Showing posts with label Din Beramboi. Show all posts
Showing posts with label Din Beramboi. Show all posts

Aznil Belum Bersedia Ke Konti

Aznil masih mengumpul kekuatan untuk meneruskan

KESEDIHAN kehilangan Allahyarham Din Beramboi yang menjadi teman pada setiap pagi dalam segmen Riuh Pagi Era di stesen radio Era amat dirasai rakan baiknya, Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil.

Pengacara dan penyampai radio yang masih lagi bercuti itu mengakui sukar untak melangkah ke konti dan melakukan tugas yang kebiasaannya dilakukan bersama arwah.

Malah pihak Era memberi kelongaran kepadanya untuk mengambil cuti lebih panjang bagi memberi masa kepadanya sebelum kembali ke udara.

"Pemergian arwah masih saya rasai dan sehingga kini saya tidak tahu bagaimana ingin melangkah ke konti. Saya tahu hidup perlu diteruskan dan kini saya sedang mencari kekuatan untuk menempuhinya.

"Terlalu banyak kenangan manis bersama arwah yang saya sukar untuk dilupakan. Setiap kali nampak orang perut buncit, saya terbayangkan dia, bau minyak wangi yang dipakainya pun buat saya termenung teringatkan dia.

"Ciri-ciri yang ada pada arwah, sentiasa membuat saya rasakan dia masih ada. Buat masa ini saya belum tergamak lagi. " jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Selain itu, Pak Nil memberitahu bahawa dia diberi beberapa pilihan bagi meneruskan segmen pagi itu. Namun sehingga kini perkara tersebut masih belum diputuskan.

"Era bagi beberapa pilihan kepada saya iaitu sama ada mereka akan mencari pengganti untuk bersama-sama saya dan mulakan semuanya semula atau saya akan bergerak secara solo atau pun saya sendiri buat pilihan untuk tidak akan meneruskannya lagi.

"Dalam masa terdekat ini mungkin saya lebih selesa untuk bergerak secara solo, namun secara jujurnya saya ingin tumpukan kepada bidang pengacaraan di televisyen.

"Minggu hadapan mungkin perkara ini akan dibincangkan secara terperinci " ujarnya yang mengakui terlalu banyak termenung sejak pemergian arwah.

Ketika dihubungi publisis AMP radio network, Hani Azlan memberitahu belum ada keputusan tentang segmen pagi tersebut.

"Setakat ini belum ada apa-apa keputusan tentang keadaan akan datang, sama ada Aznil meneruskannya atau tidak.

"Kami akan berbincang perkara ini selepas Aznil kembali bertugas dan buat masa ini segmen pagi digantikan oleh Dina dan Along," jelasnya

Rafiqin Darwisy Yang Sungguh Kurang Ajar Mengutuk Arwah Din Beramboi

rafiqin darwisy yang bangsat

Budak-budak zaman sekarang nie memang kurang ajar betul. Bukan semua tapi mamat yang bernama Rafiqin Darwisy nie memang kurang ajar gile b**i punya. Kami emosi sangat-sangat nie. Panas betul dengan Rafiqin Darwisy yang mengutuk arwah Din Beramboi.

Kesian sebenarnya kat mak bapak Rafiqin Darwisy nie. Bukan salah ibu mengandung tapi mungkin salah tak cukup ilmu pengetahuan yang diajar kot. Tapi kami rasa si Rafiqin Darwisy nie memang ada suis otak dia tercabut satu kot. It’s a common sense untuk respek dan bukannya kutuk orang yang dah meninggal dunia. Orang tak belajar agama pun tau beb.

Kepada si Rafiqin Darwisy, rasanya tak lama lagi kalau tetiba ada polis datang tangkap nak bawak masuk penjara, jangan buat-buat tak tahu plak sebab apa. Lu fikirlah sendiri ~~

Korang baca ajerlah apa yang si mamat Rafiqin Darwisy nie tulis dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Memang sah dia nie kurang ajar!!!

rafiqin darwisy yang bangsat

rafiqin darwisy yang bangsat

rafiqin darwisy yang bangsat

sumber dari beautifulnara.com

Din Beramboi Koma Terkena Virus Kencing Tikus

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal dan koma.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.


“Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

“Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Sementara itu beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.

Dalam pada itu, beberapa rakan rapat Din Beramboi yang enggan nama mereka disebut memberitahu, Din telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.

Masih tidak diketahui bagaimana Din boleh terkena jangkitan virus tersebut tetapi ada yang mengesyaki dia terkena jangkitan itu ketika membuat pengambaran beberapa hari lalu.

Dalam perkembangan lain, menurut Afdlin Shauki bahawa Din Beramboi terkena effect air kencing tikus sewaktu penggambaran filem di Zoo Negara.

Organ dalamannya telah berhenti dan gagal berfungsi dan doktor memberikan tempoh 24 hingga 48 jam untuk abang Din. Sama-sama, kita doakan agar semuanya selamat dan cepat sembuh. Amin.

Terbaru, Din Beramboi sedang memerlukan darah jenis “O” untuk dengan kadar segera. Jadi kepada pembaca Sensasi Selebriti yang berdarah O, sila ke hospital selayang untuk dermakan darah anda… Urgent, tolong sebarkan!

Din Beramboi Koma !!!!

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Bagaimanapun, pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki ketika dihubungi mStar Online memberitahu bahawa doktor masih lagi menunggu sehingga 24 jam bagi melihat perkembangan Din sama ada stabil atau tidak.

"Doktor mengesahkan Din telah terkena virus kencing tikus, namun masih lagi mencari punca air kencing tersebut dari mana, sama ada dari pemakanan, jangkitan ataupun secara langsung.

"Saya difahamkan ketika itu, Din sedang melakukan penggambaran untuk programnya bersama binatang di Zoo baru-baru ini.

"Saya juga difahamkan berlaku pendarahan dalaman dan buat masa ini dia masih lagi dalam keadaan koma dan kritikal," jelasnya.

Sementara itu, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya.

Begitu juga beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital hari ini.

Kisah mulut Laser Din beramboi di Program Raja Lawak !!!! mmg pedas n spicy ayat2 Din.

Heboh juga gossip mengenai "Kelaseran" abang Din kita ini dalam program Raja Lawak.Mungkin sesetengah daripada anda sudah mengetahui gossip di RJL4.Sekadar ingin berkongsi dengan anda apa yang berlaku di arena industri kita hari ini..!!



Baca Selanjutnya

"Memang saya mengaku terlepas cakap, walaupun saya masih dalam keadaan sedar,"
ujarnya dengan nada kesal.

Menurut penyampai radio ERA FM ini, dia menganggap perkataan 'hanjing' yang dikeluarkan itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana dia sudah pun mengaku salah dan meminta maaf akibat kelancangan mulut 'lasernya' itu. Selain itu, pelawak ini sudah dapat mengagak risiko yang bakal diterimanya selepas mengeluarkan perkataan yang hanya layak digambarkan kepada spesis binatang sahaja.
"Selepas menyebut perkataan itu, saya dapat rasakan padah yang akan diterima nanti,"
katanya dalam nada ketawa.

Zip: Nasib baik la Bro Din kita ni sedar juga kesilapannya, Apa kata anda?

'Hanjing' Perkataan Biasa Bagi Saya - Din Beramboi memang mencarut.. ish2.. pelawak la katekan.

Din yang diapit oleh Bob Lokman dan Afdlin Shauki

PERKATAAN 'hanjing' yang terkeluar daripada mulut juri tetap Raja Lawak Musim keempat (RL4), Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad yang menjadi buah mulut orang ramai minggu lalu semakin reda.

Din mengakui kesilapannya kerana terlepas cakap semasa memberi kritikan kepada Kumpulan Antu RL4 bagaimanapun dia menggangap perkataan yang disebutnya itu sebagai perkara biasa.

"Memang saya mengaku terlepas cakap, walaupun saya masih dalam keadaan sedar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Disebabkan keterlanjuran kata itu, Din Beramboi ditegur oleh beberapa akhbar. Juri Raja Lawak Afdlin Shauki pula seperti mengusik dalam sindiran semasa program RL4 minggu lepas dengan selamba berkata, "Saya rasa hairan kenapa Din menjadi sopan malam ini".

Namun Din tidak anggap usikan Afdlin sebagai sindiran.

"Saya rasa Afdlin tidak merujuk perkara itu kepada saya, lagipun saya tidak rasa disindir," kata penyampai radio berusia 43 tahun ini.

Menurut penyampai radio ERA FM ini, dia menganggap perkataan 'hanjing' yang dikeluarkan itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana dia sudah pun mengaku salah dan meminta maaf akibat kelancangan mulut 'lasernya' itu.

"Itu perkataan biasa digunakan sekarang, lagipun saya sudah mengaku salah," katanya.

Selain itu, pelawak ini sudah dapat mengagak risiko yang bakal diterimanya selepas mengeluarkan perkataan yang hanya layak digambarkan kepada spesis binatang sahaja.

"Selepas menyebut perkataan itu, saya dapat rasakan padah yang akan diterima nanti," katanya dalam nada ketawa.

Bagaimanapun, Din mengakui dia sebenarnya tidak bermaksud menyamakan kumpulan tersebut dengan spesis binatang itu.

"Tidak terniat sama sekali untuk menyamakan kumpulan itu dengan spesis binatang tersebut. Mungkin sebab mulut saya yang jenis laser ini membuatkan benda-benda seperti itu terlepas juga.

"Ramai artis lain guna perkataan itu tapi mungkin nasib saya tidak baik dan terus mendapat kritikan dan kecaman daripada umum," kata Din yang redha dengan kritikan yang diterimanya.

Sementara itu, Din turut mempertikaikan penggunaan perkataan yang menimbulkan kecaman banyak pihak itu kerana "kita bukan tinggal di negara komunis."

"Kita sebuah negara demokrasi bukan negara komunis jadi saya rasa tidak salah jika hendak menggunakan perkataan itu," jelas Din yang ketara mempunyai sifat terbuka.

Ditanya mengenai tindakan atau respon daripada pihak penerbit mengenai insiden tersebut, Din memberitahu, penerbit Astro Nizam Sani, agak terbuka berbincang dan menerima kemaafannya serta mengakui rancangan 'live' tidak boleh ditapis.

"Kami sebagai juri dikehendaki memberikan komen yang baik kepada persembahan yang baik tetapi jika persembahan itu tidak bagus, maka kritikan pun tidak baguslah," kata Din yang suka berterus terang ketika memberikan kritikan kepada pelajar di bawah didikannya.

Dalam perkembangan lain, Din Beramboi memberitahu dia bakal keluar dengan rancangan terbarunya Wuhai...Beramboi yang mempunyai 13 episod dan akan mula bersiaran di saluran Warna ASTRO pada penghujung bulan ini.

Gandingan Ideal Juri ‘Hidupkan’ Raja Lawak 4

GANDINGAN ideal tiga juri Raja Lawak musim keempat iaitu Afdlin Shauki, Din Beramboi dan Bob Lokman membuatkan ramai yang teruja untuk menonton program realiti yang disiarkan pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Prima itu.

Keterujaan itu jelas ditunjukkan apabila Pengurus Salurannya, Nizam Sani berkata dia ada menerima dalam 30 hingga 40 emel daripada penonton yang memuji juri program itu pada musim ini best dan kelakar.

“Mereka memberikan komen sambil berlawak secara spontan dan Astro memberikan kebebasan sepenuhnya kepada mereka,” kata Nizam dalam sidang media program itu di Astro Bukit Jalil baru-baru ini.

Jika dilihat persembahan peserta setakat ini, ramai yang menganggap peserta-peserta Raja Lawak 4 kurang memberikan impak berbanding musim terdahulu.

Malah ada yang berpendapat tiga juri Raja Lawak musim ini termasuk dua pengacaranya iaitu Zizan dan Johan yang lebih menghiburkan.

Salah seorang jurinya, Afdlin Shauki juga seolah-olah bersetuju dengan kenyataan itu melainkan mengaku hanya dua peserta iaitu Idlan dan Alex yang betul-betul bagus.

“Yang lain tidak konsisten melainkan Idlan, Mamu dan Alex tetapi Faiz dan Caca agak bernasib baik pada minggu ini,” katanya yang turut terkilan apabila Wili disingkirkan pada minggu keempat itu.

Jelasnya, dia, Bob dan Din sebolehnya mahukan Wili diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan mereka dalam program itu.

“Mereka tidak seburuk peserta lain tetapi masih tidak setanding yang teratas. Sekurang-kurangnya mereka lebih bagus daripada minggu lepas.

“Orang berusia mungkin lebih gemarkan lawak mereka. Kumpulan AN2 cuba untuk membuat lawak terkini namun lawak mereka tiada isi,” ujar pelakon filem Papadom, Sumolah, Cuci dan Soal Hati ini.

Secara keseluruhannya pada minggu keempat itu, Afdlin berkata dia teruja dengan lawak Mamu yang membuat persembahan yang pertama.

Pelakon teater Muzikal Cuci ini juga berasa terkejut dengan persembahan bersiri Idlan yang digelarkan Kassim The Series.

Bukan itu sahaja, dia juga mengkritik lawak kumpulan Kecik yang tidak terlalu menarik pada minggu itu walhal kumpulan itu yang mendapat undian tertinggi iaitu 22.9 peratus.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes