Showing posts with label Yunalis Zarai. Show all posts
Showing posts with label Yunalis Zarai. Show all posts

Keputusan Penuh Siaran Langsung AIM 17 – Anugerah Industri Muzik

keputusan penuh aim 17PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM 17)

1. Persembahab Vokal Berkumpulan/Duo Terbaik Dalam Lagu- Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti, Lagu Amarah

2. Artis Baru Terbaik – Yuna ~~~~~~~~

3. Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki – Hazami (

4. Album Nasyid Terbaik – In Team

5. Anugerah Kembara- Bunkface

6.Album Cina dan India Tempatan Terbaik – Karen Kong (Cina), Shrutti (India)

7. Anugerah Wirama – Adnan Abu Hassan

8. Anugerah Lagu Melayu Terbaik Yang Dinyanyikan Oleh Artis Luar Negara – Kris Dayanti, Aku Wanita Biasa

9. Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita – Dato’ Siti Nurhaliza

10. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Disagree

11. Album Rock Terbaik – Faizal Tahir, Album Adrenaline

12. Album Hip Hop Terbaik – DJ Fuzz dan Malique

13. Album Pop Terbaik – Dayang Nur Faizah, Dayang Live

14. Lagu Terbaik – Dan Sebenarnya, Yuna

15. Album Terbaik – Adneralin, Faizal Tahir

LIVE BLOGGING PASAL AIM 17

# Persembahan yang mantap tapi tak lagu apa dari Kris Dayanti dan Dato’ Siti Nurhaliza

# Hahaha. Terburai usus tengok Afdlin Shauki ngan Adibah Noor. Serious kreatif tahap tinggi ~~ (tengah mengutip usus-usus yang bertaburan di ruang tamu rumah)

#Wow. Satu kolaborasi antara Yuna dan Aizat. Dedua bergabung meletop!!! Good idea dari penganjur AIM 17. Kadang-kadang macam tak jelas sangat la pulak. Sound system problem ker? Atau telinga kitorang yang dah lama tak dikorek?

#Tahniah Yuna menang Artis Baru Terbaik. You deserve it girl. Semoga terus maju jaya selepas nie. Kalahkan Tok Ti plak ~~ Hehehe.

#Lamanya tak nampak Vince AF nie. Not bad gak persembahan dia. Vokal pun makin ok.

# Agak kejutan di situ untuk Vokal Lelaki Terbaik. Abang Faizal Tahir ngan Abang Jamal tewas di tangan Hazami. Tapi Hazami tue memang suara camtue ker bila cakap live?

#Wow Bunkface menang Anugerah Kembara. Tahniah. Kami rasa anda deserve Anugerah nie.

#Memang 1Malaysia betul persembahan AIM 17 nie. Terharu dengan kepekaan penganjur AIM 17.

#Bagusnya Karen nie cakap BM bahasa Melayu masa ucapan dia. Kagum-kagum.

#Mak aih. Shrutti nie baru 15 tahun jer rupanya. Gile berbakat.

#Oh baru terpk kenapa Zee Avi tak menang Anugerah Kembara. Dia lagi femes apa kat USA sana.

#Yeah, Zee Avi. First time dapat tengok dia nyanyi kat TV Malaysia.

#Muahahah. Lawak gile Afdlinnnnnnnnnnnnnnn

#Super cun Joo Anna Henley nie ~~

#Berapa punya panjang daa nama Anugerah Lagu Melayu Terbaik Yang Dinyanyikan Oleh Artis Luar Negara nie. Tukar jadi lagu Indonesia terbaik sudah.

#Aduh, nasib baik keputusan nie keputusan juri. Memang layak Dato’ Siti menang. Agak kecewa sebab kitorang bajet Yuna menang. Tahniah Dato’ Siti.

#Faizal Tahir punya vokal memang terbaik gile.. Dengan stail mengangkang dia dan meneran dia tue, memang terbaiklah abang Faizal Tahir. Teruskan usaha mu.

#Hahah. Audi Mok pakai T-Shirt jer datang anugerah. Memang sempoi. Makcik-makcik die hard fans Faizal Tahir pun giler sporting. Hahaha.

#Superb vokal dari Altimet. Kalau kitorang nak rap camtue dah pancit dah.

#Cun gile Diana Danielle. Superb!!!! Cair terus jiwa raga ini.

#Gile punya gabungan 3 orang nie. Jacqlyn Victor, Karen Kong ngan Dato’ Sheila Majid. Memang terbaik!!!

#Memang gila Yuna menang anugerah Lagu Terbaik. Memang tahun 2010 nie tahun dia. GO YUNA GO.

Tamatlah sudah AIM17. Bagi kami biasa-biasa jer AIM kali nie. Agak menghambarkan la jugak. Host hanya lawak di awal-awal. Persembahan pun ok ok je. Pemenang tak dibagi masa yang cukup untuk bagi ucapan. Tapi nak wat camner memang untuk award macam nie selalu tak cukup masa.

Apa-apa pun tahniah untuk semua pemenang. Tahniah buat Yuna yang merupakan penyanyi feveret kami. Semoga terus maju jaya. Nantikan gambar red carpet AIM 17 nanti.

Amanda Imani – Bintang Yang Bakal Meletup 2010? siapa dia??

amanda imani

Terkejut sebentar kami apabila buat kali pertamanya kami tak kenal siapa yang menjadi cover Pancaindera Ahad lepas. Amanda Imani, nama dah sedap. Muka pun boleh tahan. Gaya pun agak menonjol. Tapi siapakah gerangan si Amanda Imani nie? Pelakon? Penyanyi ? Majistret?

Terus kami selaku blog gosip hiburan nombor 1 Malaysia membuat kajian yang menyeluruh tentang Amanda Imaninie. Rupa-rupanya dia nie adalah seorang penyanyi. Masih tak keluar lagi album pertama tapi kalau dekat website rasmi Amanda Imani dah boleh dengar preview lagu-lagu yang dinyanyikan. Boleh tahan jugaklah.

Nasihat kami kepada Amanda Imani, biarlah bakat anda yang menyebabkan anda menjadi popular. Jangan biarkan anda dipergunakan oleh mereka-mereka yang hanya mementingkan paras rupa. Percayalah yang rakyat Malaysia sekarang sudah bijak untuk menilai dan menghargai penyanyi-penyanyi yang berbakat. Tak perlu seksi-seksi. Pukaulah kami dengan suara anda seperti yang telah dilakukan oleh Yunalis Zarai.

Kepada anda yang berminat nak melayan video dan gambar Amanda Imani, sila baca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada website rasmi Amanda Imani.

amanda imani

amanda imani

sumber dari beautifulnara.com

Najwa Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Bapanya


Minatnya yang mendalam dengan muzik membuatkan Najwa sanggup bermula dari bawah. Foto Utusan

Bila disebut namanya, pasti ramai yang tidak begitu mengenali siapa sebenarnya Najwa, insan yang bersuara serak basah dalam industri muzik tanah air.

Penampilannya yang penuh sopan santun membuatkan ramai yang terpegun dengannya.

Walaupun menyedari dia anak kepada pemimpin nombor dua negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun Najwa tetap dengan sifatnya yang selalu merendah diri terutama ketika pertama kali bersemuka dengannya.

Mula berjinak lebih kurang empat tahun lalu dalam bidang ini, Najwa dalam nada bersederhana memberitahu dia tidak begitu dikenali mungkin kerana tidak seperti artis lain yang selalu membuat persembahan di luar.

"Saya terlalu sibuk dengan pengajian saya, sekarang ini baru boleh bergiat aktif dan menunjukan bakat yang ada," ujarnya selepas sidang media Konsert Malam Nada Biru Bersama Najwa dan Yuna, di Bsync Production, Kuala Lumpur.

Najwa yang hadir bersendirian pada majlis tersebut memberitahu dia lebih senang dikenali sebagai artis biasa yang bermula daripada bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti dalam kariernya.

"Saya senang dengan cara sekarang, lagipun apa yang saya buat ini adalah berdasarkan minat saya sendiri. Rasanya tidak perlu untuk saya mengaitkan dengan sesiapa, cukup sekadar orang kenal saya sebagai Najwa," katanya sambil tersenyum.

Ditanya mengenai minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut, dia sejujurnya memberitahu tidak mengikut bakat daripada sesiapa, tetapi mungkin lahir daripada dirinya sendiri kerana sejak kecil sudah terasuh dengan bidang itu kerana telah dihantar ke kelas piano dan muzik.

"Saya sendiri yang memang berminat dengan bidang muzik, mungkin sudah terdidik sejak daripada kecil lagi.

"Keluarga saya tidak pernah menghalang saya menceburi bidang ini, mereka tetap menyokong dan memberi semangat kepada saya supaya melakukan yang terbaik," kata Najwa, 24.

Najwa yang meminati irama muzik jazz dan neo soul memberitahu tawaran yang diterimanya daripada Mujik Production yang mahukan dia bergandingan di konsert Malam Nada Biru Bersama Yuna itu diterimanya dengan sepenuh hati.

"Saya dapat panggilan daripada Atilia dan dia menawarkan saya untuk membuat persembahan di di konsert tersebut.

"Saya pernah menonton konsert tersebut pada tahun lepas yang menggandingkan Atilia dan Noryn Aziz. Daripada situ saya sudah menyimpan hasrat untuk berada di tempat mereka untuk membuat persembahan," katanya yang akan menyanyikan sembilan buah lagu ciptaannya sendiri semasa konsert tersebut.

Walaupun dilahirkan daripada keluarga politik, namun cintanya terhadap bidang muzik membuatkan Najwa nekad beralih arah daripada jurusan jurutera kepada bidang muzik.

"Dulu saya memang belajar bidang lain, tapi disebabkan minat yang mendalam, saya membuat keputusan untuk tukar bidang pengajian," katanya yang sedang mengikuti kursus di peringkat ijazah dalam bidang muzik di Kolej Antarabangsa Muzik (ICOM).

"Keluarga tidak pernah memaksa saya untuk mengikut jejak bapa yang jauh berbeza dengan bidang yang saya ceburi sekarang," katanya.

Selain menunjukan bakat yang dimilikinya, Najwa mengakui menyanyi, mencipta lirik serta mengubah lagu, adalah antara caranya mengekspresi diri.

Sementara itu, Najwa yang bakal melanjutkan baki pengajiannya dalam bidang muzik akan ke Boston selama dua tahun bagi mendapatkan ijazah dalam bidang tersebut.

Saksikan Malam Nada Biru Bersama Najwa dan Yuna pada 27 hingga 28 Februari di The Actors Studio, The Rooftop Lot 10, dengan tiket berharga RM85 dan RM100. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-77115000, atau layari laman web http://axcess.com.my.

Ana Rafali Pikat Aidit Alfian Melalui 'Youtube'

SELEPAS penyanyi Indie, Yuna Zarai popular dengan lagu-lagu ciptaannya sendiri, kini muncul seorang lagi permata dalam industri muzik tempatan.

Walaupun nama Ana Rafali masih terlalu awal untuk diletakkan sebaris dengan Yuna, namun tidak mustahil dia juga bakal mencetuskan fenomena baru sedikit masa lagi.

Gadis ayu berusia 25 tahun ini tampil memakai baju kurung dan kebaya sebagai identiti tersendiri, bakat membuat lagu dan bermain gitarnya tidak boleh dipandang sebelah mata.

Bermula dengan memperkenalkan lagu-lagu ciptaan sendiri di laman ‘Youtube’ sekadar suka-suka telah menjadi titik permulaannya ke bidang seni. Lagu tersebut mendapat perhatian daripada komposer Aidit Alfian.

"Mulanya saya sekadar suka-suka, semua lagu-lagu yang saya buat saya upload di You Tube, entah macam mana suatu hari abang Aidit Alfian telah menghantar mesej melalui email saya.

"Sejak itu kami berbalas-balas mesej sehinggalah dia menawarkan saya untuk bernaung dibawah syarikat rakamannya," ujarnya yang merupakan artis pertama di bawah label Aidit Alfian Record.

Menurut Ana, dia selesa bekerja dibawah Aidit kerana diberi kebebasan untuk mencorakkan sendiri albumnya.

"Abang Aidit memberi kebebasan kepada saya untuk berkarya, dia faham setiap lagu yang saya buat adalah melalui pengalaman sendiri.

"Cuma dia akan pantau, jika lirik atau lagu tidak sesuai dan tidak kuat dia akan tegur dan beri tunjuk ajar, lagi pula saya tidak gemar jika lagu saya terlalu diubah sehingga hilang keasliannya" ujarnya yang kini sudah mencipta 30 buah lagu dan masih menunggu masa untuk dirakam.

Graduan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) ini turut memberitahu mula berjinak-jinak ketika masih menuntut lagi. Katanya setiap kali mencipta lagu, rakan-rakan rapat akan menjadi orang pertama yang mengkritik.

"Saya menjadikan M.Nasir sebagai idola dan matlamat saya untuk bekerjasama dengan dia satu hari nanti. Kalau boleh saya ingin jadi seperti dia yang boleh menyanyi dan mencipta lirik," jelas Ana yang kini popular dengan lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia masih menganggap dirinya masih mentah dan terlalu awal untuk menyumbang lagu kepada artis lain.

"Memang ada artis yang minta lagu daripada saya, tapi saya rasa belum bersedia lagi. Biar saya buktikan dahulu bakat yang ada kepada masyarakat, barulah boleh beri lagu kepada orang lain.

"Saya masih mentah dalam industri ini, banyak lagi yang perlu dipelajari," jelasnya dengan nada rendah diri.

Mengenakan imej gadis melayu, Ana mengakui selesa dengan penampilanya sekarang. Malah dia juga sering keluar dengan mengenakan pakaian kebangsaan ini.

"Bermula di Universiti, setiap kali persembahan perlu berpakaian formal jadi saya sudah terbiasa mengenakan baju kurung atau kebaya, selesa. Di luar juga jika tidak melakukan aktiviti lasak saya selesa mengenakan baju kebangsaan ini," katanya yang sedang menyiapkan album sulungnya dengan memuatkan enam buah lagu ciptaan sendiri.

Ana juga meletakkan harapan yang tinggi untuk single keduanya ‘Tolong Ingatkan Aku’ yang bakal keluar tidak lama lagi diterima baik masyarakat.

Senarai Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009

abpbh 2009

Pejam celik pejam celik dah keluar dah senarai top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 @ ABPBH 2009 nie. Kalau nama artis feveret anda tak tercalon, nak buat macam mana kan. Kenalah undi untuk ABPBH 2010 pulak nanti. Tapi kami kecewa jugak sebab Abang Jem tak tersenarai dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Paling Popular. Feveret kami tue.

Kejutan kali ini sudah tentulah pencalonan Yunalis Zarai untuk 2 kategori iaitu Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Memang murah rezeki si Yuna nie untuk tahun 2010. Satu permulaan yang sangat bagus untuk Yuna. Semoga peminat-peminat Yuna teruskan mengundi dia. Mana tau boleh kalahkan Dato’ Siti Nurhaliza.

Dan buat pertama kali (kalau tak salah kami), hero tua Malaya si Rosyam Noor tidak tersenarai dalam mana-mana kategori. Mungkin dah sampai waktunya untuk dia mengundurkan diri. Sebab yang tercalon kesemuanya pelakon-pelakon muda macam Remy Ishak, Fizo Omar dan Fizz Fairuz. Kami rasa nie angkara Nur Kasih. Tiz Zaqyah pun tercalon jugak.

So adakah anda berpuas hati dengan Top 5 ABPBH 2009 kali nie? Kalau tak puas hati sila luahkan emosi anda di ruangan komen. Baca senarai penuh ABPBH2009 dengan melihat artikel ini sepenuhnya.

Yuna Dilamar Syarikat Rakaman Dari Amerika





Jika Yuna menerima lamaran itu, industri muzik tanah air pasti akan berbangga apabila penyanyi ini melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa kelak. - Foto The Star oleh AZMAN GHANI

NAMA dan muzik Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai, 23, sememangnya telah memberi impak terhadap industri muzik tempatan.

Alunan melodi indah dan segar diserikan lagi dengan lontaran vokal jazzy persis Norah Jones membuatkan nama penyanyi dan komposer ini melonjak begitu pantas.

Laluan karier seni anak gadis dari Subang Jaya ini dikatakan makin berkembang apabila dia mengakui dilamar oleh sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut pelajar tahun akhir jurusan Undang-undang dari UiTM, Shah Alam ini, dia dan wakil syarikat rakaman tersebut sedang berbincang dengan lebih terperinci mengenai butiran tawaran itu.

"Memang benar ada sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat telah menemui saya untuk dijadikan artis rakaman mereka.

"Tapi, ia masih dalam peringkat awal dan kami masih lagi berbincang mengenai syarat-syarat yang boleh memuaskan hati kedua-dua belah pihak.

"Buat masa ini, saya tidak boleh menceritakan lebih lanjut mengenai lamaran tersebut. Saya takut untuk maklumkan apa-apa kerana saya belum bersedia lagi.

"Tunggulah bila segala urusan perbincangan sudah selesai, pasti saya akan umumkan. Setakat ini, saya masih berbincang dengan mereka dan masih mempertimbangkan syarat-syarat.

"Insya-Allah, kalau sudah rezeki tidak akan ke mana, akan ada peluang menanti saya di sana," katanya yang enggan mengumumkan nama syarikat rakaman yang melamarnya it

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes