Showing posts with label Zarina An-Julie Mohd.Fahizul. Show all posts
Showing posts with label Zarina An-Julie Mohd.Fahizul. Show all posts

Aksi Zarina panaskan Indonesia



LAMA ‘miss kontroversi,’ Zarina Anjoulie Lavocah menyepikan diri selepas dia berbalah mengenai satu isu dengan Awal Ashaari.
Tapi masuk-masuk kerja lepas cuti Hari Raya Korban, terus cerita panas cik Zarina yang manja dipanggil Anju jadi bahan. Panas sungguh si Anju ni, sekali jeling, berwap-wap jadinya, mengalahkan kuah singgang tulang lembu yang baru dimasak.
Heboh orang bercakap pasal aksi berani dedah Anju dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober 2011. Dalam majalah FHM Girls Indonesia tersebut, Anju punyalah bangga selak baju sampai nampak pusatnya yang bertindik. Dalam satu gambar lain pula, dia siap tunjuk lagi coli merah samar melekat di dadanya yang mekar itu.
Memang sedap mata memandang. Kenyanglah, itu kalau letak sekali mangkuk sup ekor pun, ramai yang pilih yang nak tengok kulit gebu Anju.
Diva bangga sebab ada artis tanah air yang mampu sehebat Anju, mampu bolos ke luar negara jadi penghias muka depan majalah popular dengan tajuk From Malaysia with Love. Ala-ala duta kecil Malaysia ke Indonesia, pemanas semangat atlet negara ke Sukan SEA agaknya.
Tak ramai artis yang seberani Anju dalam bab-bab begitu. Anju ni pula suka jadi diri sendiri. Selagi masih cantik, seksi bergetah buatlah dik, nanti dah berusia dah beranak-pinak nanti, jangan marah pula kalau gambar-gambar seluar pendek, coli dan baju nampak buah dada kamu jadi sebutan.

Zarina Ann Julie Tidak Mahu Seksi Lagi

zarina ann julie

Tahniah kami ucapkan kepada Zarina Ann Julie kerana nampaknya dia sudah tidak mahu seksi lagi. Betullah kata orang, manusia ini akan berubah juga suatu masa nanti. Cuma tak tahu bila je. Dan nampaknya masa untuk Zarina Ann Julie untuk tidak seksi lagi sudah pun tiba. Kami cukup-cukup bangga dengan perubahan yang ingin dilakukan oleh Zarina Ann Julie ini.

Dan secara ikhlas, Zarina Ann Julie nampak sangat manis berjubah sebegini. Nampak macam artis Arab. Lebih comel, lebih cantik dan lebih memikat. Tak perlu pakai seksi-seksi. Kami yakin ramai ibu-ibu di luar sana teruja untuk menjadikan Zarina Ann Julie menantu selepas melihat kesopanannya di dalam gambar ini.

zarina ann julie

Klik gambar di atas untuk paparan yang lebih besar. Semoga Zarina Ann Julie akan terus berpegang teguh kepada kata-katanya dan tidak lagi seksi selepas ini.

Zarina An-Julie Sah Positif Dadah

SEPANG: Pelakon Zarina An-Julie Mohd.Fahizul, 24, yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya 'Ops Perayaan Tahun Baru Cina' berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini malam semalam disahkan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing.

Ketua Pegawai AADK di sini, Syaiful Asfar A.Rahman turut mengesahkan rakan Zarina yang juga berusia 24 tahun turut disahkan positif selepas menjalani ujian saringan tersebut di pejabat AADK di sini.

Pelakon yang pernah membintangi drama seram bertajuk 'Anak Pontianak' itu ditahan setelah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Dia yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berhubung gambar separuh bogelnya di Internet ditahan bersama rakannya yang turut mengaku mengambil dadah jenis syabu, dalam operasi yang disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Operasi selama kira-kira tiga jam bermula pukul 8 malam itu melibatkan 27 kakitangan AADK dan 20 penguatkuasa JPJ.

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes