Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

Aaron Aziz hiasi majalah By'U


Ha bagi peminat Aaron Aziz ini lah masanya untuk korang menambah koleksi gambar sediada aktor ini dengan membeli majalah By'U keluaran Mei 2012. Banyak kisah yang dikongsikan oleh Aaron dalam majalah ini, jadi tunggu apa lagi, lepas kerja/belajar hari ni, pastikan pergi membelinya. :)

Aksi Menghairahkan Aaron Aziz dan Jasmin Hamid dalam teater Badai Semalam

Memang cukup menghairahkan betul aksi Aaron Aziz dengan pelakon hot, Jasmin Hamid. Aksi yang ditayangkan ini adalah bersempena teater Badai Semalam. Lakonan ini juga dijayakan oleh Erra Fazira. Tiket tak usah kata lah, peminat Aaron terutama wanita, dah banyak kebas tiket tu semata-mata nak lihat Aaron. Namun korang tak perlu bimbang dan risau, ianya lagi masih lagi dipentaskan di Istana Budaya sehingga 20 November ini. Tiket diantara RM30 bagi semua golongan dan hingga RM300 bagi yang berkemampuan. Berbaloi lihat theater ni. Tak caya? korang g beli dulu. hehe.


Gambar Erra Fazira terbaru!



Aaron Aziz mohon jadi rakyat Malaysia!

Memang bersemangat wajah betul melihat Aaron Aziz apabila memperkatakan mengenai permohonannya menjadi warganegara Malaysia yang memilik IC. Dengan penekanan konsep 1Malaysia, Aaron merasakan dirinya bakal layak menjadi warganegara Malaysia. Keinginan Aaron begitu berkobar-kobar memandangkan dirinya sudah banyak membuat jasa dan bakti kepada Negara ini melalui filem dan juga industri seni.



Proses ini bukan proses yang senang bahkan mengambil masa yang agak lama dan tidak begitu mudah untuk diluluskan. Kalau diluluskan kemungkinan besar, Aaron bakal memberikan saingan sengit kepada pelakon tempatan dalam sesi anugerah pelakon nanti, percayalah, sebab nama Aaron kini dah semakin naik dan mendapat perhatian ramai.

Maria Farida dalam Datin Ghairah

Sebuah filem yang memaparkan sebuah kisah hidup seorang yang kaya raya. Filem ni dah lama dah dipromosikan dari tahun 2009 lagi, cuma akan ditayangkan pada 2010 atau 2011 (kompius sikit, semak sinitinyurl.com/datinghairah). filem ini dibintangi oleh Maria Farida dan juga Aaron Aziz. Kiranya memang gandingan yang ideal. Kedua-duanya sama cantik dan padan. Tapi harap maklum, Aaron dah berbini. Hehe. Lihat video trailer ni, tidak seghairah mana pun, cuma Maria punya gelek banyak cantik oO. Anda dilarang meniru aksi ini ketika berada di kuburan. Hehe.

Wartawan Geleng Kepala Tonton "2 Alam" bleh ke cecah RM40 juta?? tidak masuk akal lansung.



PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.

Ramai wartawan yang terkejut menonton filem itu selepas menggambarkan angan-angan Dr. Rozmey sebelum ini yang menjangkakan filem berkenaan akan mendapat kutipan pecah panggung dengan kutipan RM40 juta apabila ia ditayangkan serentak di 83 buah pawagam pada 18 November ini.

Pihak media yang menyaksikan filem itu sekadar ingin tahu kenapa selama ini Dr. Rozmey mengelak untuk mengadakan pro-tonton seperti yang dilakukan kebayakan penerbit filem?

Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?

Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.

Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.

Dr. Rozmey.

Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.

“Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan,” katanya.

Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam “fantasinya”.

“Saya rasa jika di campur dari 83 buah pawagam dengan pawagam-pawagam fantasinya, mungkin jumlah itu akan menepati sasaran,” katanya menyindir.

Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.

Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama.

“Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.

Pengarang Hiburan Metro Ahad, Abie Abdullah pula berkata, 2 Alam mempunyai subjek yang baik iaitu tentang keinsafan dan keterlanjuran hidup seorang manusia tetapi persembahan subjek itu dilihat lemah sehingga mengganggu penyampaian sebenar mesej.

Katanya, ada filem lain yang lebih teruk dari 2 Alam tetapi filem ini diperkatakan kerana provokasi yang dilakukan oleh pelbagai pihak.

“Dengan provokasi demi provokasilah membuatkan orang tertanya-tanya tentang filem ini,” katanya.

Sementara itu wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam menjadi filem murahan.

Dalam masa yang sama gandingan pelakon baru Royadi Madada dan Suhaillah Salam gagal memperlihatkan filem tersebut berkualiti.

Lebih ketara katanya, adegan seks murahan telah menyimpang dari konsep filem yang bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya menjadi lebih insaf.

“Filem ini seolah-olah mengaburi mata masyarakat dengan menampilkan adegan dan teknik “flash back” mengenai seks yang keterlaluan,” katanya.

Beberapa wartawan lain yang diminta komen mengenai filem tersebut enggan memberi sebarang ulasan dengan alasan filem berkenaan tidak layak untuk diberi kritikan.

mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.

2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.

Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang.

“Wanita” berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.

Aaron Aziz dan Isteri

Aaron Aziz dan Isteri

Aaron Aziz dan Isteri

Boleh tahan lawa juga isteri Aaron Aziz ni. Bertuah badan dapat isteri cantik kan Aaron? Hehe.. Apa2 pun, kami doakan semoga Aaron Aziz dan keluarga berbahagia sentiasa dan semoga masjid yang telah dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.


sumber dari zonartis.com

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes