Showing posts with label Gavin Edward. Show all posts
Showing posts with label Gavin Edward. Show all posts

Sekitar majlis persandingan Serina dan Gavin

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Seperti yang korang dah sedia maklum, Serina, satu-satunya anak perempuan Chef popular Malaysia, siapa lagi kalau bukan Chef Wan sudahpun sah bergelar isteri kepada Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahuddin Ghafar pada 1 januari lepas.

Dan pada 3 Januari pulak, berlangsung majlis kemuncak perkahwinan mereka iaitu majlis resepsi yang ke-6. Di sini ada beberapa gambar sekitar majlis resepsi tersebut. Walaupun dah agak suam-suam kuku, tapi kami tetap nak kongsikan juga. So, layankan je la yer. Hee..

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Gambar kahwin Serina, anak Chef Wan

Sekali lagi, semoga Serina dan Gavin berbahagia sehingga ke akhir hayat.


sumber dari zonartis.com

Gambar Majlis Berinai Kecil Serina Redzuawan

Semalam, 31 Disember 2009, jam 8 malam telah berlangsung Majlis Berinai Kecil pelakon dan hos Serina Redzuawan. Namun, dengarnya Chef Wan agak terkilan dan kecewa dengan sikap acuh tak acuh hos Zalina Azman, bekas personaliti TV3 yang tidak hadir semalam. Ini menjadikan majlis agak cacat tanpa hos.

Walaupun begitu, majlis itu tetap berjalan dengan lancar dan meriah tanpa pengacara majlis di Al Halabi lounge, J.W Marriott, Kuala Lumpur.

Masalah berpunca dari salah faham Zalina dengan 2 buah majlis berinai yang dirancang dalam resepsi perkahwinan Serina. Yelah, ada majlis berinai kecil dan ada majlis berinai besar. So, kat situ keliru sikit.

Pada pukul 9.30 malam, Serina muncul mengenakan empat persalinan secara satu persatu dalam majlis itu.

Serina kelihatan persis Puteri Maghribi ketika menggayakan persalinan utama yang berkonsepkan Maghribi dengan rona hitam rekaan Jovian Mandagie ditambah pula dengan solekan Baby Elle.

Menariknya mengenai persalinan ini, persalinan itu mengikut potongan kaftan berpanel dihiasi 20 jenis manik yang pelbagai bentuk.

Tiga lagi persalinan termasuk kebarung songket berwarna hijau, cheongsam bermotifkan naga, gaun petang berwarna kelabu beserta tiara dan layah ditaja oleh Butik Pengantin Nasha dari Ipoh, Perak. Kegemerlapan empat persalinan Serina di majlis itu turut diserikan dengan sebuah persembahan tarian ala padang pasir (bally dance) oleh tiga orang penari dari Malaysia, Mexico dan Lubnan.

Majlis yang selesai menjelang tengah malam itu dihadiri oleh lebih 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Serina dan bakal suaminya, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar telah selamat dinikahkan pada pukul 11 pagi tadi di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. [sumber]

Serina, Gavin Selamat Diijabkabulkan!



Teks oleh Haswari Ali
Foto Mazlan Photography


KUALA LUMPUR, 1 JANUARI 2010: Selepas bertunang semalam, hari ini, adalah hari yang paling indah buat Serina Redzuawan apabila telah sah bergelar isteri kepada Gavin Edward O'luanaigh. Dengan sekali lafaz sekitar jam 11.30 pagi tadi di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, kedua-dua mempelai berlainan bangsa itu telah sah disatukan sebagai suami isteri.


Dengan linangan air mata juga, Chef Wan, ayah Serina yang sentiasa berada di sisinya, terus memeluk beliau kerana amat sebak, terharu dan bersyukur. Ia juga bermakna, Chef Wan kini telah sedia melepaskan Serina sepenuhnya kepada suaminya, Gavin atau nama muslimnya, Salahudin Ghafar.



Mereka berdua telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk masjid tersebut, Mohd. Nazarudin Mohd. Nadzir dengan berwalikan Chef Wan atau Redzuawan Ismail bersama mas kahwin RM1,000.


Detik bersejarah pasangan yang tampak berseri dengan persalinan serba putih rekaan Jovian Mandagie serta solekan oleh Sue Cantik. Ia telah disaksikan oleh sanak saudara, sahabat handai daripada kedua belah pihak serta pihak media.


Majlis turut mendapat liputan secara langsung Wanita Hari Ini, TV3 selain rakaman bagi Asian Food Channel yang akan disiarkan pada Februari nanti.


Serina yang ditemui pihak media selepas majlis akad berkata, tiada apa yang dapat dilafazkannya selain memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi.


"Alhamdulillah, niat saya dan Gavin hendak menjadi pasangan suami isteri telah termakbul. Tapi selepas berkahwin tentunya saya akan memegang tanggungjawab yang sangat besar untuk hidup bersama Gavin. Saya harap saya akan dapat membantu Gavin untuk menjadi seorang muslim yang baik.


"Saya sedar saya sendiri juga bukanlah arif dalam hal agama tapi saya harap dapat mendalami Islam dengan lebih baik dan menjadi seorang isteri yang taat kepada Gavin. Doakanlah kebahagiaan kami," kata Serina dengan mata yang berkaca dan tampak sungguh jelita.


Ditanya tidakkah dia terasa penat kerana perlu muncul dalam 6 majlis selama 3 hari berturut-turut, Serina menjelaskan dia memang mula terasa penat sejak malam tadi namun berpuas hati kerana semua itu adalah bertujuan meraikan hari yang paling berbahagia buat diri dan keluarganya.


Pada majlis itu, Serina menerima 9 dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM30,000. Hantaran yang diterima adalah senaskah Al-Quran dan tasbih, persalinan baju, telekung, barangan kosmetik, beg tangan, gelang tangan, cek RM30,000, kek serta sirih junjung.


Gavin juga menerima Al-Quran bersama telefon Blackberry, tali leher dan kafling, jam tangan Emporio Armani, kemeja, wangian Hugo Boss, tali pinggang dan dompet Gucci, kek serta sirih junjung.


Gavin turut melafazkan rasa bersyukur kerana telah memperisterikan Serina yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang penyayang, berpendirian dan sangat cantik di matanya.


"Terus terang, ketika mula-mula bertemu dulu saya sendiri tak tahu yang dia seorang pelakon, sebab saya jarang menonton TV Malaysia. Tapi saya percaya, perkahwinan ini akan membawa lembaran baru kepada kami berdua. Insya-Allah saya akan cuba menjadi seorang suami yang baik kepada Serina," katanya tidak lekang dengann senyuman.


Pasangan pengantin ini akan diraikan pula dalam majlis berinai besar pada malam ini di NEO, Jalan Sultan Ismail sebelum melalui majlis bersanding di The Royale Chulan malam esok.


Sebagai hadiah, Chef Wan telah menempah pakej bulan madu buat mereka untuk melancong ke Pulau Santorini pada bulan Jun depan. Pulau yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Mamma Mia! lakonan Pierce Brosnan dan Meryl Streep itu menjadi pilihan Chef Wan kerana merasakan pulau itu cukup romantis.


Pasangan terlebih dahulu akan diterbangkan ke Bali dan diikuti Maldives sebagai destinasi bulan madu pertama mereka dan seterusnya ke Santorini. Selamat Pengantin Baru buat Serina & Gavin sumber dari murai.com.my!

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes