Aksi Cium Krisdayanti & Raul Dirakam
by Abdul Hamid Lembah Bujang

Ketika menafikan hubungan cintanya dengan ahli perniagaan Raul Lemos, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa segan silu mahu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak.
Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan, Rabu. Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan.
Portal Inilah.Com melaporkan, ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya.
Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan.
Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula.
Sementara itu Inilah.Com turut melaporkan Raul mengaku mahu menikahi KD tetapi perlu menguruskan penceraiannya dengan Silvalay Noor Artalitha.
Raul berkata dia sudah melafazkan talak ke atas isterinya itu secara lisan dan atas alasan itulah dia berani untuk keluar bersama KD.
Mengikut perancangan, Raul mahu mengadakan majlis pernikahan mereka di tanah kelahirannya di Timor Laste dan KD sendiri tidak keberatan untuk tujuan itu.
KD bercerai dengan Anang Hermanstah pada 22 Oktober tahun lalu. Khabarnya Raul Lemos menjadi penyebab penceraian tersebut. Setelah bercerai dengan Anag, KD tidak malu untuk menceritakan kepada pihak media tentang hubungan mereka itu
Pasangan Duet KD, CT lawan Anang Syahrini
by Abdul Hamid Lembah Bujang
KRISDAYANTI kembali memberi pendapat tentang pasangan duet bekas suaminya, Anang Hermasyah dengan Syahrini. Katanya Anang-Syahrini adalah pasangan duet yang dahsyat, tetapi duetnya bersama Siti Nurhaliza, adalah duet super dahsyat.
KD-Siti menjadi super dahsyat kerana Siti Nurhaliza lebih mempunyai suara yang sangat istimewa. Kelebihan Siti iaitu boleh menyanyi keroncong dan melayu.
"Anang dan dia (Syahrini) dahsyat, kalau kami berdua super dashyat. Kalau dibandingkan suaranya jelas beza, kalau super dahsyat ini (sambil menunjuk Siti) boleh menyanyi keroncong dan melayu," kata KD seperti dipetik DetikHot.com
Siti juga memuji KD yang bangkit setelah bercerai dengan Anang. Menurut Siti, semangat KD semakin berkobar-kobar semenjak duet bersamanya.
Siti berharap peminat KD semasa berduet dengan Anang boleh kembali meminati mereka. "KD juga suaranya sangat bagus sekali, semangatnya kembali semula dia juga mampu menawan hati peminatnya kembali," jelas Siti.
Krisdayanti Tidak Mahu Kahwin Penyanyi Lagi
by Abdul Hamid Lembah Bujang
SETELAH berpisah dengan suaminya, Anang Hermansyah, Krisdayanti yang sempat dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Rahul, jutawan dari Timor Leste, ini trauma ketika ditanya tentang pasangan hidupnya.
"Maksudnya apa? Kalau masalah pasangan hidup saya tidak mahu yang penyanyi lagi," katanya dipetik Kapanlagi.com
Diva yang baru saja mengeluarkan album duetnya terbaru berjudul CTKD (Cinta, Tangis, Ketawa, Duka) berniat untuk berduet dengan vokalis dari kumpulan Nidji kerana suaranya yang unik.
"Kalau untuk berduet nyanyi saya teringin sekali untuk berduet dengan Giring kerana suara bagus sangat," tambahnya.
Ketika ditanya adakah akan memakai topeng apabila berduet dengan Giring nanti, KD hanya tertawa dan berkata, "Tidak perlu, kerana saya sudah dikenali, tidak perlu pakai topeng. Giring juga sudah terkenal," jelasnya.
Demi Allah Saya Belum Bernikah - Krisdayanti
by Abdul Hamid Lembah Bujang
ARTIS jelita, Krisdayanti (KD) yang dikhabarkan mempunyai rumah baru di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan. Rumah itu dikatakan sebagai hadiah pernikahan KD daripada kekasihnya Raul Lemos.
Menurut beberapa jiran KD di Pondok Indah, Raul beberapa kali kelihatan mengunjungi rumah tersebut. Namun KD menafikannya dengan bersumpah.
"Demi Allah saya belum menikah, apalagi kalau ada khabar rumah itu adalah hadiah pernikahan dari Raul, itu tidak benar sama sekali," ujarnya seperti dipetik Detikhot.com.
KD juga menafikan bahawa dia telah melangsungkan sesi fotografi pra nikah di Bali sebagai sebahagian dari perancangan perkahwinannya. Penyanyi lagu 'I'm Sorry Goodbye' itu menegaskan belum ada sebarang rancangan untuk bernikah dengan jutawan itu dalam waktu dekat ini.
"Tidak ada lah, tidak ada," jelasnya.
Rumah yang terletak di Jl Alam Elok, Pondok Indah itu dibeli KD dengan wangnya sendiri yang bertujuan untuk kegiatan syarikatnya iaitu KD Production.
"Sebenarnya itu rumah persendirian saya untuk melakukan tugas-tugas di KD Production. Kalau pejabat yang dahulu sudah dipakai oleh Anang dan anak-anak saya. Saya ingin meneruskan tugas-tugas karyawan yang terhenti kerana penceraian kemarin," jelasnya.
Krisdayanti Beli Rumah Mewah Di Kawasan Elit
by Abdul Hamid Lembah Bujang
SELEPAS saja bercerai dari Anang Hermansyah, diva pop Krisdayanti (KD) dikhabarkan membeli sebuah rumah mewah di kawasan Pondok Indah, Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.
Menurut sumber, KD membeli rumah mewah itu sekitar bulan Ogos 2009. Semenjak itu, KD mulai menetap di rumah tersebut tanpa perlu menunggu lama.
"Cepat sungguh segalanya diselenggarakan hingga KD boleh memasukkan barangannya ke rumah baru itu," kata sumber itu.
Sumber tersebut juga berkata, kawasan yang kini turut didiami group vokal DI3VA itu mempunyai nilai yang cukup tinggi.
Rumah baru KD memiliki luas tanah 120 meter persegi. "Memang harga rumah KD lumayan," jelas sumber tersebut.
Rumah baru KD terdiri dari tiga tingkat. Ruang makan dan ruang tamu di tingkat dua dan tingkat tiga ada dua buah kamar.
Asalnya, tanah rumah itu dimiliki seorang pereka terkenal Iwan Tirta.
Raul Lemos, laki-laki yang dikaitkan sedang bercinta dengan KD, khabarnya pernah datang ke rumah itu.
"Raul pernah datang sekali kemari. Tapi, yang paling sering datang ke rumah baru KD adalah ibu kandungnya," jelas sumber itu.
Meskipun sudah mempunyai rumah baru di kawasan elit, penyanyi yang terkenal dengan lagu "Menghitung Hari" itu jarang kelihatan di rumah.
"Dalam seminggu hanya sekali saja dia ada di rumah. Biasanya kereta Mercedes akan ada di garaj kalau dia ada di rumah," ujar sumber itu.
Menurut sumber itu juga, rumah mewah lamanya yang terletak di Jalan Dwijaya, kawasan Radio Dalam, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, akan menjadi milik kedua anaknya, Aurel dan Azriel, hasil pernikahannya dengan Anang selama 13 tahun.
Krisdayanti Gemuk Sejak Dilamun Cinta
by Abdul Hamid Lembah Bujang
SETELAH bercerai dengan bekas suaminya Anang Hermansyah, diva pop Krisdayanti kini tampak lebih gemuk. Badannya ketika beraksi di pentas kini kelihatan lebih gempal dan seksi.
Perubahan tubuh yang dialami oleh KD ini ketara setelah dirinya berpisah dengan bekas suaminya Anang. Apalagi, ketika ini dia dikatakan sudah bernikah dengan jutawan asal Timor Leste, Rahul Lemos.
"Sekarang saya sendiri. Bersukan juga tidak pernah, apalagi saya tidak amalkan ubat diet. Umur juga sudah tua. Tidak seperti umur 20 tahun. Saya juga lebih cenderung mengalami kekurangan air dalam badan dan pening kepala.
"Sekarang saya sedang menanti seorang pelatih peribadi untuk mengajar cara-cara bersenam yang betul," kata KD
Selain tubuhnya yang kelihatan gemuk, adik kandung Yuni Shara ini memang juga semakin ceria. Tak ada raut wajah yang sedih seperti yang pernah ditunjukkannya ketika sebelum dan sesudah bercerai dengan Anang. Apakah KD ketika ini sudah memiliki seseorang yang memperhatikannya seperti Anang dulu?
"Ya memang saya kelihatannya senang. Saya lagi sedang menikmati hidup yang gembira. Sya malas untuk berfikir tentang maslah kerja. Yang penting cukup ada orang yang ambil berat tentang saya,'" ujarnya.
Krisdayanti-Raul Lemos Mesra Di Bali
by Abdul Hamid Lembah Bujang
SEKALI lagi penyanyi jelita Krisdayanti (KD) dan kekasihnya ahli perniagaan bergelar jutawan, Raul Lemos dilihat bermesra di Kuta, Bali.
Pelantun lagu Menghitung Hari itu dikatakan memasuki sebuah restoren yang terletak di Jl. Pantai Kuta, Kuta, Bali. Pasangan kekasih itu memasuki kedai makan tersebut bersama tiga orang lagi rakan mereka.
Namun ketika berada di restoren, KD dan Raul telah memilih untuk duduk berdua. Pasangan tersebut dikatakan tidak segan silu untuk berduaan, meskipun sehingga kini Raul masih menjadi suami kepada seorang wanita bernama Silvalay Noor Athalia.
Menurut sumber yang juga berada di tempat tersebut, KD dan Raul memakai baju yang sepadan. "KD pakai kemeja putih dan jeans, Raul pakai kaos putih dan jeans," ujar sumber yang dipetik dari detikhot.com.
Boleh jadi, KD dan Raul tidak lagi malu untuk berduaan kerana ketika itu tidak ramai pengunjung tempatan, sebahagian besar pengunjung restoren tersebut adalah pelancong asing.
Agnes Boleh Jadi Lebih Dari Krisdayanti (KD), Kata Anang
by Abdul Hamid Lembah Bujang
JIKA diberi pilihan antara Agnes Monica dan Krisdayanti (KD), penyanyi dan komposer terkenal Indonesia Anang Hermansyah akan memilih Agnes Monica.
Ini tidak ada kena mengena dengan soal jodoh. Anang melihat dari sudut bakat dna pakej yang ada pada Agnes.
Kata Anang, Agnes cantik, muda dan berprestasi. Hal itu diungkapkan Anang sebagai mengalu-alukan Agnes sebagai juri di Indonesian Idol 2010.
"Di mata saya, Agnes boleh menjadi lebih dari KD (Krisdayanti) di masa depan," kata Anang seperti dilaporkan tempointeraktif.com
Tahun lalu, panel juri untuk acara tersebut terdiri dari Anang, Indra Lesmana, dan Titi DJ. Tahun ini, barisan juri sedikit berubah kecuali Anang. Agnes menggantikan Titi DJ dan Erwin Gutawa pula menggantikan Indra Lesmana.
Dari segi kualiti, Anang mengaku mantan isterinya juga berpeluang menjadi juri.
"Kalau KD ada waktu, sebenarnya dia juga boleh jadi juri," kata Anang.
Namun, ada yang kata disebabkan Anang sudah terlebih dulu menyambut tawaran jadi juri, maka KD mengalah.