Itu Membosankan Shah Rukh Khan

    PELAKON popular Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) memiliki pendapat berbeza dari rakannya, Aamir Khan. Jika Aamir selalu berusaha untuk jadi seorang yang sempurna, SRK pula sebaliknya, dia tidak takut berbuat salah.

    Menurut jejaka yang mendapat gelaran 'King Khan' ini, kesempurnaan itu adalah membosankan.

    Seperti dikutip Apunkachoice.com, SRK menyatakan demikian di laman Twitternya, "Kesempurnaan itu membosankan. Tidak lancar...lemah...tidak selesai...tercemar..."

    "Nasihatku: jangan terlalu mengejar kesempurnaan...kerana ketika kau mencapainya...tak akan ada apapun lagi untuk dikejar. Nikmati saja apa yang telah kamu capai," tambahnya.

    Raja Bollywood ini juga mendorong para pengikut dan penggemarnya untuk menerima kekurangan sendiri.

    "Beranilah melakukan kesalahan...bersedia menerima risiko...kemampuan untuk risiko dan kesediaan memperbaiki kekacauan...itu yang menjadikan kita kuat," tulisnya. SRK yang mula aktif Twitter pada awal tahun ini, kini sudah memiliki 81.000 pengikut.

    Tiga Khan Bersaing Di Box Office

    TIGA aktor terkenal, Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Salman Khan akan berebut perhatian pengemar filem untuk datang ke pawagam.

    Ini kerana ketiga-tiga Khan ini bakal mengeluarkan filem terbaru masing-masing dalam jangkamasa seminggu.

    Ketiga-tiga filem bintang besar Bollywood ini sedang berebut carta box office yang dimulakan oleh Aamir Khan melalu filem 3 Idiots, Salman Khan dengan filem Veer dan Shah Rukh Khan dengan filem My name is Khan.

    Shah Rukh Khan Berparti Sakan Di Majlis Harijadi Hrithik Roshan Ke-36

    AKTOR Shah Rukh Khan (SRK) bukan sahaja seorang pelakon yang hebat, malah aktor itu lebih hebat apabila berparti. SRK dikhabarkan telah berparti sakan di majlis ulang tahun Hrithik Roshan yang ke-36, baru-baru ini.

    Ternyata sambutan hari jadi aktor sasa itu bukan sahaja meriah malah turut mendapat restu dan ucap selamat daripada rakan-rakan pelakon di Bollywood.

    Menurut SRK menerusi laman sosialnya, Twitter, aktor Abhishek Bachchan, Aishwarya Bachchan, Kareena Kapoor dan Karan Johar turut menghadiri majlis harijadi yang diadakan di rumah Hrithik.

    Memetik kemaskini status di laman Twitter SRK yang berbunyi, "Pergi ke rumah Dunggu (nama panggilan Hrithik) untuk sambutan harijadinya. Saya, Karan, Abhishek, Ash, Saif, Kareena, Preity, Dino, Kunal, Farah Ali telah berparti sakan dan ia sebuah majlis yang sungguh meriah dan menggembirakan.

    Shah Rukh Khan Popular Di Twitter, Mempunyai Lebih 20,300 Pengikut .. peminat Bollywood jom la join twitter shah rukh khan


    BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) amat popular di laman sosial Twitter. Dia yang baru saja mendaftar pada Sabtu lepas sudah mempunyai lebih 20,300 pengikut.

    Menurut SRK di Twitter, dia mendaftar di laman sosial itu atas desakan rakan baiknya, Karan Johar.

    "Ia adalah cara yang mudah untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Saya telah memujuk semua rakan saya untuk mempunyai akaun Twitter. Shah Rukh juga sudah lakukan. Dalam masa 24 jam, dia sudah mempunyai 10,000 pengikut," kata Karan.

    Aktor itu dikatakan teruja dengan laman sosial itu dan berharap dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan peminat-peminatnya.

    GotZip

    Click Here for Free Traffic!
    Click Here for your Free Traffic!
    hostgator promo codes