Showing posts with label Jimmy Shanley. Show all posts
Showing posts with label Jimmy Shanley. Show all posts

SMS Suhaila dakwa anak dikandungkan anak haram


Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi SMS pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.
"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.

Perkahwinan Retak, Jimmy & Isteri Tidak Tinggal Sebumbung?

Mudah-mudahan kemelut rumah tangga Jimmy dan Nursuhaila Eliani dapat diselamatkan.

PETALING JAYA: Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.

Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.

“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.

Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.

Difahamkan, kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.

Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.

Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.

“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.

“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.

Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal mebalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Jimmy Shanley Bergelar Suami

SUNGAI BULOH: Dengan tiga kali lafaz, pengacara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Jimmy Shanley Norjahan Saleh selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Majlis akad nikah yang berlangsung di banglo mewah milik keluarga perempuan berlangsung di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Adib, bekas peserta rancangan Imam Muda.

Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar. Ia disaksikan oleh Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.

Majlis akad nikah dilakukan di atas pelamin mini dihiasi bunga ros dan kekwa merah dan merah jambu yang direka oleh perunding perkahwinan Baha.

Jimmy kelihatan segak berpakaian baju Melayu rona emas rekaan Rizman Ruzaini manakala Nursuhaila anggun mengenakan baju kebaya bertatahkan manik dan permata. Nursuhaila diwalikan bapanya.

Rombongan pengantin lelaki hadir seramai 50 orang diketuai oleh abang kepada Jimmy Shanley iaitu Datuk Ir Young Juwahir Muhammad Idrus yang membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.

Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki.

Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.

Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunya ke jari manis pengantin perempuan.

Cincin pusaka berpermata nilam merah itu adalah amanat arwah ibu Jimmy supaya disarungkan kepada isteri Jimmy.

Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986. Ketika ditemui selepas akad nikah selesai, Jimmy memberitahu dia berasa gugup semasa melafazkan nikah kerana julung kali berbuat demikian.

Bagaimanapun, bekas pengacara Trek Selebriti itu melahirkan rasa lega kerana akhirnya hasratnya memperisterikan Nursuhaila tercapai.

"Tempoh perkenalan kami singkat sahaja. Banyak lagi yang saya tidak tahu tentang isteri saya. Selepas ini, saya akan lebih memahaminya," kata jejaka berusia 30 tahun itu tersenyum lebar semasa sidang akhbar.

Jimmy turut berkata, dia ingin memiliki empat anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama isteri tersayangnya.

Sementara itu, isterinya, Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim itu berkata, dia bersyukur dan tetap memberikan sokongan penuh kepada suaminya menceburkan diri dalam bidang seni.

Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam ini di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

(TAHNIAH)Jimmy Shanley Sudah Bertunang Dengan Nursuhaila

gambar pertunangan jimmy shanley

Nursuhaila. Itulah nama tunang Jimmy Shanley. Siapakah Nursuhaila? Magistret? Lawyer? Doktor? Itu kami tak tahu. Yang pasti Nursuhaila sudah menjadi tunang kepada Jimmy Shanley. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua.

Lawa gila pelamin tunang dia. Serius cun beb. Kalau tunang dah lawa macam nie, time kawin nanti mesti lagi meletop punya. Kagum kami dibuatnya. Orang kata kawin sekali seumur hidup, so kalau ada banyak duit apa salahnya berhabis sakan kan?

Lagi gambar pertunangan Jimmy Shanley dan Nursuhaila dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit Mstar.

gambar pertunangan jimmy shanley

gambar pertunangan jimmy shanley

gambar pertunangan jimmy shanley

gambar pertunangan jimmy shanley

gambar pertunangan jimmy shanley

gambar pertunangan jimmy shanley

gambar pertunangan jimmy shanley

gambar pertunangan jimmy shanley

gambar pertunangan jimmy shanley

sumber dari beautifulnara.com

Jimmy Shanley Peluk Dengan Diana Danielle (Video) !!





Huh panas lagi meletup dan mendapat pelukan percuma, well done Jimmy Shanley

Hehe.

Haa ni mesti dah tengok kan?Takpe aku bagi korang tengok banyak-banyak kali.Macam ade ape-ape je aku tengok Jimmy Shanley dengan Diana Danielle ni.Bukan main mesra.Peluk sana urut sini..Huhu.

Jimmy.. apa apa pun line tu cover sikit, ramai orang meluat tengok perangai ko nie.. :) Beware Okie!





Saya Tak Akan Terikut-ikut Rentak Jimmy Shanley - Aril

Aril ingin tampilkan kelainan dalam Trek Selebriti musim baru ini. - Foto Uu Ban

BINTANG Akademi Fantasia 7 (AF7) yang sedang meningkat naik, Aril atau nama sebenar Kharil Azam Pilus, 24, sah diumumkan sebagai pengganti Jimmy Shanley bagi mengemudi program Trek Selebriti untuk musim baru.

Mengulas pemilihannya sebagai hos baru program itu, Aril berkata, dia bersyukur dan gembira dengan peluang berharga yang ditawarkan oleh pihak Astro dan penerbitan kepada pendatang baru sepertinya.

"Sudah tentu saya gembira dengan peluang berharga ini. Peluang ini adalah cabaran baru yang perlu saya hadapi selepas Akademi Fantasia dan drama bersiri Kau Dan Aku.

"Malah, saya akui banyak perkara yang perlu saya pelajari dari masa ke semasa untuk memantapkan kemahiran dan cara penyampaian.

"Walaupun saya ada sedikit pengalaman mengacarakan program sebelum ini, kepercayaan yang diberikan kali ini lebih besar dan menuntut komitmen lebih tinggi daripada saya," katanya.

Sebagai pengganti, Aril tidak mampu untuk menolak kemungkinan dibandingkan dengan Jimmy memandangkan Jimmy sudah bersama Trek Selebriti selama enam musim sebelum ini.

Menurut Aril, dia cuba untuk menjayakan tanggungjawab itu mengikut gaya dan penyampaiannya sendiri.

"Saya tahu perbandingan pasti akan dilakukan antara saya dan Jimmy Shanley. Sebagai pengganti saya akan cuba untuk menampilkan cara saya sendiri.

"Saya akan cuba elakkan daripada mengikut gaya dan acuan Jimmy sebelum ini. Insya-Allah, saya akan terapkan elemen-elemen lebih ceria, meriah dan santai kali ini," ujar Aril yang pernah mengacarakan program remaja, Trendy di RTM selama tiga musim.

Berbanding dengan Jimmy yang cukup sinonim dengan "Yezza", Aril pula bakal mengetengahkan tagline yang sinonim dengannya sejak mula dikenali di AF7 dulu, 'Terbaik Wok!'.

Bercerita tentang persiapannya untuk mengacarakan program itu, Aril berkata, sebelum memulakan rakaman, dia terlebih dahulu telah melalui sesi latihan di bawah pemantauan penerbit, pengurusan dan krew penerbitan program itu.

"Menerusi sesi latihan bersama penerbit dan krew produksi, saya diberikan idea dan tunjuk ajar bagi memantapkan lagi pengendalian program ini.

"Mereka juga memberikan pendapat dan teknik bagi memantapkan gaya pengacaraan saya.

"Selain itu, saya juga perlu menonton kesemua episod terdahulu program ini bagi mengelakkan saya terikut-ikut rentak dan penyampaian Jimmy sebelum ini.

"Saya juga belajar teknik yang betul untuk bertanyakan soalan kepada selebriti undangan. Perkara ini sangat penting untuk saya kerana aura dan imej Jimmy terhadap program itu sangat kuat dan sebati.

"Dia telah mengacarakan Trek Selebriti selama enam musim. Sebagai pengganti, saya perlu cari kelainan dan tonjolkan identiti saya sendiri agar penonton tertarik," kata Aril lagi.

Aril yang telahpun menyiapkan rakaman untuk dua episod pertama program itu mengakui teruja dan gembira dengan perkembangan cabang baru karier seninya ini.

Episod pertama untuk musim baru ini bakal memaparkan cerita belakang tabir tirai AF8dengan kesemua peserta musim baru ini. Menerusi episod kedua pula, Aril bakal menjejaki pengetua baru AF8, Norman Abdul Halim.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, pemilihan Aril sebagai hos baru adalah berdasarkan kepada beberapa faktor.

Naib Juara AF7 itu dipilih kerana mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan sebelum ini. Selain itu, dia muda, segar, periang dan mempunyai pesona serta kelompok peminat sendiri.

"Aril menjadi pilihan Astro kerana mempunyai serba sedikit pengalaman dalam bidang pengacaraan sebelum ini.

"Lebih menarik, dia muda, berbakat, periang, segar dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.

"Ciri-ciri itu bersesuaian sekali dengan konsep program ini," komen Azlin mengenai pemilihan itu.

Musim ketujuh Trek Selebriti bakal bersiaran pada 21 Mac ini, setiap Sabtu jam 10.30 malam menerusi saluran Astro Ria (104) sejurus selepas Konsert Akademi Fantasia musim ini.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes