Showing posts with label malaysian gossip. Show all posts
Showing posts with label malaysian gossip. Show all posts

(KUIZ)Siapakah Artis Yang Tersangat Comel Semasa Kecik Dahulu?

artis kecik2


Kuiz datang lagi dengan …. (isi tempat kosong macam iklan Tora dulu-dulu)Tomei tak gambar budak kecik kat atas tue? Tomei kan? Rasa nak cubit-cubit kan? Ha ~~

Kalau korang pandai, tekalah siapakah artis ini.

Sekarang nie dah besar dan hot sangat-sangat.

Teka jangan tak teka.


sumber dari beautifulnara.com

Aktres Gatal Selamba Buat Aksi Mandi-Manda .. siapa ?? jom teka..

AKTRES yang seorang ini memang terkenal dengan 'kegatalannya'. Nama dan bakat lakonan tidaklah seberapa tapi cerita-cerita tidak senonoh lebih besar daripada bakat seninya.

Memang sejak dulu pun, ramai teman-teman industri sudah tahu perangainya yang kemaruk seks dan 'kaki' bertukar lelaki. Malah, dia juga pernah bercinta bagai nak 'rak' dengan dua aktor popular tanah air sebelum ini.

Kes bercinta dan putus itu satu hal lah, yang tidak sedap di dengarnya si aktres bertubuh seksi ini pantang nampak lelaki. Habis semuanya 'disebat'. Tidak cukup dengan lelaki tempatan, jejaka-jejaka antarabangsa pun turut menjadi pemuas nafsunya.

Baru-baru ini, satu sumber mengadu tentang aktres tidak senonoh ini. Sumber itu yang secara kebetulan bertugas di bahagian housekeeping di blok kondominium tempat tinggal si aktres itu sudah naik menyampah dan meluat dengan aksi galak si aktres tu.

Sudahlah kerap bertukar lelaki, tidak tahu malu langsung dengan orang keliling. Kata sumber Ad Lib itu, setiap kali dia datang mengemaskan rumah aktres 'gatal' itu, pasti dia terpaksa menyaksikan aksi manja dan miang aktres itu bersama pelbagai lelaki.

Aktres itu juga dikatakan mandi bersama skandal-skandalnya dan melakukan aksi-aksi yang lebih daripada itu lagi. Rasanya tidak perlulah Ad Lib nak huraikan lebih terperinci apa lagi yang dilakukan oleh aktres itu.

Perangai tidak senonoh artis tu seakan menidakkan kewujudan pencuci yang mengemas di rumahnya. Dengan aksi tidak senonoh dan tanpa segan-silu, aktres itu terus hebat dan bangga 'beraksi' sebegitu sehingga ke hari ini.

Beristighfar panjang sumber Ad Lib itu setiap kali terpaksa mengemas rumah aktres itu. Tapi hendak buat macam mana, sudah kerja kan, terpaksa jugalah diredahnya walaupun hati dan mata tak sanggup lagi melihat perangai melampau aktres itu.


sumber dari ad Lip.. mStar online...

10 Artis Serah DIri Kepada Agensi Dadah Kebangsaan !!! siapa? jom sama-sama teka..









Siapalah artis-artis itu yer, kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali perangai mereka.Nak cakap duit tak cukup kerja ada.Mungkin disebabkan pengaruh rakan sekerja atau pun Kejutan Budaya.Apa-apa pun zoom ucapkan tahniah kerana berani BERUBAH ...!!!

Statement Metro :

KUALA LUMPUR: Bimbang kerjaya mereka dalam dunia hiburan musnah dan nyawa juga mungkin melayang, seramai 10 artis tanah air yang terjerat dengan gejala dadah secara sukarela ‘menyerah diri’ kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta mohon diberikan rawatan pemulihan.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Profesor Dr Mahmood Nazar Mohamed berkata, semua artis itu lelaki dan sebahagian daripada mereka termasuk dalam kelompok yang dianggap popular.


Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti artis terbabit kerana tidak mahu mengaibkan mereka, tambahan pula mereka sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.

“Kami memang menyediakan program pemulihan ketagihan dadah kepada sesiapa saja termasuk golongan artis. Jadi, apabila 10 artis itu datang mendapatkan bantuan, kami berikan mereka rawatan sewajarnya dan syukur, setakat ini semua artis itu menunjukkan tanda pemulihan yang positif,” katanya.

Aksi 'Cacing Kepanasan'@terlebih gedik Penyampai radio Wanita Di Konsert Mini

INI kisah gelagat 'cacing kepanasan' seorang penyampai radio popular ketika bertugas mengacarakan sebuah konsert mini beberapa artis tempatan dan kumpulan dari Indonesia, baru-baru ini.

Ceritanya, si penyampai yang memang terkenal dengan sikap 'kekwat' tak bertempatnya tu dikatakan beraksi seperti 'cacing kepanasan' ketika mengendalikan konsert itu.

Yang membuatkan teman Adlib tu lebih menyampah bila si penyampai terkinja-kinja macam 'beruk dapat bunga'.

Yang tak tahannya, dalam satu segmen konsert tu, dia boleh pula nak bangga diri tak bertempat tentang bekas sekolahnya itu.

Orang lain belajar di sekolah yang lebih hebat, tapi tak perlulah pun nak pukul canang macam kau.

Kalau setakat belajar di sekolah 'elit' tapi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) entah apa-apa, itu ke yang nak dibangga-banggakan dengan sekolah elit kau tu?

Adlib faham, mungkin kau nak bergurau mesra dengan peminat-peminat kau (ada ke peminat?), terutamanya budak-budak junior dari sekolah lama kau tu.

Masalahnya, konsert tu untuk orang awam kot? Bukan semua penonton malam tu satu sekolah dengan kau.

Lainlah kalau konsert itu dianjurkan oleh sekolah lama kau atau diadakan di dewan sekolah lama kau tu ke, memanglah boleh kau bergurau sakan pasal cerita sekolah.

Mungkin penyampai tu tak sedar gelagat 'terlebih sudah'nya di atas pentas tu mengundang perasaan meluat segelintir penonton malam itu, terutamanya pada beberapa teman Adlib yang bertugas membuat liputan.

Adlib: Dengarnya ini bukan kali pertama penyampai tu beraksi 'terlebih ceria' macam kanak-kanak Ribena. Dah jadi mak orang pun, masih tak reti-reti nak kawal tingkah laku ke?


sumber dari mstar.com.

Wain & Lagak 'Puan Besar' Penyanyi Dalam Penerbangan Kelas Ekonomi

ADA cerita lucu pasal penyanyi wanita yang kuat 'berangan' ni. Panas betul telinga dengar sikap penyanyi berstatus janda ni. Tak sudah-sudah dengan peel diva tak bertempat.

Baru-baru ini, penyanyi yang berasal dari utara tanah air ini buat hal ketika dalam penerbangan pula. Menurut cerita, penyanyi ni hanya naik Kelas Ekonomi tapi permintaannya mengalahkan penumpang Kelas Pertama.

Sudahlah berlagak diva, lepas tu boleh pula nak minta wain. Wah, kau ingat kau rambut 'blonde' dengan tona kulit persis Beyonce, kau fikir kau orang putihlah ya?

Walaupun kau naik penerbangan itu dengan beberapa kawan kau yang duduk di Kelas Bisnes, itu bukan 'lesen' untuk kau dapat servis macam Kelas Bisnes. Faham-faham sendiri jelah hakikat itu.

Kalau hanya mampu duduk di Kelas Ekonomi, sedar-sedarlah diri. Takkan kau tak tahu minuman macam tu disediakan untuk penumpang Kelas Bisnes ke atas sahaja.

Orang sudah bagi sekali, nak minta banyak kali pula! Tak cukup dengan tu, minta itu dan ini pada pramugara yang bertugas.

kita faham, memang tugas mereka untuk layan penumpang tapi kalau dah minta macam-macam dengan mimik muka kau ala 'Madam Besar', siapa tak 'angin'!

Kau ingat kau artis, kau boleh buat orang lain macam kuli ke. Timbang rasalah sikit. Tak rugi pun berbudi bahasa dengan orang sekeliling.

Kalau fresh orange yang kau minta, satu hal juga. Ini tidak, berangan nak minta wain. Kau tu artis, dikenali ramai, orang Islam pula tu! Takkan nak bangga dengan perangai macam tu?

Ini bukan kali pertama kita dengar peel diva tak bertempat kau ni. Kesian kita tengok kau. Bawa-bawalah berubah. Umur kau pun bukan makin muda.

Yang penting, kalau sekali pun minuman keras tu memang minuman ruji kau, takkanlah tak boleh kawal diri bila berada di tempat awam. Apa yang nak bangga pun, kita tak tahu.

zip..: Pelik dengan gelagat segelintir artis yang bangga bila buat perkara yang tidak baik.

siapa Penyampai Radio Dibayar Lebih RM25,000 untuk ke stesen radio tut..? jom teka..

PENYAMPAI radio yang sorang ni memang bukan calang-calang. Aura penyampaiannya memang dah diakui satu Malaya.

Lebih menarik, sejak akhir-akhir ni, namanya semakin melonjak gara-gara kes kontroversi. Ketepikan sekejap kes tu. Adlib tak mahu campur tangan. Maklumlah, benda dah jadi kes mahkamah.

Yang Adlib nak cerita kat sini, pasal tawaran yang diterima si penyampai ni di stesen radio ni. Sumber Adlib bercerita, katanya si penyampai ni dibayar lebih RM25,000 untuk khidmatnya di stesen itu. Maklumlah, orang hebat, kan?

Cuma, harap-harapnya jumlah besar yang dilaburkan memberi pulangan yang berganda kepada stesen itu untuk jangka masa panjang.

Barulah boleh dikatakan pelaburan yang berbaloi. Tapi rasanya, berbaloi kot. Mana taknya, sah-sah pendengar setia si penyampai ni bukan seorang dua.

Sejak dia mula bertugas di tempat baru tu, dengarnya dah semakin ramai pendengar 'ikut' dia ke stesen tu.

Adlib: Tak sabar nak tahu rating terbaru kajian radio yang dikeluarkan nanti. Kalau betullah rating stesen baru si penyampai tu meningkat sejak kedatangannya, jawabnya makin hatilah stesen lamanya.

Artis Hidup Mewah Jual Ganja

artis jual ganja

Aduhai artis Malaysia. Kami ingatkan kau kaya sebab banyak show. Sekali sebab jual ganja daaaa. Memang kecewa jiwa raga nie. Kalau teringin nak jadi kaya pun, janganlah sampai jual ganja. Buatlah bisnes ke apa ke. Kan ke haram duit jual ganja tue?

Nie kata-kata dari suratkhabar Harian Metro:-

Kehidupan mewah seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal termasuk memiliki dua kereta sport dan tinggal di kondominium bertaraf lima bintang membongkar kegiatan sebenar dilakukannya selama ini yang menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

Yang tak tahan ada 3 orang awek lagi kat kondominium artis nie masa polis datang. Then bila dah gelabah kena serbu, kelam kabut buang ganja dalam kotak ikut balkoni. Tapi dia tak tahu polis lagi bijak. Ada polis-polis kat bawah sedang menunggu hasil balingan dia tue.

Sekarang nie artis tue dan 3 orang awek dah pun kena tahan reman. Rasa-rasanya kalau didapati bersalah hukuman dia gantung sampai mati kot. Berani buat berani tanggung la beb. Tapi siapa artis tue ek?

Hani Tarmizi – Popular Sekelip Mata Mengalahkan Artis AF

hani tarmizi

Siapakah Hani Tarmizi? Lawyer? Majistret? Artis terlampau? Salah kesemuanya tue. Hani Tarmizi ini cuma manusia biasa. Jadi kenapa dia popular sangat tiba-tiba? Jawapannya ada di gambar bawah nie.

Kefemesan yang dicapai oleh si Hani Tarmizi ini ialah kerana kutukanya terhadap perempuan Sarawak. Tak cukup dengan cacian slut and bitch, siap cakap Sarawak kampung dan hutan. Memang tak ada semangat 1Malaysia langsung si Hani Tarmizi nie.

Gara-gara post kat Facebook nie, satu group anti Hani Tarmizi telah ditubuhkan. Dalam masa 2 hari jer dah ada 8 ribu yang join group nie. Kebanyakannya sudah tentulah orang Sarawak yang bengang gile ngan minah nie. Sapa tak bengang beb kena kutuk hutan. Kalau kami pun panas jugak kot.

Buat Hani Tarmizi, lain kali nak menulis kat Facebook tue fikir lah 2, 3 kali dulu. Jangan main hentam je. Dunia sekarang nie semua orang boleh baca apa yang anda tulis.

Senarai Finalis Akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.. contest percutian di rumah masing2. comment sape menang??



Hanya tinggal 4 bulan saje lagi, Anugerah Bintang Popular 2009 akan berlangsung. Tarikh 4 April 2010 semakin menghampiri. Jadi, pada hari ini, Berita Harian sebagai penganjur anugerah paling berprestij ini telah mengumumkan senarai top 5 Finalis ABPBH2009 untuk 16 kategori yang dipertandingkan dalam satu majlis yang berlangsung di Royal Ballroom, Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.

Pengumuman telah dilakukan oleh Datuk Mior Kamarul Shahid, Ketua Pengarang Berita Harian merangkap Penaung Jawatankuasa Pengelola ABPBH2009.

Serentak dengan pengumuman Top 5 ABP 2009 ini, para peminat boleh mendapatkan borang pencalonan akhir ABP yang akan dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian/Berita Minggu bermula 22 Januari ini. Budiey harap korang undi artis yang betul-betul berbakat, bukan sekadar populariti semata-mata.

Oh ya, hadiah untuk pembaca memang lumayan! Hadiah utama untuk kategori pembaca ialah sebuah kereta Nissan Grand Lavina 1.6A bernilai RM86,000 sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Berikut ini Budiey sertakan senarai 5 finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009:

1. Penyanyi Lelaki Popular

  1. Adam
  2. Akim
  3. Aizat
  4. Faizal Tahir
  5. Mawi
2. Penyanyi Wanita Popular
  1. Jaclyn Victor
  2. Mila
  3. Dato’ Siti Nurhaliza
  4. Stacy
  5. Yuna
3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
  1. Adam & Stacy
  2. Bunkface
  3. Hujan
  4. Meet Uncle Hussain & Black
  5. 6ixth Sense
4. Penyanyi Nasyid Popular
  1. Hijjaz
  2. In-Team
  3. Rabbani
  4. Raihan
  5. Saujana
5. Pelakon FIlem Lelaki Popular
  1. Aaron Aziz
  2. Afdlin Shauki
  3. Farid Kamil
  4. Que Haidar
  5. Zul Huzaimy
6. Pelakon Filem Wanita Popular
  1. Diana Danielle
  2. Lisa Surihani
  3. Liyana Jasmay
  4. Maya Karin
  5. Sharifah Amani
7. Pelakon TV Lelaki Popular
  1. Aaron Aziz
  2. Fahrin Ahmad
  3. Fizz Fairuz
  4. Fizo Omar
  5. Remy Ishak
8. Pelakon TV Wanita Popular
  1. Fasha Sandha
  2. Noorkhiriah
  3. Rozita Che Wan
  4. Scha Alyahya
  5. Tiz Zaqyah
9. Pengacara TV Lelaki Popular
  1. AC Mizal
  2. Ally Iskandar
  3. Aznil Nawawi
  4. Faizal Ismail
  5. Nabil
10. Pengacara TV Wanita Popular
  1. Cheryl Samad
  2. Fara Fauzana
  3. Nurul Shuhada
  4. Raja Azura
  5. Sarimah Ibrahim
11. Penyampai Radio Lelaki Popular
  1. AG
  2. Aznil Nawawi
  3. Din Beramboi
  4. Faizal Ismail
  5. Kieran
12. Pengacara Radio Wanita Popular
  1. Abby Fana
  2. Fara Fauzana
  3. Nana
  4. Linda Onn
  5. Sharifah Aleya
13. Artis Komedi Lelaki Popular
  1. AC Mizal
  2. Afdlin Shauki
  3. Nabil
  4. Saiful Apek
  5. Zizan
14. Artis Komedi Wanita Popular
  1. Aliza Abdullah
  2. Didie Alias
  3. Kenchana Dewi
  4. Noorkhiriah
  5. Nik Sayyidah
15. Artis Baru Lelaki Popular
  1. Akim
  2. Aril
  3. Black
  4. Gambit
  5. Hafiz
16. Artis Baru Wanita Popular
  1. Dira Abu Zahar
  2. Isma
  3. Putri Mardiana
  4. Tiz Zaqyah
  5. Yuna
Tahniah kepada top 5 dan selamat maju jaya.

Lambat 'Panas' Punca JD Tersingkir Raja Lawak

JD tersingkir pada minggu ketiga Raja Lawak musim keempat.

MINGGU ketiga program realiti Raja Lawak 4 (RL4) yang bertemakan 'Tabiat Rakyat Malaysia' telah menyaksikan penyingkiran JD atau nama sebenar Ahmad Zaidi Masri, 30, malam tadi.

Peserta berasal dari Perak itu terpaksa meninggalkan gelanggang (RL4) apabila diumumkan sebagai peserta yang mengutip peratus undian terendah dengan hanya 5.7 peratus, berbanding dua lagi peserta di kedudukan tiga terendah, Caca (7%) dan Faiz (7%).

JD yang mempersembahkan konsep parodi kepada drama bersiri popular Nur Kasih dan imitasi usahawan produk kecantikan, Dr. Rozmey telah memperlihatkan perubahan pada bentuk persembahannya untuk minggu ketiga.

Namun, ia masih gagal memikat undian penonton ekoran kesilapan yang dilakukan di dua minggu pertama persembahannya.

Menurut JD yang ditemui sejurus selepas program itu, dia tidak menafikan perasaan kecewa dengan diri sendiri kerana telah salah strategi dan lambat bertindak dalam memikat penonton program itu.

"Jujurnya saya kecewa dengan diri sendiri kerana strategi lawak yang saya cuba ketengahkan tidak menjadi di mata penonton. Memang salah saya kerana lambat 'panas' dan mengambil masa sehingga minggu ketiga baru hendak ubah cara dan stail lawak.

"Saya lakukan kesilapan menerusi persembahan saya dua minggu lalu. Konsep lawak saya tidak dekat dengan penonton kita dan perkara itu secara tidak langsung telah 'menjauhkan' saya daripada penonton.

"Di sudut positifnya, saya gembira kerana sempat ubah persembahan lawak saya untuk minggu ini dan berjaya membuatkan penonton gelak dan terhibur malam ini," kata JD yang menampakkan air muka yang kecewa.

Bagaimanapun, dia tetap berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan lawak yang diingini oleh peminat (RL4).

Terdahulu, JD dilihat agak asing dengan pendekatan dan konsep lawak yang kurang diterima oleh penonton dalam dua minggu sebelum ini.

Bangkit daripada kesilapannya di dua gelanggang yang lalu, JD cuba membawa kelainan dan nyata mampu menggamatkan studio menerusi persembahannya.

Namun, ia disifatkan sebagai permulaan yang lambat untuk memancing undian penonton hingga akhirnya jurutera lulusan Jepun itu terpaksa akur meninggalkan program itu.

"Walaupun tersingkir di peringkat awal seperti ini, saya tetap bersyukur kerana sempat juga mengenalkan diri kepada khalayak selama tiga minggu ini.

"Ini merupakan platform terbaik saya untuk kembangkan bakat," kata JD lagi yang turut cenderung dalam bidang nyanyian dan mempunyai sebuah kumpulan muzik, Danji300.

Mengulas penyingkiran JD, Afdlin Shauki yang mewakili dua lagi juri tetap, Bob Lokman dan Din Beramboi, berkata, persembahan JD telah menampakkan peningkatan dan lebih relevan dengan selera penonton program itu. Namun, Afdlin juga tidak menafikan ia suatu permulaan yang lewat buat JD untuk menarik perhatian dan undian penonton.

"Persembahan JD untuk minggu ini boleh disifatkan sebagai persembahan terbaiknya selama tiga minggu program ini bersiaran. Berbanding dengan persembahannya untuk dua minggu lepas, JD telah lakukan yang terbaik untuk malam ini.

"Apa yang kami (juri) boleh katakan mengenai punca penyingkirannya malam ini bertitik tolak daripada mutu persembahannya untuk dua minggu yang lalu.

"Memang dia bagus malam ini, tetapi mungkin ia terlalu lambat untuk pikat undian penonton," kata Afdlin ringkas.

Menutup tirai persembahan minggu ketiga, tiga peserta yang berada di kelompok teratas ialah Idlan (30.3 peratus), Alex (11.7 peratus) dan kumpulan Kecik (10.9 peratus).

Azizah Mahzan Paksa Rela Berlakon Spa Qistina?


EKORAN digosipkan dengan lelaki berketurunan Arab, aktres Azizah Mahzan mula menghidu sesuatu yang negatif bakal berlaku setelah dilanda kontroversi gambar mesranya dengan aktor Zaefrul Nordin.

Yang menjadi tanya tanya Azizah, gosip dengan lelaki Arab itu bagaikan mengulangi kontroversi yang melandanya sebelum ini, bilamana cerita seperti itu timbul apabila drama itu hampir disiarkan di televisyen.

“Cerita-cerita seperti ini akan mengundang kontroversi selanjutnya tetapi saya hairan kenapa kontroversi dibuat apabila cerita Spa Qistina akan bermula,” soalnya dalam nada terkilan.

Dia juga berharap agar gosip itu akan lenyap selepas mengeluarkan kenyataan ‘saya sudah bosan dengan lelaki’.

Di sebalik gosip-gosip ini, Azizah secara tiba-tiba meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya kini.

“Dari dulu lagi, saya teringin sangat nak tahu siapa yang terlibat dalam menyebar gosip yang berbentuk ghibah ini…,” beritahunya lagi.

Dalam masa yang sama, perasaan kecewanya semakin parah apabila mengenangkan reputasinya sebagai pelakon drama Spa Qistina untuk musim ketiga ini.

Mengenali bekas isteri pelakon Nasir Bilal Khan ini, dia merupakan seorang pelakon versatil dan berbakat besar. Kemampuannya dalam melakonkan setiap watak yang diberikan oleh pengarah tidak pernah menghampakan.

Azizah juga sentiasa inginkan ‘output’ yang terbaik namun menerusi musim terbaru Spa Qistina kali ini dia sudah tidak mampu bertahan untuk menghasilkan kreativiti lakonan seperti yang diinginkan.

Walaupun penggambaran drama ini belum selesai, Azizah berkata dia bagaikan sudah bosan dengan skrip dan jalan cerita yang hambar itu.

Tanpa berselindung, Azizah berkata lakonan yang tonjolkan dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu hanya dilakukan secara paksa rela atas permintaan produsernya, Datin Zaiton Mohd Jiwa.

“Setiap kali saya masuk set penggambaran, saya termenung kerana saya perlu mencantikkan semula skrip yang diberikan. Kadangkala dialog skrip yang diberikan langsung tidak kena dan logik.

“Misalnya, dialog yang tidak ada hubung kait antara watak Qistina dan Marlia. Saya juga tidak menyukai jalan ceritanya yang langsung tidak bermoral.

“Sampai sekarang, saya masih menunggu jadual penggambaran yang seterusnya,” beritahunya.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah seandainya jalan cerita drama yang turut dilakonkan oleh Nanu Baharuddin, Fasha Sandha, Ummi Nazeera dan Tiz Zaqyah itu berjaya memberikan kesan kepada karektor yang dilakonkan olehnya.

Namun, semuanya bagaikan punah begitu sahaja apabila Azizah menganggap watak Marlia ibarat watak tempelan yang dibunuh secara perlahan-lahan.

“Kalau skrip dan jalan cerita drama itu bagus, saya akan sokong tinggi melangit.....tetapi kalau ia tak bagus, takkan saya nak bohong.

“Apabila berlakon dalam drama itu, saya gagal mempersembahkan kreativiti terbaik kerana apabila saya terpaksa melakukan sesuatu itu, hasilnya tidak akan menjadi seperti yang diinginkan,” tuturnya lagi.

Namun begitu, Zaiton yang lebih mesra dengan panggilan Kak Eton ini, menafikan timbulnya soal paksaan dalam mengambil Azizah berlakon dalam drama itu.

“Azizah telah menandatangani kontrak dengan kami dan mana boleh kita paksa pelakon untuk berlakon mana-mana watak.

“Biasanya kita hanya tawarkan sesuatu watak itu kepada pelakon. Kalau mereka terima, alhamdulillah,” ulasnya.

Dia juga berkata Azizah masih lagi bersama dengan krew produksi Spa Qistina yang akan menamatkan penggambarannya pada 21 Januari ini.

Spa Qistina sudah hampir selesai dan setakat ini penggambaran berjalan dengan lancar. Azizah juga masih terikat dengan penggambaran drama itu.

“Babak lakonannya belum selesai dan esok (hari ini) dia akan kembali menjalani penggambaran.

“Saya terkilan dengan cerita negatif seperti ini kerana selama ini saya hanya fikirkan untuk menyiapkan Spa Qistina dalam keadaan yang baik,” jelasnya.

Polis Siasat Cubaan Bakar Gereja Keempat





PETALING JAYA: Satu lagi cubaan membakar sebuah gereja, Good Shepherd Lutheran dikesan di sini hari ini menjadikannya empat kes melibatkan perbuatan khianat itu sehingga kini .

Polis yang sedang menyiasat kejadian berkenaan berkata, kejadian terbabit dikatakan berlaku pada waktu yang sama tiga gereja lain dilontar bom petrol awal pagi semalam bagaimanapun tiada kerosakan dilaporkan .

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak gereja dan saksi.

(Siapa?) Anak Penyanyi Terkenal 80-an Ketagih Arak, Amal Seks Bebas.. sesiapa yg hebat tentang dunia hiburan jew yg bley jwab..


KALAU tak tengok dengan mata kepala sendiri, memang susah Zubir nak percaya dengan kisah sensasi yang satu ini. Bayangkan, anak seorang penyanyi pop terkenal era 80-an dan masih aktif sehingga hari ini sebagai komposer bebas, rupa-rupanya mempunyai seorang anak dara yang bermasalah. Cukuplah Zubir memperkenalkannya sebagai Miss X saja. Miss X adalah anak sulung kepada penyanyi berkenaan.

Kata cerita si pembawa mulut, kononnya Miss X adalah seorang gadis liar. Rokok, minuman keras, berparti dan seks bebas sudah menjadi rutin hariannya. Miss X juga bukan saja mengamalkan cara hidup sosial gadis Barat, malah sikap suka meminjam duit di kalangan kawan-kawan tidak disenangi kerana Miss X ini tahu meminjam saja, bila tiba masa nak pulangkan, punyalah payah, kadang-kadang setakat RM30, RM50, kira hangus!
Lebih mengejutkan Zubir, Miss X juga mula berjinak-jinak dengan dadah. Sama ada benar atau tidak, dia pernah meniduri lelaki yang tidak dikenalinya semata-mata ingin mendapatkan RM100 untuk membeli dadah. Harap-harap bab cerita ini sekadar nasi tambah!

Zubir juga kasihan pada penyanyi dan komposer berkenaan kerana Miss X sering tak pulang ke rumah. Apabila Miss X tak balik rumah, mulalah si ayah menelefon kawan-kawan terdekat Miss X bertanyakan di manakah gerangan Miss X sudah beberapa hari tidak tahu jalan pulang ke rumahnya.

Miss X ini juga adalah bekas pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengikuti pengajian bidang seni. Khabarnya Miss X dibuang kolej kerana dipercayai mencuri! Nak tak nak, si ayah dan ibu terpaksa menebalkan muka datang tengah-tengah malam ke asrama Miss X untuk menyelesaikan masalah anak mereka. Begitulah kasih sayang ayah dan ibu kepada anaknya sekalipun anak perangai macam teeet!

Bukan itu saja yang Zubir dengar, khabarnya Miss X ini kalau tukar boyfriend macam tukar baju saja, tak pernah ada teman lelakinya yang kekal lama. Khabarnya gambar Miss X yang tengah ‘comulot’ (cium mulut) dengan lelaki itu adalah boyfriend terbarunya yang baru saja dikenali tak sampai sebulan.

Zubir sebenarnya tumpang simpati dengan penyanyi terkenal itu dan seluruh keluarganya. Zubir memang kenal penyanyi berkenaan, dia seorang yang amat berbakat dan daripada riak air mukanya, dia mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang baik. Tapi, malangnya dia dikurniakan seorang anak yang terlebih nakal. Zubir harap Miss X cepat-cepatlah berubah, peliharalah nama baik ayah awak yang pernah gah suatu ketika dulu dan masih dihormati hingga hari ini.

Anak Datuk K & Sophia Berpangkuan Atas Sofa..-PG13






Seronok’nya bergelar seorang anak kepada Datuk K, dapat beramah mesra dengan gadis superb hot. Bukan itu sahaja, mereka berdua sama cantik, sama padan, mungkin juga sama kaya. Banyak kali juga kami mengeluarkan artikel gambar anak Datuk K. Cuma kali ini, kami menerima lebih 10 gambar daripada informer, yang lebih daring & panas. Ada pelbagai aksi anak Datuk K & Sophia di atas katil serta sofa yang mampu membuatkan anda mengucap panjang. Yang pelik’nya, si Sophia ni memang pakaian tak pernah cukup kain ke? Nak kata tiada duit, muka macam anak orang kaya. Lihat & nilaikan sendiri.

gambar panas artis malaysia.. ini gambar yg terkumpol.. huhu enjoy..




Zarina Ann Julie menimbulkan kontroversi lagi dengan gambar panas beliau.Gambar-gambar ini di’percayai di’ambil ketika berlangsungnya satu parti liar di Port Dickson baru-baru ini seperti yang telah diberitakan dalam Harian Metro. Adakah ini role model yang ingin ditunjukkan oleh Artis di malaysia?


































gambar artis bersosial, Halloween Day cam la sendiri sape artis nyer.. huhu


(Panas) Komposer Malaysia ciplak lagu artis Indonesia

Hurm.. Tak habis-habis masalah antara Indonesia dan Malaysia ni. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Entah bila nak ada duanya tu tak tahu ler. Dan masalah yang terbaru ni pula ialah mengenai pen’ciplak’kan lagu bilamana artis Indonesia iaitu Wali Band mengatakan lagu mereka yang berjudul Cari Jodoh telah diciplak oleh komposer Malaysia.

Wali Band

Namun begitu, sejauh mana kesahihan pen’ciplak’kan yang mereka katakan ini masih belum ada buktinya since kami pun tak tahu akan kewujudan lagu yang kononnya diciplak tu. Atau diorang je yang perasan lebih.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian kami dengan masalah terbaru ni ialah mereka (Wali Band) secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan yang berbaur ‘anti Malaysia’ apabila mereka melibatkan negara dalam hal ini. Yer la, masalah ni sepatutnya diselesaikan antara mereka dan pihak penciplak saja kan. Tapi terhegeh-hegeh juga nak libatkan negara.

Kalau korang nak baca kenyataan daripada mereka, korang boleh baca apa yang kami copy paste kat bawah ni dan kami harap korang faham la yer sebab bahasanya lain sket daripada bahasa Malaysia. Huhu..

Sekali lagi pencurian hak cipta dilakukan oleh negara tetangga, Malaysia. Kali ini, lagu populer milik Wali, Cari Jodoh, kabarnya dibajak oleh Malaysia. Mengenai hal itu, Wali berjanji tak akan tinggal diam.

“Iya, memang lagu kami yang judulnya Cari Jodoh diaransemen ulang oleh musisi Malaysia,” kata Apoy, gitaris Wali, membenarkan kabar tersebut.

“Itu berita yang sangat mengejutkan karena lagu kami dibajak di Malaysia. Kita tidak akan tinggal diam karena mereka mencuri lagu kami,” janji Apoy mewakili bandnya saat ditemui Studio Penta, Selasa (13/10) kemarin.

Dilanjutkannya, dengan kejadian ini, mereka menuntut Malaysia untuk meminta maaf. Namun begitu, Wali juga akan terus melakukan tindak lanjut pengusutannya.

“Negara Malaysia harus meminta maaf kepada kami. Tapi bukan hanya permintaan maaf karena kami akan melakukan tindak lanjut,” kata Apoy.

Lalu, apakah tindak lanjut yang akan mereka ambil itu? “Ini tidak kami biarkan karena kalau kami diam, lagu Indonesia pasti akan dibajak lagi. Kita, manajemen, dan pemerintah akan mengusut orang yang membajak lagu kami,” terangnya.

Wali pun mengaku telah mengirimkan orang untuk mengecek kebenaran kabar pembajakan tersebut. Dan rupanya itu telah terbukti. Barang bukti pun sudah berada di tangan mereka.

“Bulan depan kita ada jadwal manggung di Malaysia. Di sana, kami akan mengecek di toko kaset. Setelah itu kami akan berbincang dengan manajemen, mau diapakan nanti kasus ini. Lagunya sendiri diubah menjadi lagu remix seperti lagu koplo,” pungkasnya. (kpl/gum/npy)

+ Diambil dari Yahoo! Indonesia News

See.. Sudah terang lagi bersuluh yang artis dari seberang juga memegang prinsip ‘anti Malaysia’. Kalau tidak, masa’kan perkara kecil macam ni pun nak melibatkan negara bagai. Siap suruh Malaysia minta maaf lagi. Apa kes? Bila baca kenyataan diorang kat atas tu, macam tak pernah pergi sekolah pun ada gak. Huhu..

Stesen radio kat Malaysia ni pulak satu hal. Masih juga nak mainkan lagu-lagu dari seberang tu lagi-lagi radio Era. Siap ada segmen khas lagi. Kalau tak silap kami nama segmen tu ialah Ngetop@ERA. Memang haram jadah betul lah. Sebab tu kami tak hairan kebanyakkan artis seberang tu perasan bagus bila datang Malaysia.

Tapi kalau apa yang dilaporkan ni benar belaka, memang nak kena hempuk la komposer yang menciplak tu. Nama je komposer, tapi still nak ciplak lagu orang. Kan tak pasal-pasal dah melibatkan negara. Bengong tul. Kalau dah takde idea nak cipta lagu, duduk diam-diam kat rumah sudah! Tak payah nak ciplak lagu orang bagai. Tapi benda dah jadi, pandai-pandai la settle ye. Jangan kena buluh runcing sudah.

Isu Artis Malaysia Berpakaian Seksi Berkemban


Umum sudah tahu bahawa artis kita, penyanyi, pelakon dan sebagainya adalah menjadi milik masyarakat. Membawa gelaran publis figure, seseorang artis itu seharusnya meletakkan batu asas untuk tahu bagaimana untuk tampil di khalayak agar menjadi contoh dan model. Namun, apa yang saya nampak, sebaliknya berlaku. Artis kita kian berani untuk tampil dengan pakaian yang menjolok mata. Inikah yang dikatakan Ikon Malaysia? Inikah budaya yang dibawa oleh orang Malaysia? Berpakaian seksi… itukah budaya kita? Apabila menjadi milik masyarakat, segala gerak laku dan tindak tanduk artis itu akan menjadi tumpuan dan bualan orang. Artis kita kini kian berani. Lihat sahaja pakaian yang dikenakan oleh Dayang Nurfaizah di Pentas Akhir Ikon Malaysia yang agak berani tampil dengan skirt pendek. Bagi Dayang Nurfaizah, katalah apa sahaja, dia tetap dia dan begitulah cara Dayang. Dayang tidak mahu digelar seorang hipokrit.

Bolehkah gaya fesyen ala berkemban ini dapat menarik penonton untuk ke pawagam? Sejauh mana gaya seksi salah seorang pelakon dalam filem Kayangan ini dapat melariskan filem arahan Raja Ahmad Alaudin ini?

filem kayangan seksi

Mmm… seksi giler!

Pemakaian artis yang begitu seksi menjadi topik dan isu yang utama diperbincangkan sehingga menjadi isu hangat dalam Dewan Rakyat. Namun, sejauh mana perbincangan itu dapat mengubah pendirian artis yang begitu berkeras juga untuk tampil seksi?

Dulu, gambar Deja Moss yang berpakaian seksi dengan gaun singkat di pentas show private mengundang kontroversi. Datuk Siti Nurhaliza juga terkena tempias dengan isu ini kerana sebilangan peminat tidak selesa dengan penampilan Siti yang berubah semenjak berkahwin dengan Datuk K. Ada yang kata, Siti berubah kerana mengikut kata Datuk K. Ada yang kata Siti pakai sedikit seksi sebab dia sudah bebas daripada jagaan ibu bapanya. Macam-macam lagilah. Kemudian, isu Jaclyn Victor yang suka berpakaian seperti berkemban. Mmm… ya ramai yang cakap, Jaclyn tak pelah nak pakai macam tu sebab dia bukan beragama Islam. Ini Dayang Nurfaizah yang begitu menjolok mata dengan skirt yang pendek. Katanya, ada makcik-makcik yang duduk di rumah bersama anak-anak malu dengan imej Dayang yang sebegitu.

Akhbar sisipan Berita Harian, Bintang Popular dalam ruangan kolumnis komposer terkenal, Ramli MS pernah membicarakan isu artis berpakaian seksi. Mengikut bekas pengetua Akademi Fantasia itu, di Malaysia, artis berpakaian seksi tidaklah keterlaluan sangat. Beliau yang bersifat neutral dan memandang secara positif tentang isu ini memberi pandangan dari sudut yang berbeza. Suka saya memetik, antara kata Ramli MS:

Perempuan mana tidak mahu kelihatan anggun, elegan? Sekiranya perempuan itu mempunyai bentuk tubuh yang hampir sempurna dengan bahu yang lebar, ketinggian yang melebihi 176 sentimeter, kaki yang panjang, dia mesti ingin kelihatan cantik apabila berpakaian. Kalau pelakon itu membawakan watak sebagai penari atau pelayan dalam drama atau filem, takkan penampilannya harus bertudung atau mengenakan baju kurung?

Berbalik kepada cerita Jaclyn. Kalau kita melihat zaman dulu-dulu, siapa yang tak pernah berkemban. Siti Tanjung Perak pun berkemban di sebabkan wataknya sebagai seorang ibu yang kuat berleter. Tapi, itu hanyalah di dalam filem. Kalau orang Inggeris berkemban atau memakai bikini, kenapa tidak dipersoalkan? Sekiranya penyanyi seperti Waheeda berkemban, mungkin anda cakap dia buang tabiat! Kita tidak boleh melihat semua artis secara total. Kalau individu seperti Jaclyn, dia bangsa bukan Melayu di dalam sebuah negara demokrasi.

Bangsa yang lain pun ada budaya mereka sendiri. Kita tak boleh memaksa artis seperti Jaclyn, memakai pakaian yang lebih sopan. Saya tak rasa Jaclyn seorang yang keterlaluan apabila berpakaian ataupun hipokrit. Bagi saya, apabila Jaclyn berpakaian berkonsepkan berkemban, dia tampak elegan.

Gambar Nurul yang dulu pernah meletop dengan gaya persis seorang model di Minggu Fesyen Kuala Lumpur agak panas juga. Gaun off shoulder digayakan oleh Nurul ini rekaan Calvin Thoo. Seksi dengan kurus cekeding langsing tetap anggun. Mungkin sebab itu, Nurul tidak berani untuk memakainya untuk persembahan pentas nyanyian. Cukup sekadar di pentas peragaan sahaja.

Apa kata anda dengan isu artis kita yang kian berani berpakaian seksi?

(Gambar) Fasha Ni nak Kahwin Dengan sapa Rizal Ke Qabil? hanya gotzip



Nie gambar terbaru, kalau anda sebagai seorang perempuan dan dah buat macam si Fasha buat ni..ni kira tolong ke? atau tolong naikkan zip ke? macam dah biasa je naikkan zip si rizal ni..Fasha-Fasha mana satu la ko nak kahwin ni...Fasha rizal ohh rizal..
mana2 la Fasha Sandra asal ko bahagia.. Kengkadang aku jadi bengong tengok perangai Fasha nie. Kejap cakap lain tapi buat lain.

ANy INfo alls ?

Siapa Berani Gosip Fizz Fairuz??



Kalau rasa nak kena middlefinger (Fuck) dengan Fizz Fairuz, korang cubalah gosip dia. Otai tak Fizz Fairuz ni, selamba je buat “fuck” ala-ala Stone Cold Steve Austin. Oleh itu....

saya merasakan, apa kah motif menunjukkan simbol tersebut kepada crew atau kamera, adakah skrip telah membenarkan beliau menunjukan tanda kemegahan dirinya itu kepda crew??????!$%%$^. Cuma persoalan nya disini adakah sikap firuz nie boleh di banggakan. Dimanakah etika / moral sebagai pelakon? Lagi satu rakaman ini dibuat untuk cerita apa yek, adakah cerita lagak ngeri? HUH!~!!!!!

ish2 tau la sudah jd popular..

rate la sendiri..

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes