Showing posts with label Kekasih Artis. Show all posts
Showing posts with label Kekasih Artis. Show all posts

Maya Karin dengan Farid Kamil? Diana Danielle putus?


Kalau nak diikutkan, suasana ABPBH 2011 dah lama berlalu, namun tempiasnya kadang-kadang masih lagi menyengat. Korang perasan tak dengan siapa Maya Karin bersama-sama ketika itu pergi ke ABPBH 2011? dengan Farid Kamil tu. Pelakon kacak idaman Malaya. Yang menjadi persaoalan disini, dimana Diana Danielle? adakah Farid saje-saje temankan Maya Karin yang sememangnya single untuk bersama-sama datang ke ABPBH atau adakah hubungan diantara Farid dan Diana sudah putus? dan Diana kembali ke pangkuan Syamsul Yusuf. Memang menjadi satu misteri yang harus di bongkar. Hehe.

Gambar Kekasih baru Shahrizal?


Pelakon kacak, Shahrizal kini sudah kantoi dengan gambar misteri yang sudah tersebar di blog-blog hiburan, gambar yang dikatakan misteri itu adalah gambar dia dengan seorang awek yang tidak dikenali, namun melihat daripada gambar itu, cukup mesra dan rapat, Shahrizal pergi main badminton pun dia juga turut datang.

Mamat Sepah masih disayangi Fida, ada peluang ke-2?



Kisah percintaan Mamat Sepah dengan Fida memang ramai yang sudah tahu, dan kisah mereka disebabkan sekeping gambar yang dikatakan cukup sensitif lalu kegagalan Mamat untuk memegang amanah itu. Sudah 7 bulan berlalu, Fida kini tampil dan memberikan luahan isi hatinya kepada korang semua yang dia masih sayangkan Mamat lagi dan membuka lembaran baru dengan membuang yang keruh ambil yang jernih, tapi sebagai kawan biasa jerk la. Ini adalah petikan dialog Fida dari laman hiburan GUA.

“Selepas dipertemukan semula dalam program Apa Saja FBI, hubungan kami berdua kembali baik seperti dahulu. Fida mengaku baik dengan dia tapi tidak tahu sejauh mana perhubungan kami. Apa-apapun, Fida akui sayang Mamat sebagai kawan dan sudah memaafkan perbuatannya yang lepas,”

“Tidak dinafikan Mamat masih mahu mencuba lagi untuk memperbaiki hubungan kami. Dia ada datang ke rumah dan kami juga ada keluar bersama. Malah, jika hendak diikutkan, Mamat nak pergi lagi serius dalam perhubungan kami. Dia juga nekad nak serius terus selepas ini dan sudah ada kata-kata serius dari dia.

“Namun, tidak dinafikan, ramai juga yang bantah hubungan Fida dengan Mamat. Keluarga tidak masuk campur dan hanya memberi nasihat. Bagi Fida, jika ada jodoh antara kami, adalah. Apa-apapun, Fida serahkan jodoh semuanya kepada Tuhan. Bagi yang selalu cakap tak elok tentang Mamat, Fida rasa tak perlulah sebab itu buat Fida lagi kesian dengan dia dan sebagai seorang kawan, Fida rasa Fida kena bersama dengan dia di saat dia susah.”

Johan Asari kekasih baru Fasha Sandha?



Maya Karin jumpa kekasih baru di Paris?

Ternyata kunjungan Maya ke Paris kali ini telah membuahkan hasil. Seperti sedia maklum lelaki France diidentitikan sebagai lelaki paling romantik. Ternyata kenyataan itu benar dan di kota Paris itulah seorang lelaki France telah berjaya menambat hati Maya.

Tanpa diduga, Maya telah bertemu dan berkenalan dengan seorang pemuda France beragama Islam. Perkenalan singkat itu mungkin telah membuatkan Maya Karin jatuh cinta atau pun tertambat dengan renungan pertama lelaki Peranchis itu.

Orangnya kacak dan berdarah Algeria. Apakah pemuda itu bakal membuka hati Maya Karin buat kali kedua sekali gus menyemai cinta dan diakhiri dengan ikatan perkahwinan? jeng-jeng... nantikan episod seterusnya..

Dengar-dengar khabar puting beliung, pelakon, Yana Samsudin dengan pelakon hebat, Shaheizy Sam kini tengah bercinta. Dikatakan mereka berdua agak rapat akhir-akhir ini disebabkan kerap melakukan kerjasama dalam kerjaya mereka. Yang terbaru mereka digandingkan bersama untuk filem Bini-Biniku Gangster sebelum tu Kongsi. Admin belum tengok lagi filem ni, namun yang pasti filem ini mungkin hebat kan. Hehe


Dalam sebuah majalah By'U. Ada memaparkan kisah cinta Yana dan Shaheizy. Tak pasti apa isi kandungannya. Kalau korang nak tahu, korang beli lah yer. Kalau betul dorang berdua bercinta, apa salahnya, mengaku kan lebih elok dari menafikan benda yang orang semua suka. Kita doa kan sahaja mereka berdua bahagia.

Ammar nafi pukul, cekik Puteri Sarah!



Ammar Alfian Aziz menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian baru-baru ni (link akhbar berkenaan). Menurut Ammar, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.


“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar.

-kan lebih elok kahwin cepat-cepat, kan dah timbul fitnah daripada mereka yang tak suka dengan anda.

Gambar Kekasih Miera Liyana

Miera Liyana kekasih

Miera Liyana seksi-kekasih

Miera Liyana bf ciuman-berkucupan

Miera Liyana bf 2

Miera Liyana bf 1

Miera Liyana bf 3




Gambar dibawah didapati melalui laman blog selebriti. Mengikut sumber yang didapati, gambar dibawah ni merupakan gambar Miera Liyana (artis muda yang menimbulkan kontroversi pemakaian) dengan kekasihnya yang bernama, Lash Mokhtar. Lash ni masih lagi menuntut di salah sebuah IPTS di ibunegara dan juga sering berlakon, tapi penampilannya limit sebab masih belajar kan. Nak dijadikan gosip, kini Miera dah punya kekasih, kora
ng diluar sana tu, harap maklum ok.




Scha al Yahya nak kahwin secepat mungkin!

Umum dah tahu yang Scha al Yahya dan Awal ni couple yang sejati dan cocok. Dan usia mereka juga tidak ketinggalan makin meningkat. Scha yang kini berusia 28 tahun mahu menjadikan Awal suaminya dengan segera, maknanya nak kahwin. Namun impian Scha dan juga Awal itu terlalu terbatas disebabkan kesibukkan kerjaya masing-masing. Sampailah tarikh keramat pernikahan mereka berdua belum lagi dimuktamadkan. Kata Scha kat mStar paling awal pun tahun depan.

Bagi admin, itu semua bukan penghalang, sedangkan VVIP dan VIP pun kalau nak berhasrat nak kahwin, dorang tetap akan kahwin cepat juga walaupun empayar, tugas, beban kerjaya mereka lebih besar dan berat. Bukan nak sibuk cerita pasal duit nak kahwin ker aper ni, Scha dan Awal pun kaya juga tue, kereta mewah pun ada kan. Admin rasa kalau soal duit, Scha dan Awal mampu, namun kesibukkan mereka sahaja yang membatasi mereka. Ntah lah sibuk macamana la dorang ni sampai tak nak kahwin cepat. Ala, nikah kahwin tue amik masa dua hari jerk, kalau bab-bab perancangan kahwin tue, amik masa seminggu pun dah cukup jah2..
"Memang kami mahu berkahwin, kalau boleh secepat mungkin. Bagi saya, perkara yang baik tidak perlu ditangguhkan. Saya bimbang juga kalau lebih lama berkawan, lebih banyak risikonya. Malangnya kesibukan kami menjadi penghalang. Terus-terang, kedua belah keluarga masih belum berbincang dan kami sedang mencari masa yang sesuai. Paling awal pun mungkin tahun depan," kata Scha yang ditemui pada sidang media drama Dunia Kita, baru-baru ini.

Awal Ashaari, Scha buka laman page FB

Ha kini dengar cerita pasangan kekasih selebriti yang masih bercinta lagi, Awal Ashaari dan Scha al Yahya telah menubuhkan satu fan club di Facebook. Ahli fan berkenaan dah nak cecah 50,000 orang. Memang tidak disangka, ramai juga peminat 'couple' ni erk. Mengalahkan populariti Price Willi dan Kate pulak. hehe. Apa-apa pun kita doakan mereka cepat-cepat kahwin. :)


GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes