Showing posts with label Mentor. Show all posts
Showing posts with label Mentor. Show all posts

Belum Jumpa Yang Seperti Black - Mas Idayu

Mas Idayu masih mencari protoge yang paling sesuai untuk Mentor musim ini Foto RAYMOND OOI


KEJAYAAN penyanyi Mas Idayu dalam mendidik dan mengilap bakat protogenya, Black, pada Mentor musim lalu amat membanggakan apabila Black bukan sahaja menjuarai program tersebut malah memenangi vokal terbaik pada Anugerah Juala Lagu yang berlangsung baru-baru ini.

Justeru itu, dia juga sekali lagi terpilih sebagai barisan baru program realiti tv Mentor untuk musim ke-4 bersama-sama Ziana Zain, Mus May, Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow dan Azmeer.

Namun ia bukan semudah yang disangka, kejayaan Black telah menjadi penanda aras kepada mentornya ini untuk mencari protoge yang benar-benar sesuai dan mempunyai kelebihan tersendiri.

"Sehingga kini walaupun sudah beratus-ratus yang datang tapi belum ada yang mampu meyakinkan saya. walaupun sudah ada yang disenarai pendek tapi saya masih lagi tidak berpuas hati.

"Ramai yang datang tidak mengikut citarasa saya. Ada yang suara boleh tahan tapi pakaian dan penampilan pula yang jadi penghalang. Kalau boleh kita mahu cari yang boleh jual," katanya.

Menurut penyanyi dangdut popular ini, dia tidak memilih protoge dari segi rupa paras, nyanyian atau jantina tetapi kredibiliti .

"Saya tidak hanya mahu yang pandai menyanyi sebab sudah terlalu ramai yang pandai menyanyi. Saya mahu yang ada aura dan x factor seperti Black mula-mula datang ujibakat dulu.

"Ketika Black dulu saya dapat rasakan aura dan bakatnya boleh digilap," ujarnya penyanyi ini.

Ketika ditanya tentang sifatnya yang garang membuatkan calon-calon gugup apabila berhadapan dengannya, Mas Idayu berkata dia akan memberi masa kepada calon agar menenangkan diri terlebih dahulu sebelum menyanyi.

"Saya tahu ramai yang takut tapi saya bagi masa untuk bertenang dan biasakan diri dengan saya sebelum menyanyi.

"Ramai juga yang kata mahu belajar dengan saya sebab saya garang dan pandai mendidik," ujarnya.

Seksi Gila Kentang Kat Mentor Nie ~~~



kat mentor

Muka cantik, potongan badan meletop dan ada gaya. Simpan buat apa kan? Tunjukkanlah kepada semua orang pakej yang kita ada. Kalau simpan orang tak tahu. Agaknya itulah kot yang Kat Mentor nie pikir masa amik photoshoot. Seksi beb gaya dia. Hampir tergoda kami.

Korang tengok jer lah gambar si Kat Mentor nie dan komen apa yang patut. Malas dah kami nak melayan artis kurang popular yang berseksi-seksa macam nie. Buat abis beras jer. Gambar ehsan Murai.

kat mentor

kat mentor

kat mentor

kat mentor

kat mentor

kat mentor

kat mentor

kat mentor

kat mentor


kat mentor

sumber dari beautifulnara.com

Ziana ‘Asah’ Suara Sebelum Ajar Protégé.... nak taw ape maksud asah? jom bace..

SETELAH mengumumkan dia bakal bergelar mentor dalam program realiti Mentor musim keempat pada tahun ini, penyanyi dan pelakon Ziana Zain akui dirinya sudah bersedia untuk berkongsi ilmu dengan protegenya.

Penyanyi yang baru muncul dalam persada seni ini pada awal bulan ini selepas melahirkan sepasang kembar pada enam bulan lalu berkata mungkin protegenya nanti lebih bagus daripadanya.

“Memanglah saya mempunyai cara nyanyian tersendiri dan bersedia untuk berkongsi ilmu dalam bidang muzik ini tetapi tidak bermakna saya sudah cukup bagus.

“Mungkin saya boleh berkongsi dari segi pengalaman dengan protégé,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online baru-baru ini.

Biarpun begitu, Ziana tetap merasakan dirinya tidak boleh mendabik dada dengan ilmu yang ada sementelah telah memegang gelaran penyanyi senior.

Ibu kepada empat orang anak iaitu pasangan kembar berusia enam bulan Siti Nour Kaseh dan Muhammad Ariel, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7 ini dalam nada merendah diri berkata dia tidak kisah untuk belajar sesuatu daripada protegenya.

“Saya nak belajar juga dari protégé kerana ilmu orang baru melambangkan ilmu daripada orang lama.

“Mungkin saya boleh belajar daripada mereka beberapa teknik menyanyi. Kiranya perkongsian ini lebih kepada win win situation. Jangan rasa kita adalah mentor, kita sudah senior,” tambahnya.

Sama ada protégé lelaki atau wanita, Ziana berkata dia tidak kisah asalkan mereka mempunyai karektor dan identiti sendiri.

“Untuk menjadi seorang penghibur, kita perlu mempunyai sifat humor dan pandai menghiburkan orang lain.

“Protégé tidak boleh memikirkan untuk menjadi seperti mentor sebaliknya memikirkan bagaimana untuk berjaya seperti mentor. Dia perlu memikirkan cara mendapatkan nada suaranya sendiri,” beritahunya lagi.

Pelakon filem Sembilu, Maria Mariana dan Qabil Khushry Qabil Igam ini berkata, dia tidak semestinya perlu mengajar satu persatu tentang vokal tetapi lebih kepada memberikan panduan untuk menyanyi.

“Saya akan cuba memberikan panduan selangkah demi selangkah untuk menjadi penyanyi yang lebih bagus dan bertahan lama,” ulasnya dalam nada bersemangat.

Selepas bercuti lebih setahun daripada melakukan apa-apa aktiviti seni, Ziana berharap tahun ini menjadi tahun permulaan yang baik untuk kerjayanya.

“Ekonomi saya baru nak mula. Saya sedang kumpul stamina dan ‘mengasah’ suara untuk menyanyi semula,” tuturnya penuh ceria.

Program Mentor 4 dijangka bermula pada Februari atau Mac depan.

Sekitar Pengambaran Video Klip Chiki Kat Mentor

Masih ingat lagi dengan Kat Mentor? Alah, gadis berasal dari Pulau Pinang, berimej rock dan pernah berguru dengan Awie Wings? Budiey pernah dengar Kat dikatakan bakal mengisi kekosongan untuk pengganti Ratu Rock Ella.

Tapi tengok pada imej Kat sekarang ini, nampaknya Kat memilih genre house dance dengan kelahiran single terbarunya yang berjudul Chiki, hasil nukilan komposer terkenal Edrie Hashim. Irama lagu Chiki ini mengingatkan Budiey dengan lagu-lagu Agnes Monica. Muzik yang segar, unik dan terkini. Sesuatu untuk club dan Kat kenalah menari untuk showmanship lagu ini.

Namun, Budiey rasa muzik sebegini memang agak janggal di pendengaran masyarakat umum.

Pembikinan klip video ini sudahpun dilakukan di 2 buah tempat iaitu Green Cow Studio dan Segi College. Video klip ini diarahkan oleh Casper. Diterbitkan oleh syarikat Edrie Hashim, New Gendang Records. Sangat seksilah video ni. Kat Mentor berharap dengan adanya video klip ini memberi kepuasan kepada semua peminat-peminatnya. Semoga karier Kat terus berkembang.

Ini dia gambar-gambar behind the scenes video klip ini:

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes