Showing posts with label Rebecca Nur Islam. Show all posts
Showing posts with label Rebecca Nur Islam. Show all posts

Rabecca Buat Rawatan Keluarkan Susu Badan Demi Adam.. kahwin la cepat2


Rabecca bahagia di samping anak angkatnya, Nor Adam Daniel

BUKAN semua wanita muda yang belum pernah berkahwin akan terdetik di hati untuk menyusu anak angkat.

Berlainan dengan aktres jelita Rabecca Nur Al Islam. Bukan saja dia tidak pernah mengeluh dengan tugas barunya sebagai ibu kepada anak angkatnya, Nor Adam Daniel, 2 tapi Rabecca sanggup ketepikan pandangan orang ramai apabila dia sanggup menjalani rawatan suntikan mengeluarkan susu badannya.

Meskipun baru berusia 24 tahun, demi kasih sayangnya terhadap Adam, Rabecca sanggup menjalani rawatan ini.

"Selepas sahaja saya mendapatkan Adam, saya telah pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan suntikan mengeluarkan susu," jelas Rabecca yang mengaku agak teruja untuk merasai pengalaman menyusukan anak.

Gadis kelahiran negeri Johor ini sanggup menyusukan Adam setiap hari walaupun sibuk dengan tugasannya seharian.

Disebabkan proses penyusuan ini juga membuat naluri keibuan Rabecca terhadap Adam seperti ibu sejati.

"Saya menyusukan Adam setiap hari dan saya rasa Adam seperti anak saya sendiri," ujar Rabecca yang sempat menyusukan anak lelakinya selama 3 bulan.

Rabecca bernasib baik kerana sebaik saja mendapat rawatan suntikan pengeluaran susu itu, pelakon 'Jangan Tegur Lagi' ini tidak mengalami sebarang kompilasi atau masalah, cuma terasa bengkak di bahagian buah dadanya saja.

Wajah keibuannya semakin terserlah menanti saat disatukan dengan insan istimewa

"Saya tidak mempunyai masalah. Tapi menurut doktor, dada saya akan terasa bengkak kerana proses pengeluaran susu.

"Tapi selepas tiga bulan menyusukan Adam, keadaan saya kembali seperti biasa," kata Rabecca.

Kata Rabecca, kasih dan sayangnya terhadap kanak-kanak membuatnya nekad untuk bergelar ibu seawal umurnya 22 tahun.

"Saya tidak pernah rasa terbeban kerana terpaksa menjaga Adam. Lagipun jika saya mempunyai masa lapang, kami akan habiskan masa bersama.

"Mujurlah, Adam bukan seorang budak yang banyak kerenah," kata aktres muda ini.

Menyedari dirinya belum berkahwin, Rabecca tidak pernah menjadikan tanggungjawab sebagai ibu sebagai alasan untuk dia meletakkan tugasan menjaga anaknya kepada ibu dan pembantu rumah.

"Saya pernah berjanji dengan diri saya untuk tidak menyusahkan sesiapa dan akan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk anak saya.

"Saya bersamanya setiap masa, tapi jika saya sibuk atau waktu penggambaran tidak mengizinkan membawa Adam, saya terpaksa tinggalkannya dengan ibu saya.

"Saya memang ada pembantu rumah tapi disebabkan banyak kes penderaan, saya tidak percaya tinggalkan Adam dengan orang lain," katanya yang tinggal bersama ibu dan kakaknya.

Tanggungjawabnya sebagai ibu turut membuatnya lebih prihatin tentang pengorbanan sebenar seorang ibu.

"Kini saya lebih menghargai pengorbanan ibu bapa saya yang bersusah payah berkorban untuk membesar dan memenuhi keperluan saya.

"Saya sedih tengok sesetengah anak yang sanggup membuang ibu bapa mereka sendiri," jelas Rabecca lagi.

Sepanjang bergelar ibu, Rabecca mengakui dia kini lebih matang dan menganggap segala gosip dan tohmahan yang diterimanya itu sebagai landasan untuknya lebih berjaya pada masa hadapan.

"Semenjak ada Adam, saya tidak ambil kisah mengenai gosip yang melanda diri saya.

"Adam memberi kekuatan pada saya dan saya menganggap kehadiranya membawa tuah dalam hidup saya," katanya yang mesra dipanggil 'Mama' oleh anaknya.

Menurut Rabecca, dia mula terdetik di hati untuk mengambil anak angkat setelah membaca berita di akhbar tentang pembuangan bayi yang semakin serius.

"Saya mempunyai anak buah seramai 14 orang. Semasa mereka masih bayi, saya selalu menjaga mereka.

"Saya sedih mendengar berita pembuangan bayi. Setiap hari saya berdoa supaya perkara sebegitu tidak berlaku lagi kerana sedih melihat bayi-bayi yang dibuang," katanya.

Kali pertama Rabecca menyuarakan hasrat untuk mengambil anak angkat, ibunya agak terkejut dan menyuruh dia fikir kembali kerana tanggungjawab itu sangat besar memandangkan dia masih muda serta belum berkahwin.

Tapi Rabecca tetap dengan pendiriannya untuk mengambil anak angkat. Dia juga berjanji akan memberikan penekanan pendidikan agama kepada Adam.

Di sebalik kesibukan tanggungjawab dan kariernya, ramai yang sudah tahu Rabecca sedang hangat bercinta dengan seorang duda beranak dua.

Rabecca mengaku dia kini sedang bahagia menjalani kehidupan bersama insan tersayang.

"Walaupun tidak selalu bersama, namun saya dengannya tiada masalah dan kami bahagia dengan cara sekarang.

"Anaknya juga boleh menerima saya dan kami selalu keluar makan bersama," katanya yang sudah terbiasa dipanggil 'Mama' oleh anak kekasihnya itu.

Ditanya desas-desus mengenai rumah tangga yang akan dibina pada tahun ini, Rabecca memberitahu dia akan mengumumkan mengenai rancangan perkahwinannya enam bulan sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Setakat ini, keluarga di sebelah sana sudah menerima saya tapi kami belum putuskan apa-apa lagi.

"Saya akan jemput semua rakan media dan kenalan artis serta semua orang yang kenali saya," ujarnya yang merancang mengadakan dua buah resepsi perkahwinan di Johor dan Kuala Lumpur.

Rebecca Nur Islam – Seksi Juga Adalah Fesyen, Kepala Hangguk Hang!!!

rebecca nur islam

Tarik nafas dalam-dalam. Kami dah teremosi sebentar tadi. Siap maki hamun si Rebecca Nur Islam nie ngan mak kami tadi. Apo nak jadi la minah nie. Dah la tak femes, terpaksa keluarkan statement mengarut tahap cipan untuk mengfemeskan diri. Nie la susahnya bila dah kemaruk nak jadi popular. Cakap macam orang tak ada akal.

Seksi itu juga adalah fesyen. Saya tak ambil peduli, apa pun orang nak kata. Saya tak pernah kacau orang. Mungkin juga orang lain cemburu sebab tak ada nama macam saya.

Sumpah tak boleh blah. Kalau kami ada kat sebelah dia, memang dah hempuk kepala dia kat dinding. Kami tak kisah la kalau si Rebecca nie nak seksi. Tue suka hati dia la. Menyampah tue memang menyampah tengok minah nie seksi. Tapi janganlah buat kenyataan yang tak masuk akal macam kat atas tue. Rasa nak terajang je. Apa kejadah kitorang nak cemburu ngan nama anda? Sepatutnya anda sendiri malu dan sedar diri dengan status nama tue. Tak gitu?

rebecca nur islam

Tambah tak boleh blah bila si Rebecca nie dengan poyonya mengaku dia tak mengejar glamour:-

Saya tak kejar glamor dan biarlah perkara itu yang datang sendiri. Saya hanya mahu mencari rezeki menerusi kerja sebagai pelakon. Berlakon dapat gaji seperti mana orang lain yang bekerja. Saya juga jarang ke majlis hiburan kerana keutamaan saya lebih kepada melunaskan baki penggambaran drama atau telefilem.

Meh kami nak bagitau kenyataan yang pahit kepada anda. Anda memang tak femes. Selama nie anda cuma femes sebab guna isu nama “Rebecca Nur Islam” tue. Buat kenyataan kontroversi sana-sini. Bakat berlakon tak ada. Sebab tue tak femes. Sebab tue artis-artis lain yang start lambat pun dah lagi femes dari anda. Diorang ada pakej. Muka ada dan pandai berlakon. Sayangnya anda cuma ada muka. Berlakon macam kayu. Itu yang terpaksa buat kontroversi dengan nama sendiri. Kalau tak sampai dah tua tak ada orang kenal kot.


sumber dari beautifulnara.com

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes