Showing posts with label Wardina. Show all posts
Showing posts with label Wardina. Show all posts

Wardina Ajak Guna Produk Halal

PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengambil pendekatan untuk berubah dan menyokong produk keluaran Muslim dan halal.

Bukan bermakna kenyataan tersebut sengaja dikeluarkan setelah dia dilantik sebagai duta produk ubat gigi Mu’min.

Namun sebenarnya, dia telah lama memikirkan tentang perkara tersebut lantas sanggup menolak untuk bekerjasama dengan dua buah syarikat bertaraf antarabangsa.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk berubah menggunakan produk Muslim yang halal dan berkualiti. Jadi, tak perlu rasa hebat kerana memakai barangan buatan lain sebaliknya kita perlu rasa hebat kerana menyumbang kepada ekonomi Islam.

“Saya tidak nafikan, sebelum ini saya ada mendapat tawaran daripada sebuah syarikat yang berkait dengan Israel di Amerika Syarikat tetapi akhirnya saya tolak sebab saya rasa sangat bersalah,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Jadi, saya memilih untuk menyokong syarikat yang membangun dari kecil kerana bukan mudah untuk lawan pasaran yang besar dengan modal berjuta-juta ringgit.

“Lagipun bukan mudah untuk memasuki pasaran terbuka yang didominasi oleh kaum Cina. Saya sangat tersentuh dengan cara mereka bangunkan syarikat tersebut. Atas dasar itu, saya ingin sama-sama membantu mereka.”

Dalam masa yang sama, dia berharap agar semua pihak memberikan sokongan kepada ubat gigi Mu’min.

Wardina secara rasminya dilantik sebagai duta produk tersebut pada 30 Oktober lalu. Selain bergelar duta, Wardina turut muncul dalam sebuah iklan komersil di televisyen.

Selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon – Wardina

gambar lucah gadis uitm

Wardina yang merupakan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan agak pedas tetapi bagi kami ianya sungguh berasas dimana Wardina mengatakan yang selebriti Malaysia tidak layak bergelar ikon.

Wardina mengatakan sedemikian kerana melihat pada situasi sekarang dimana kebanyakan selebriti Malaysia hanya gah pada cerita-cerita sensasi, memalukan dan mengaibkan berbanding cerita positif yang boleh menjadi contoh dan ikutan masyarakat. Agree!

“Kadangkala saya nak menangis apabila mendengar komen mereka. Mungkin juga media patut disalahkan kerana merosakkan pemikiran anak-anak Melayu dengan memberikan gambaran mengenai dunia artis yang mewah dan menyeronokkan,”

Walaupun Wardina dengan berani dan tegasnya ‘menghentam’ selebriti Malaysia, namun Wardina tidak menafikan ada juga di kalangan selebriti kat Malaysia ni yang bijak.

“Saya percaya artis pun ada yang bijak serta mempunyai skil body language yang baik.

“Sebilangan tu pandai tapi kalau tiada ilmu pun tak berguna juga… sebab itu jawab soalan seperti orang bodoh.

“Jadi, saya nasihat kepada mereka agar menjadi penyanyi yang berilmu dan berguna kepada masyarakat.

“Bukan setakat tampil cantik dan menunjukkan kemewahan mereka seperti selebriti Hollywood,”

“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini.

“Saya tahu yang manusia ini tidak sempurna tetapi sekurang-kurangnya saya tahu baiki diri-sendiri,”

Lantaran daripada itu, Wardina meluahkan rasa kecewanya apabila cerita sensasi lebih dipentingkan sehingga menyebabkan dia tidak berpeluang untuk memberikan sesuatu yang berguna dan baik kepada masyarakat.

“Saya kasihan kepada industri apabila cerita sensasi lebih diangkat. Biarlah orang kata kenyataan saya ini pedas dan mencetuskan kontroversi.

“Saya nak semua orang berfikir untuk perbaiki diri dan banyak membaca. Cantik itu akan hilang tetapi ilmu akan kekal. Popular itu ‘ok’ tapi akan hilang juga.

“Saya tak nak orang hormat saya sebab popular dan seksi tetapi siapa diri saya. Saya sentiasa mahu belajar kerana inginkan hidup yang lebih bermakna.

“Matlamat saya menjadi pengacara hanya untuk memberikan inspirasi kepada orang lain, bukannya memberikan hiburan yang melalaikan,”

Sememangnya apa yang Wardina katakan ini sangat berasas dan kitorang setuju 100%. Kalau tak, masa’kan banyak cerita artis yang boleh dikatakan agak langsung tak boleh blah wujud kat Zon Artis ni. Tu tak masuk lagi dengan gambar artis yang sedang seronok bersosial kat kelab malam dan gambar-gambar panas yang lain’nya.

Jadi, kepada semua artis di luar sana yang ‘terasa’ dengan kata-kata Wardina ni, ubah-ubahlah perangai tu yer. Berikan contoh dan tauladan yang baik terhadap masyarakat barulah artis kat Malaysia ni tidak dilabel sebagai ’sampah’ semata-mata sekaligus melayakkan anda untuk diangkat sebagai ikon. Tapi, layak ke? Huhu..


sumber dari zonartis.com

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes