Showing posts with label Dian Sastrowardoyo. Show all posts
Showing posts with label Dian Sastrowardoyo. Show all posts

Dua Artis Cantik Dipinang Anak Pengusaha


 




DALAM waktu terdekat dua artis jelita Indonesia, Dian Sastrowardoyo dan Nia Ramadhani bakal ke jinjang pelamin. Kedua-duannya secara rasmi telah dilamar oleh anak ahli korporat dan jutawan Indonesia.

Dian Sastro dilamar oleh Indraguna Sutowo cucu pengusaha minyak era Orde Baru, Ibnu Sutowo. Manakala Nia Ramadhani pula dilamar Ardhi Bakrie anak kepada jutawan yang juga ketua umum Partai Golkar, Aburizal Bakrie.

Sebagai artis popular Indonesia ditambah dengan anak pengusaha, pastinya majlis pernikahan mereka bakal menjadi perhatian banyak media dalam dan luar negara. Nia dan Ardhie bahkan diberitakan akan menghabiskan RM 100,000 untuk pesta pernikahan walaupun berita tersebut telah dibantah. Akad nikah dan pesta resepsi pernikahan Nia dan Ardhi akan diadakan di Hotel Mulia, Jakarta.

Sementara Bintang Ada Dengan Cinta telah dihadiahkan rumah oleh Indra berharga jutaan ringgit. Namun berita itu tidak diakui oleh kekasihnya.

Tunang Hadiahkan Dian Rumah Berharga 6 Juta Rupiah?


DALAM majlis pertunangan aktres Indonesia, Dian Sastrowardoyo dan Indraguna Sutowo kelmarin, wanita jelita itu hanya ketawa berhubung gosip dia menerima hadiah rumah berharga 6 juta Rupiah daripada tunangnya.

Dian yang mengenakan kebaya merah itu tidak menafikan mahupun mengiyakan gosip tersebut sebaliknya hanya ketawa kecil yang keluar dari mulutnya.

Namun, berbeza pula dengan komen daripada bakal suaminya, Indraguna. Lelaki yang lebih mesra disapa dengan nama Indra itu terus menafikan gosip itu.

“Perkara itu tidak benar kerana ia hanya khabar angin,” jelas Indra selepas melamar Dian di rumah bapa saudara Dian di JI. Bangka, Kemang, Jakarta Selatan kepada detikhot.comkelmarin.

Indra mengelak jika dikatakan sudah membeli rumah untuk Dian yang berharga 6 juta Rupiah.

Menurut sebuah tabloid, anak saudara Ponco Sutowo itu membeli rumah di kawasan Kemang Dalam, Jakarta Selatan. Desas-desus mengatakan Dian dan Indra telah menguruskan surat-surat rumah itu.

Pasangan ini bakal berkahwin pada Mei depan mengikut adat Yogyakarta.

Dian Dirikan Khemah Menjelang Majlis Pertunangannya

KHABAR berita terbaru aktres terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo bakal dilamar kekasihnya, Indraguna Sutowo. Menjelang hari lamaran, Khemah berwarna coklat telah pun dipasang di halaman rumah Dian.

Dua orang tukang kebun kelihatan sedang membersihkan halaman rumah aktres jelita tersebut. Khemah yang terpasang di halaman rumahnya sekitar 100 meter berbentuk huruf L.

Menurut jiran-jirannya pelakon 'Ada Apa Dengan Cinta' itu, khemah telah dipasang sejak kemarin.

Seorang yang diupah untuk membersihkan kebun Dian memberitahu bahawa akan berlangsung sebuah majlis keluarga pada 14 Februari ini. Namun dia tidak memberitahu lanjut tentang acara yang akan berlangsung itu.

"Memang benar ada acara akhir minggu ini tapi saya tidak tahu tentang majlis tersebut. Yang pasti majlis itu adalah majlis keluarga," ujarnya seperti depetik detikhot.


Dian Sastrowardoyo Masih Berahsia Tentang Majlis Pertunangannya

AKTRES jelita Dian Sastrowardoyo akan dilamar kekasihnya, Indraguna Sutowo, di hari Valentine, 14 Februari ini. Bagaimana dia dilamar atau konsep majlis pernikahannya nanti, Dian masih merahsiakannya.

Pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu masih menunggu waktu yang sesuai. "Saya akan umumkan kepada para wartawan yang mana saya dan Indra sendiri akan umumkan, tapi bukan sekarang," ujarnya seperti dipetik detikhot.com.

Bukan kerana sombong, tapi Dian sangat menghormati keluarganya yang benar-benar memegang kuat kepada prinsip-prinsip adat Jawa. Selain itu juga keluarga Indraguna tidak mahu publisiti yang meluas mengenai acara pertunangan dan pernikahannya.

"Diakan orang Jawa, keluarga Indraguna juga, makanya kami belum boleh bicara lebih jika belum ada apa-apa," tambahnya.

Dian juga berjanji akan memberikan sidang media ketika pertunangannya nanti.

"Nanti rakan wartawan disediakan waktu dan tempat jika pada hari pertunangan kami nanti," jelasnya.

Dian Sastrowardoyo Bakal Bernikah Pertengahan Februari

BINTANG terkenal Indonesia Dian Sastrowardoyo tidak mahu memberi jawapan pasti ketika ditanya rencana pernikahannya dengan Indraguna Sutowo, yang khabarnya akan berlangsung Februari ini.

Perkahwinan itu diberitakan akan berlangsung pada pertengahan Februari ini. Februari dianggap sebagai bulan baik untuk mengadakan resepsi pernikahan Dian dengan putera pengusaha ternama Adiguna Sutowo itu.

Laman kompas.com melaporkan Dian langsung berlalu dan tidak mahu menjawab pertanyaan media ketika ditemui di Natur-e Journey to Beauty di Annex Building, Jakarta baru-baru ini.

"Saya sibuk sekarang dan selalu ke kantor dan ikut roadshow Nature-e," kata aktres Dian berusia 27 tahun ketika ditemui media.

Benarkah aktres filem 'Ada Apa Dengan Cinta?', 'Ungu Violet', 'Banyu Biru', dan banyak lagi filem lain itu tengah sibuk mempersiapkan resepsi pernikahannya?

Tidak ada jawapan yang pasti dari Dian. Setiap kali ditanya perihal kehidupan peribadinya, Dian selalu elak menjawab.

Kebelakangan ini, satu sumber menyatakan, undangan pernikahan Dian-Indra sudah tersebar di kalangan tertentu. "Mereka akan menikah pertengahan bulan ini (Februari)," kata sumber tadi.

Namun, di mana dan bila, sumber itu enggan memberikan penjelasan.

Bagi perempuan kelahiran Jakarta, 16 March 1982, itu, Indra diharapkan menjadi pelabuhan terakhir cintanya.

Dian, lulusan bidang Falsafah dari Univeristi Indonesia (UI), menjalin hubungan cinta dengan Indra sejak Oktober 2008.

Bekas kekasih Abi Yapto dan Marwan Nasution itu tidak pernah mengungkapkan kisah cintanya pada umum. Walaupun demikian, bintang sabun Lux ini pernah menyampaikan niatnya untuk menikah pada usia 28 tahun.

Berbeza dengan urusan cinta, jika ditanya soal rahsia kecnatikiannya, Dian dengan senang hati menjawabnya. "Bukan susha memilikki kulit cantik. Yang penting makan makanan sihat yang organik, cukup tidur, dan minum suplemen yang alami," ucap Dian.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes