Showing posts with label Dayang. Show all posts
Showing posts with label Dayang. Show all posts

Dayang Mahu Hentikan Stigma Terhadap Pengidap HIV

IBARAT impian menjadi kenyataan kepada selebriti popular tanah air yang juga merupakan Selebriti Sokongan Riben Merah, Dayang Nurfaizah apabila Majlis AIDS Malaysia menerusi badan khas iaitu Yayasan Aids Malaysia (YAM) mendekatinya dan mengusulkan cadangan berkenaan majlis ‘Makan Malam Amal Dayang Nurfaizah’.

Impian itu akan direalisasikan pada 28 Mac ini, pukul 8 malam bertempat di One Bangsar Ballroom, Bangsar Seafood Garden Restaurant, Jalan Ara, Bangsar Baru, Kuala Lumpur.

Tema yang diangkat oleh United Nation bagi menjayakan sambutan Hari Wanita peringkat Antarabangsa 2010 adalah ‘Kesamaan hak, peluang bersama: Kemajuan untuk semua’.

Ini dilihat selari dengan komitmen Dayang terhadap golongan wanita yang dijangkiti dan terjejas dengan HIV dan AIDS.

Majlis ‘Makan Malam Amal Dayang Nurfaizah’ adalah bagi meraikan wanita Malaysia bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2010 yang kebiasaannya disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Majlis itu turut dirasmikan oleh Penaung YAM, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Untuk itu, kutipan dana menerusi Makan Malam Amal itu akan disalurkan kepada YAM.

Meraikan wanita pada Majlis Makan Malam Amal merupakan satu peluang buat Dayang bagi membantu YAM dalam mengumpul dana untuk membiayai rawatan, penjagaan dan program sokongan yang akan disalurkan kepada wanita dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV di mana golongan itu paling terjejas terutamanya secara mental dan emosi.

“Saya amat berbesar hati sebaik sahaja YAM mendekati saya memberitahu tentang kerjasama yang akan dijalinkan iaitu selaku Selebriti Sokongan Riben Merah.

“Saya beranggapan penglibatan saya ini adalah bagi memikul tanggungjawab selaku selebriti dan juga sebagai rakyat Malaysia bagi membantu sebaik mungkin mereka yang benar-benar memerlukan.

“Alhamdulillah, dengan bakat yang Tuhan kurniakan kepada saya, secara tidak langsung saya mampu membantu meningkatkan kesedaran bagi menghentikan stigma dan diskriminasi terhadap pengidap HIV,” kata Dayang pada majlis sidang media baru-baru ini.

Dayang memberitahu lagu terbarunya yang berjudul Ku Temu Cinta akan menjadi lagu tema majlis itu, yang akan dimuatkan dalam album terbarunya.

Lirik dan lagu ini sememangnya mempunyai maksud yang cukup mendalam, mempunyai tarikannya tersendiri dan boleh dikatakan mampu memberi impak yang cukup kuat kepada pendengar.

Bagi menonton persembahan eksklusif Dayang sambil beramal, penjualan meja di buka pada harga RM5,000 dan RM10,000 yang menempatkan seramai 10 tetamu bagi setiap satu meja.

Untuk keterangan lanjut tentang penjualan meja, sila hubungi Azrina Shireen di talian 03-40451033 atau layari laman web www.mac.org.my

Isu Artis Malaysia Berpakaian Seksi Berkemban


Umum sudah tahu bahawa artis kita, penyanyi, pelakon dan sebagainya adalah menjadi milik masyarakat. Membawa gelaran publis figure, seseorang artis itu seharusnya meletakkan batu asas untuk tahu bagaimana untuk tampil di khalayak agar menjadi contoh dan model. Namun, apa yang saya nampak, sebaliknya berlaku. Artis kita kian berani untuk tampil dengan pakaian yang menjolok mata. Inikah yang dikatakan Ikon Malaysia? Inikah budaya yang dibawa oleh orang Malaysia? Berpakaian seksi… itukah budaya kita? Apabila menjadi milik masyarakat, segala gerak laku dan tindak tanduk artis itu akan menjadi tumpuan dan bualan orang. Artis kita kini kian berani. Lihat sahaja pakaian yang dikenakan oleh Dayang Nurfaizah di Pentas Akhir Ikon Malaysia yang agak berani tampil dengan skirt pendek. Bagi Dayang Nurfaizah, katalah apa sahaja, dia tetap dia dan begitulah cara Dayang. Dayang tidak mahu digelar seorang hipokrit.

Bolehkah gaya fesyen ala berkemban ini dapat menarik penonton untuk ke pawagam? Sejauh mana gaya seksi salah seorang pelakon dalam filem Kayangan ini dapat melariskan filem arahan Raja Ahmad Alaudin ini?

filem kayangan seksi

Mmm… seksi giler!

Pemakaian artis yang begitu seksi menjadi topik dan isu yang utama diperbincangkan sehingga menjadi isu hangat dalam Dewan Rakyat. Namun, sejauh mana perbincangan itu dapat mengubah pendirian artis yang begitu berkeras juga untuk tampil seksi?

Dulu, gambar Deja Moss yang berpakaian seksi dengan gaun singkat di pentas show private mengundang kontroversi. Datuk Siti Nurhaliza juga terkena tempias dengan isu ini kerana sebilangan peminat tidak selesa dengan penampilan Siti yang berubah semenjak berkahwin dengan Datuk K. Ada yang kata, Siti berubah kerana mengikut kata Datuk K. Ada yang kata Siti pakai sedikit seksi sebab dia sudah bebas daripada jagaan ibu bapanya. Macam-macam lagilah. Kemudian, isu Jaclyn Victor yang suka berpakaian seperti berkemban. Mmm… ya ramai yang cakap, Jaclyn tak pelah nak pakai macam tu sebab dia bukan beragama Islam. Ini Dayang Nurfaizah yang begitu menjolok mata dengan skirt yang pendek. Katanya, ada makcik-makcik yang duduk di rumah bersama anak-anak malu dengan imej Dayang yang sebegitu.

Akhbar sisipan Berita Harian, Bintang Popular dalam ruangan kolumnis komposer terkenal, Ramli MS pernah membicarakan isu artis berpakaian seksi. Mengikut bekas pengetua Akademi Fantasia itu, di Malaysia, artis berpakaian seksi tidaklah keterlaluan sangat. Beliau yang bersifat neutral dan memandang secara positif tentang isu ini memberi pandangan dari sudut yang berbeza. Suka saya memetik, antara kata Ramli MS:

Perempuan mana tidak mahu kelihatan anggun, elegan? Sekiranya perempuan itu mempunyai bentuk tubuh yang hampir sempurna dengan bahu yang lebar, ketinggian yang melebihi 176 sentimeter, kaki yang panjang, dia mesti ingin kelihatan cantik apabila berpakaian. Kalau pelakon itu membawakan watak sebagai penari atau pelayan dalam drama atau filem, takkan penampilannya harus bertudung atau mengenakan baju kurung?

Berbalik kepada cerita Jaclyn. Kalau kita melihat zaman dulu-dulu, siapa yang tak pernah berkemban. Siti Tanjung Perak pun berkemban di sebabkan wataknya sebagai seorang ibu yang kuat berleter. Tapi, itu hanyalah di dalam filem. Kalau orang Inggeris berkemban atau memakai bikini, kenapa tidak dipersoalkan? Sekiranya penyanyi seperti Waheeda berkemban, mungkin anda cakap dia buang tabiat! Kita tidak boleh melihat semua artis secara total. Kalau individu seperti Jaclyn, dia bangsa bukan Melayu di dalam sebuah negara demokrasi.

Bangsa yang lain pun ada budaya mereka sendiri. Kita tak boleh memaksa artis seperti Jaclyn, memakai pakaian yang lebih sopan. Saya tak rasa Jaclyn seorang yang keterlaluan apabila berpakaian ataupun hipokrit. Bagi saya, apabila Jaclyn berpakaian berkonsepkan berkemban, dia tampak elegan.

Gambar Nurul yang dulu pernah meletop dengan gaya persis seorang model di Minggu Fesyen Kuala Lumpur agak panas juga. Gaun off shoulder digayakan oleh Nurul ini rekaan Calvin Thoo. Seksi dengan kurus cekeding langsing tetap anggun. Mungkin sebab itu, Nurul tidak berani untuk memakainya untuk persembahan pentas nyanyian. Cukup sekadar di pentas peragaan sahaja.

Apa kata anda dengan isu artis kita yang kian berani berpakaian seksi?

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes