Showing posts with label Azizah Mahzan. Show all posts
Showing posts with label Azizah Mahzan. Show all posts

Azizah Hayati Watak Mak Dara Hingga Tertelan 'Sentil'

Azizah membawakan watak Mak Dara dalam teater Sri Mersing yang dipentaskan di Istana Budaya minggu lalu. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

WALAUPUN sekadar watak sampingan saja, tapi kehebatan aktres Azizah Mahzan membawa watak Mak Dara dalam teater Sri Mersing mendapat pujian dari penggemar teater hingga ada yang mengatakan dia over shadow pelakon utama.

Bagi Azizah, watak Mak Dara hanya sekadar satu cubaan dan tawaran itu pun diterimanya pada saat-saat akhir.

"Saya mendapat tawaran itu ketika pementasan teater Antara. Saya cuma dapat menjalani 4 latihan saja sebelum pementasan bermula. Tak sangka pula ramai yang suka watak Mak Dara yang saya bawa," kata Azizah.

Azizah bukan saja berjaya membawa watak itu malah penghayatannya menyampaikan lagu Dondang Sayang dalam teater itu cukup menghiburkan.

Bagi Azizah, apa yang dilakukan hanya sekadar memenuhi tuntutan sebagai seorang pelakon teater.

"Seorang pelakon teater perlu menari, menyanyi dan berlakon dengan baik. Saya cuma memenuhi tuntutan ini. Apa yang saya lakukan hanyalah character akting kerana saya bukan seorang penyanyi," jelas anak sulung dari tujuh adik beradik ini.

"Saya belajar menyanyi Dondang Sayang melalui You Tube dan pada malam sebelum pementasan Sri mersing. Memang agak sukar kerana lagu ini agak off beat dan kita perlu menyanyi sebelum tempo. Ia juga ada unsur rap dan liriknya pula kena ad lib," jelas Azizah yang pernah menyanyi dalam pementasan Lantai T.Pinkie dan Mana Setangginya sebelum ini.

Penghayatan Azizah terhadap watak Mak Dara bukan sekadar tnasi suara, lenggang dan menari, Azizah juga terpaksa mnggunakan 'sentil' yang begitu sinonim dengan Mak Dara.

"Maaf saya tak pakai sentil ye. Apa yang you lihat tu adalah prune tajaan Sunsweet. Tiap-tiap malam saya terpaksa guna sentil @ prune tu hinga satu malam, saya tertelan prune," jelas Azizah dengan hilaian ketawa.

Ditanya apakah pementasan Sri Mersing memuaskan hatinya.

"Keseluruhan, saya rasa semua sudah beri yang terbaik tapi rasanya boleh diperbaiki lagi. Abang A.Galak mempunyai stage presence yang kuat. Yang lain-lain tu saya tak payah komen...," kata aktres yang berasal dari Johor Bharu itu.

Walaupun nampak yakin dengan lakonannya, Azizah mengaku yang dia sebenarnya ada penyakit 'agrophobia' di mana seseorang itu tidak suka berada di tempat orang ramai atau sesak.

"Saya sudah lama ada penyakit 'agrophobia' kerana saya tak suka berada di tengah orang ramai dan saya juga takut dikerumuni orang ramai. Entah kenapa saya berada dalam industri seni ini....

"Saya takut bila orang ramai-ramai ambil gambar saya. Saya tak boleh handle diri saya dalam crowd tapi kalau perform tak apa," kata aktres berusia dalam lingkungan 40an ini.

Terlalu over exposed juga merimaskan Azizah kerana dia lebih suka jika wajahnya tidak terlalu kerap berada di kaca TV.

"Saya tidak akan berlakon di TV3 selagi saya mendapat respons yang asyik-asyik muka saya saja di TV3. Di Istana Budaya pun saya rasa saya macam sudah over exposed.

Saya perlu berehatlah....," jelas Azzizah yang teruja untuk kembali aktif seandainya dia mendapat tawaran berlakon dalam teater Che Det pada bulan Oktober nanti.

"Teater Che Det memang saya nanti-nantikan. Yang itu kalau tawarkan diri pun saya tak kisah," kata Azizah.

Azizah Mahzan Paksa Rela Berlakon Spa Qistina?


EKORAN digosipkan dengan lelaki berketurunan Arab, aktres Azizah Mahzan mula menghidu sesuatu yang negatif bakal berlaku setelah dilanda kontroversi gambar mesranya dengan aktor Zaefrul Nordin.

Yang menjadi tanya tanya Azizah, gosip dengan lelaki Arab itu bagaikan mengulangi kontroversi yang melandanya sebelum ini, bilamana cerita seperti itu timbul apabila drama itu hampir disiarkan di televisyen.

“Cerita-cerita seperti ini akan mengundang kontroversi selanjutnya tetapi saya hairan kenapa kontroversi dibuat apabila cerita Spa Qistina akan bermula,” soalnya dalam nada terkilan.

Dia juga berharap agar gosip itu akan lenyap selepas mengeluarkan kenyataan ‘saya sudah bosan dengan lelaki’.

Di sebalik gosip-gosip ini, Azizah secara tiba-tiba meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya kini.

“Dari dulu lagi, saya teringin sangat nak tahu siapa yang terlibat dalam menyebar gosip yang berbentuk ghibah ini…,” beritahunya lagi.

Dalam masa yang sama, perasaan kecewanya semakin parah apabila mengenangkan reputasinya sebagai pelakon drama Spa Qistina untuk musim ketiga ini.

Mengenali bekas isteri pelakon Nasir Bilal Khan ini, dia merupakan seorang pelakon versatil dan berbakat besar. Kemampuannya dalam melakonkan setiap watak yang diberikan oleh pengarah tidak pernah menghampakan.

Azizah juga sentiasa inginkan ‘output’ yang terbaik namun menerusi musim terbaru Spa Qistina kali ini dia sudah tidak mampu bertahan untuk menghasilkan kreativiti lakonan seperti yang diinginkan.

Walaupun penggambaran drama ini belum selesai, Azizah berkata dia bagaikan sudah bosan dengan skrip dan jalan cerita yang hambar itu.

Tanpa berselindung, Azizah berkata lakonan yang tonjolkan dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu hanya dilakukan secara paksa rela atas permintaan produsernya, Datin Zaiton Mohd Jiwa.

“Setiap kali saya masuk set penggambaran, saya termenung kerana saya perlu mencantikkan semula skrip yang diberikan. Kadangkala dialog skrip yang diberikan langsung tidak kena dan logik.

“Misalnya, dialog yang tidak ada hubung kait antara watak Qistina dan Marlia. Saya juga tidak menyukai jalan ceritanya yang langsung tidak bermoral.

“Sampai sekarang, saya masih menunggu jadual penggambaran yang seterusnya,” beritahunya.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah seandainya jalan cerita drama yang turut dilakonkan oleh Nanu Baharuddin, Fasha Sandha, Ummi Nazeera dan Tiz Zaqyah itu berjaya memberikan kesan kepada karektor yang dilakonkan olehnya.

Namun, semuanya bagaikan punah begitu sahaja apabila Azizah menganggap watak Marlia ibarat watak tempelan yang dibunuh secara perlahan-lahan.

“Kalau skrip dan jalan cerita drama itu bagus, saya akan sokong tinggi melangit.....tetapi kalau ia tak bagus, takkan saya nak bohong.

“Apabila berlakon dalam drama itu, saya gagal mempersembahkan kreativiti terbaik kerana apabila saya terpaksa melakukan sesuatu itu, hasilnya tidak akan menjadi seperti yang diinginkan,” tuturnya lagi.

Namun begitu, Zaiton yang lebih mesra dengan panggilan Kak Eton ini, menafikan timbulnya soal paksaan dalam mengambil Azizah berlakon dalam drama itu.

“Azizah telah menandatangani kontrak dengan kami dan mana boleh kita paksa pelakon untuk berlakon mana-mana watak.

“Biasanya kita hanya tawarkan sesuatu watak itu kepada pelakon. Kalau mereka terima, alhamdulillah,” ulasnya.

Dia juga berkata Azizah masih lagi bersama dengan krew produksi Spa Qistina yang akan menamatkan penggambarannya pada 21 Januari ini.

Spa Qistina sudah hampir selesai dan setakat ini penggambaran berjalan dengan lancar. Azizah juga masih terikat dengan penggambaran drama itu.

“Babak lakonannya belum selesai dan esok (hari ini) dia akan kembali menjalani penggambaran.

“Saya terkilan dengan cerita negatif seperti ini kerana selama ini saya hanya fikirkan untuk menyiapkan Spa Qistina dalam keadaan yang baik,” jelasnya.

Azizah Mahzan Tiada Masa Keluar ‘Dating’

SETELAH bercerai dengan aktor Nasir Bilal Khan, sehingga kini aktres berbakat besar Azizah Mahzan masih belum menemui lelaki yang benar-benar sesuai untuk dijadikan suami.

Jika ditanya kepadanya tentang keinginan itu, aktres yang pernah dilanda kontorversi gambar mesranya dengan aktor Zaefrul Nordin ini berkata tiada resolusi untuk mencari suami dalam diari 2010nya.

“Tiada dalam kamus hidup saya..bermula 2 Januari 2010, azam saya tidak pernah berubah seperti tahun-tahun sebelum ini. Kalau saya berazam yang tinggi-tinggi sekalipun, saya tetap melakukan tabiat lama,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Lantas apabila disoal mengenai khabar angin yang mengatakan Azizah sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki berketurunan Arab, dia menafikannya.

Jelas Azizah, dia tidak pernah mengenali dan keluar dengan mana-mana lelaki Arab.

“Saya tidak pernah mengenali lelaki Arab. Lagipun, setahu saya lelaki Arab ni keras kepala.

“Saya juga tak pernah ‘dating’ dan jarang keluar rumah. Saya ni jenis agorafobia yang tidak terlalu gemar berada di tengah-tengah orang ramai.

“Kalau tak terlibat dengan penggambaran, saya lebih selesa berada di rumah. Kadangkala, saya tak pandai untuk melayan peminat,” kata ibu tunggal kepada seorang anak ini.

Bukan mahu bersikap angkuh, namun Azizah menganggap dia masih boleh hidup tanpa bergantung dengan orang lain.

“Kalau saya tidak mempunyai teman lelaki atau suami, saya masih boleh bernafas. Misalnya, saya akan cipta sesuatu perkara yang ceria dan kenapa saya perlu menyusahkan diri-sendiri?

“Kita patut menikmati keseronokan dalam menjalani kehidupan ini. Konsep sanggup berkorban demi cinta tiada dalam diri saya. Saya sudah biasa hidup bersendirian.

“Mungkin kalau saya ada teman lelaki atau suami, saya akan mudah rasa lemas sebab nak kena selalu fikirkan tentang dirinya.

“Daripada saya fikirkan tentang lelaki, lebih baik saya mengadap komputer. Saya tidak suka mengawal dan dikawal tetapi lebih suka hidup bebas. Saya ada akal fikiran, jadi mengapa saya perlu mengawal dan dikawal,” tuturnya dalam nada tenang.

Tambah Azizah, dia memikirkan perkara itu sebagai kebaikan dalam dirinya bagi mengelakkan terkejar-kejar dalam melakukan sesuatu perkara.

“Saya jenis yang suka melakukan sesuatu perkara satu persatu. Kalau saya ada teman lelaki, ingat saya ada masa untuk melakukan semua itu.

“Asalkan saya senang hati, tak payah saya fikir-fikir pasal lelaki. You free to live before you die.

“Saya akui ada orang yang tak boleh hidup tanpa pasangan tetapi bagi saya ia hanya suatu perkara yang remeh,” tambah pelakon filem Anak dan drama Spa Q ini.

Namun begitu, naluri kecil di hati Azizah berkata dia tidak menolak soal jodoh ini dan segala-galanya diserahkan kepada Allah.

“Saya masih ada Tuhan..soal jodoh dan karier semua itu atas kehendaknya. Mana tahu tiba-tiba datang seorang lelaki yang hendak meminang, saya nak buat macamana?

“Tapi jika orang tanya tentang prinsip, saya tak boleh menyesuaikan diri saya dengan hubungan perkongsian,” jelasnya.

Azizah berkata walaupun begitu ada beberapa lelaki yang ingin mendekati dirinya tetapi dia terpaksa menolaknya.

Dalam perkembangan karier seninya, Azizah berkata dia masih belum selesai menjalani penggambaran drama Spa Q 3.

Selain itu, dia juga sedang berlakon sebagai Puan Sri menerusi filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham.

“Drama bergenre komedi romantik itu turut dilakonkan oleh Nora Danish, Zed Zaidi dan Zaibo. Saya melakonkan watak ibu kepada Nora Danish,” katanya sebelum mengakhiri

Pembetulan!! Inilah isteri Zaefrul, bukannya Azizah Mahzan ok!

Nama Zaefrul Nordin atau lebih sinonim dengan panggilan Zaefrul yang juga merupakan pelakon Spa Q 2 mula hangat apabila gambarnya yang sedang bersosial dengan Azizah Mahzan tersebar luas di internet. Malah lebih dahsyat lagi apabila kebanyakkan gambar tersebut memaparkan aksi-aksi panas mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin.

Dari tersebarnya gambar-gambar itu, banyak persoalan yang timbul antaranya adakah Azizah Mahzan sudah menjadi isteri kepada Zaefrul kerana Zaefrul juga pada masa itu memegang status sebagai seorang suami. Persoalan itu sehingga kini tiada jawapan kerana masing-masing enggan mengulas lanjut. Tapi apa yang pasti, ini adalah gambar Zaefrul dengan isterinya yang sah. Layan..

Zaefrul Nordin & Isteri

Zaefrul Nordin & Isteri

Zaefrul Nordin & Isteri

Zaefrul Nordin & Isteri

Zaefrul Nordin & Isteri

Zaefrul Nordin & Isteri

Sebagai flashback buat pembaca Zon Artis, berikut adalah antara gambar panas Zaefrul dengan Azizah Mahzan yang tersebar tidak lama dahulu. Memandangkan Zon Artis belum lagi wujud ketika itu, maka hanya flashback ini sajalah peluang kami untuk menyajikannya kepada anda. Huhu..

Zaefrul Nordin & Azizah Mahzan

Zaefrul Nordin & Azizah Mahzan

Mesti sedap minum coca-cola guna gelas yang mempunyai lambang Tiger kan?


SUMBER dari Zonartis.com

(TERLALU PANAS) Lagi Gambar Terlampau Azizah Mahzan


gambar seksi azizah mahzan

Belum habis panas gambar-gambar terlampau seksi si artis tua Azizah Mahzan sebelum ini, kini Azizah Mahzan kembali dengan gambar berpakaian seksinya edisi kedua.

Jika anda mempunyai sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis, tidak digalakkan untuk melihat koleksi gambar dan foto seksi si artis tua Azizah Mahzan ini.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat lagi 7 lagi gambar Azizah Mahzan yang tidak sedap dipandang di mata.

gambar seksi azizah mahzan

gambar seksi azizah mahzan

gambar seksi azizah mahzan

gambar seksi azizah mahzan


gambar seksi azizah mahzan

gambar seksi azizah mahzan

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes