Showing posts with label Yoon Seol-Hee. Show all posts
Showing posts with label Yoon Seol-Hee. Show all posts

Dadah: Joo Ji-Hoon Digam TV Korea






SEOUL, 7 Mei 2009: Kecoh juga Murai Batu dengar selepas aktor kacak tinggi lampai, Joo Ji-Hoon yang membintangi drama Princess Hour dan filem The Naked Kitchen, dilaporkan terjebak dengan kes dadah iaitu pil khayal dan ketamine, baru-baru ini.

Murai Batu difahamkan, atas kes yang serius itu, rating drama lakonan Ji-Hoon jatuh mendadak sehinggakan majlis hari jadi bersama peminatnya di Jepun yang sudah dirancang terpaksa dibatalkan.

Malah, Ji-Hoon, 27, yang juga aktif sebagai model antarabangsa ini turut mengalami masa digam sebuah stesen TV popular di Korea iaitu Korean Broadcasting System (KBS). Paling teruk, Murai Batu diberitahu KBS tidak mahu menyiarkan semua cerita dan video yang melibatkan Ji-Hoon sehingga kes ini selesai.




Dalam pada itu, Murai Batu juga dengar, bukan saja Ji-Hoon yang terlibat dalam kes yang menggemparkan peminat Korea dan Jepun itu. Pelakon Yoon Seol-Hee dan Yeh Hak-Young turut sama menerima hukuman tersebut kerana juga terlibat dengan kes penyeludupan itu.

Apa pun, kes yang berlaku ini bukanlah pertama kali didengar dalam dunia seni di Korea Selatan. Sebelum ini, beberapa artis Korea menghadapi masalah berkaitan dadah seperti penyanyi Jeon In-Kwon dan aktres Go Ho-Kyung yang dihukum dengan denda yang sama kerana mengambil marijuana pada 2006.

Selain itu, Murai Batu turut diberitahu, KBS juga dalam proses memboikot aktor Na Han-Il. Namun, kes Na Han melibatkan masalah kolar putih. Difahamkan, Na Han telah ditahan kerana membuat pinjaman haram bernilai 10 bilion Won dan disyaki memberi rasuah. Hai, macam-macam hal dunia sekarang.

SUMBER DARI Murai.com.my

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes