Madonna Bakal Mengarah Drama Diraja
by Abdul Hamid Lembah Bujang
DIVA pop, Madonna bakal kembali ke kerusi pengarah untuk mengarahkan filem keduanya sebuah drama mengenai kehidupan Raja British King Edward VIII. Aktres itu buat pertama kalinya kembali selepas mengarahkan filemnya yang terdahulu Filth and Wisdom (2008) yang menerima banyak kritikan dan tidak berjaya mencapai pecah panggung.
Madonna yang menerima pandangan dan kritikan daripada daripada umum itu menganggap sebagai permulaan untuk dia memulakan kerjaya di belakang tabir.
Madonna yang bertanggungjawab sebagai penulis dan pengarah untuk filem W.E. itu adalah mengisahkan cerita sebenar mengenai penurunan takhta raja pada tahun 1936 kerana ingin berkahwin dengan seorang janda Amerika, Wallis Simpson.
Madonna-Jesus Luz Bercumbu Di Pusat Hiburan
by Abdul Hamid Lembah Bujang
BARU-BARU ini tersebar gambar Madonna (gambar atas) bercumbu dengan kekasihnya, Jesus Luz (gambar bawah) di sebuah pusat hiburan di Brazil.
Menurut The Superficial kelmarin, gambar-gambar itu diambil ketika Madonna dan kekasih mudanya itu menghabiskan masa bersama di pusat hiburan di Rio de Janeiro pada Rabu lalu. Madonna yang bergaun hitam kelihatan bercumbu mesra dengan Jesus Luz di hadapan publik.
Namun begitu, penyanyi berusia 51 tahun itu khabarnya telah memutuskan hubungannya dengan Jesus Luz pada awal Februari lalu kerana Madonna berasa sudah tidak serasi dengan model tersebut.
Madonna mengenali Jesus Luz pada Disember 2008 lalu, seminggu sebelum dia bercerai dengan sutradara Guy Ritchie. Ketika itu mereka ditemukan dalam satu sesi fotografi majalah W.
Madonna Melabur Dalam Perusahaan Air Kelapa.. US$ 1.5 juta.. WAW!!!
by Abdul Hamid Lembah Bujang
ARTIS terkenal Madonna melabur US$1.5 juta untuk perusahaan air kelapa. Penyanyi seksi ini mula jatuh cinta dengan minuman air kelapa semasa menjalani 'Sticky & Sweetworld' tour.
Madonna bersama pengurusnya Guy Oseary, telah membeli saham di New York perusahaan yang berpaksikan Vita Coco, penjual minuman trendi terbaru di seluruh Amerika Syarikat.
Madonna dan Oseary sepakat bekerja sama dalam bisnes air kelapa dan kelapa hijau.
Menurut rencana, Madonna juga akan mengajak bintang lain untuk bekerja sama dalam usahanya. Mulai dari Matthew McConaughey, Demi Moore, dan Anthony Kiedis 'Red Hot Chili Peppers' dalam skala yang lebih kecil.
Penyanyi Material Girl, yang terkenal dengan pakaian ketat dengan gaya hidupnya ini dilaporkan mulai membuat jus kelapa kesukaannya yang menghilangkan dahaganya semasa konsert sepanjang 2009 lalu.