Showing posts with label Azean Irdawaty. Show all posts
Showing posts with label Azean Irdawaty. Show all posts

Azean Serah Memorandum Kepada Suhakam

AZEAN IRDAWATY

KUALA LUMPUR: Aktres Azean Irdawaty memberitahu bahawa polis mendakwa bahawa anaknya, Benjy yang kini ditahan selama 60 hari tanpa bicara mengancam keselamatan negara.

Azean memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa dia mempunyai kesulitan dan dilarang untuk bertemu anaknya sepanjang di bawah jagaan pihak polis.

Hari terakhir dia bertemu Benjy pada 18 Mac, di lokap Balai Polis Bukit Jalil iaitu seminggu selepas penangkapannya, namun begitu, dia hanya diberi tempoh 15 minit sahaja.

"Saya telah diberitahu supaya tidak perlu melantik peguam kerana tiada perlu dan tiada gunanya. Selain itu, saya kecewa kerana tidak dapat menghantar semangkuk sup dan ubat kepadanya," katanya ketika menyerahkan memorandum kepada Suhakam bagi membenarkan peguam-peguam dan ahli-ahli keluarga untuk Bertemu Benjy.

"Saya memberitahu polis yang anak lelaki saya menderita akibat asma dan ingin memberi beberapa ubat yang saya membawakan. Bagaimanapun mereka tidak membenarkannya, saya hanya ingin menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu kepada seorang anak," katanya sambil menangis.

Kandungan memorandum itu juga mendesak agar Suhakam mengadakan dialog dengan kerajaan dan polis mengenai isu penafian akses terhadap peguam-peguam kepada orang-orang tahanan di bawah Emergency Ordinance atau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peguam kepada Benjy, Amer Hamzah Arshad berkata, anak guamnya telah dinafikan hak asasi manusia bagi mendapatkan perkhidmatan peguam dan polis telah mengunakan kuasanya untuk menahan semula Benjy selepas dia dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada 25 Mac lalu.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam berkata, menjadi hak untuk mana-mana tahanan mendapatkan khidmat seorang peguam.

"Itu adalah hak asasi manusia yang polis tidak boleh menafikan perkhidmatan peguam walau apa juga situasi," katanya.

Selepas mendengar aduan-aduan yang disuarakan oleh ahli-ahli keluarga, Suhakam merasakan bahawa polis perlu mempunyai cara komunikasi atau perhubungan awam yang lebih baik apabila berhadapan dengan masyarakat.

Benjy atau nama sebenar, Khaeryl Benjamin Ibrahim telah ditahan polis pada 11 Mac di kondominium, Kepong dan disiasat terlibat dalam sindiket memproses dan mengedar dadah.

Tahanan Reman Pelakon Edar Dadah Dilanjutkan ??

PELAKON lelaki yang disyaki mengedar dadah jenis syabu dan kokain akan dilanjutkan tahanan remannya setelah direman selama tujuh hari mulai 12 Mac lalu di Balai Polis Bukit Jalil.

Pada 12 Mac lalu, pelakon yang juga anak kepada aktres veteran terkenal itu ditahan bersama teman wanitanya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.

Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis akan memohon lanjutan reman semaksimum yang boleh mengikut undang-undang.

“Kami akan memohon mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman yang diberikan sebelum ini mulai hari ini. Mungkin kita akan melanjutkan sehingga tujuh hari lagi,” katanya kepadanya

Ditanya berhubung perkembangan siasatan setakat ini, Kang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh memberitahu semua maklumat. Setakat ini, pelakon itu memberikan kerjasama dan adakalanya tidak,” ujarnya.

Lelaki berusia awal 30-an itu ditahan bersama teman wanitanya berumur 24 tahun kira-kira pukul 2.30 petang.

Pada Sabtu lalu, Chez Chiang berkata, hasil siasatan ke atas kedua-dua suspek didapati mereka positif syabu.

"Kami percaya dengan nilai rampasan yang begitu banyak, mereka turut mengedar dadah itu. Bagaimanapun pihak kami akan siasat di mana mereka dapat dadah itu dan di mana mereka jual," katanya.

Dalam pada itu, aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah itu.

Azean, 60, mendakwa, anaknya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun itu sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.’

Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.

Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif.

Sah Benjy, Anak Azean Irdawaty Terlibat Sindiket Edar Dadah



benjy anak azean irdawaty

Anda terkejut beruk, kami pun lagilah terkejut beruk. Siapa yang tak terkejut bila artis yang kantoi dengan dadah bernilai RM650,000 tersebut adalah Benjy, anak kepada Azean Irdawaty. Selama nie mana ada apa-apa kontroversi pasal si Benjy nie. Memang artis yang baik ajer dia.

Tapi harap semua bersabar ye sebab Benjy belum lagi disahkan bersalah. Hanya ditahan reman selama 7 hari untuk membantu siasatan. Bersalah atau tidak, kita kena tunggu sama-sama nanti. Harap-harap tak bersalah sebab hukuman bagi mereka yang bersalah adalah gantung mandatori.

Untuk pengetahuan anda semua, penangkapan Benjy nie ada kaitan dengan makmal mini membuat dadah. Kiranya bukan untuk kegunaan sendiri saja lah. Kalau sampai tahap ada makmal, rasanya mungkin untuk edar kepada orang ramai sekali kot.

Selepas ditangkap, Benjy disahkan positif methamphetamine selepas melakukan ujian air kencing. Sukar nak percaya ada artis kita yang terlibat dengan penggunaan dan pengedaran dadah. Buat masa ini, selagi tak disahkan bersalah, marilah sama-sama kita doakan agar Benjy betul-betul tak ada kaitan dengan hal nie.

Kami kesian sangat-sangat dengan Azean Irdawaty yang tak percaya dengan penangkapan anaknya. Kalau kami jadi Azean pun kompem kami tak percaya anak sendiri ada terlibat dengan dadah. Antara kata-kata Azean yang menujukkan ketakpercayaan dengan penglibatan Benjy ialah:-

Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar. Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada. Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam.


Buat Kak Yan, semoga tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. Selagi tak dibuktikan bersalah, selagi itu nama anak anda masih bersih.


sumber dari beautifulnara.com

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes