Showing posts with label Saiful Apek. Show all posts
Showing posts with label Saiful Apek. Show all posts

Saiful Apek Masih Riang Gembira Berbaju Lokap

saiful apek baju lokap

Memang kelas gitu abang Saiful Apek kita. Masih mampu membuat tanda bagus dengan ibu jarinya. Siap tersenyum riang sambil memakai baju lokap. Kalau dah memang cool tue tetap akan cool. Kami respek anda disebabkan ke”kool”an anda. Lu memang macho bro ~~

Nasib Saiful Apek dan 5 orang lagi rakannya akan ditentukan hari ini. Berkemungkinan besar Apek bakal dibenarkan ikat jamin sambil menunggu kes ini dibawa ke mahkamah. Kita tunggu dan lihat.

Apa-apa pun bro Saiful Apek memang cool dan kelihatan 100 kali ganda macho dengan berbaju lokap.

UPDATE: Apek kini dibebaskan dengan ikat jamin polis. Apek telah melarikan diri mengikut pintu belakang untuk mengelakkan diri daripada wartawan. Apek kemudiannya masuk ke dalam sebuah Honda Civic hitam dan dibawa keluar daripada balai polis tersebut.


sumber dari beautifulnara.com

Saiful Apek Dibebaskan Dari Reman Hari Ini, Apa Kenyataan Bakal Dikeluarkan?

apek keluar reman

Kalau ada yang masih tak tahu atau pura-pura tak tahu, Saiful Apek telah pun ditahan reman selama beberapa hari kerana didakwa memiliki ganja 40 gram. Hari ini Apek bakal dibebaskan daripada tahanan remannya.

Kami tertunggu-tunggu dengan statement yang bakal dikeluarkan oleh Apek. Adakah dia akan cover line? Adakah dia akan mengakui kesilapannya? Atau adakah dia akan menceritakan perkara sebenar yang terjadi? Yang confirm, hari nie semua wartawan hiburan bakal menyerbu Apek untuk mendapatkan komen dia pasal hal nie.

Sebenarnya kami dari dulu tertanya-tanya apakah itu tahanan reman. Kami tahu ianya adalah penahanan untuk bantu soal siasat. Tapi kena masuk lokap ke tak? Atau tahanan reman nie macam dalam movie omputih tue? Ala yang orang kena siasat duduk atas kerusi pastue kena soal siasat separuh hari. Itu ke tahanan reman?

Apa-apa pun, kita tunggu kenyataan daripada Saiful Apek hari nie. Kami akan updatekan kalau ada berita baru nanti.

sumber dari beautidulnara.com

Saiful Apek Ditahan Polis, Khabarnya Terlibat Dengan Dadah

SAIFUL APEK DITAHAN KERANA MEMILIKI GANJA

Dulu pernah heboh satu Malaysia apabila gambar yang menunjukkan Saiful Apek sedang khayal mengambil dadah tersebar kat internet ni. Namun Saiful Apek bernasib baik kerana rakyat Malaysia lebih memandang bakat yang dimilikinya berbanding cerita-cerita peribadinya. Jadi tak hairan la cerita mengenai gambar-gambar tu senyap begitu sahaja.

Hari ini, keluar lagi satu cerita baru mengenai Saiful Apek dan ianya masih juga berkaitan dengan dadah dimana dia dilaporkan telah ditahan polis ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah. Ikuti laporan berita yang dibawakan oleh mStar Online kat bawah ni:

PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah kediaman Saiful di Sunway kira-kira pukul 10 malam semalam.

Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini,” katanya kepada mStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes