Showing posts with label Era Fazira. Show all posts
Showing posts with label Era Fazira. Show all posts

Kuih Raya Tak Cukup Bikin Erra Malu

Erra Fazira

SERIK gara-gara kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu tidak mencukupi pada Hari Raya yang tahun lalu, aktres jelita Erra Fazira mengambil langkah drastik dengan membeli sebanyak mungkin kuih raya untuk sambutan Aidilfitri kali ini.

Menurut Erra, perasaan bersalah pada Raya tahun lalu apabila stok kuih yang dibeli tidak mencukupi membuatkan ibu kepada Engku Aleesya ini sanggup berbelanja lebih kali ini.

"Saya betul-betul serik apabila kuih yang dibeli pada Raya tahun lepas tak mencukupi. Buat malu saja pada keluarga dan tetamu.

"Jadi, untuk tahun ini memang saya beli apa saja jenis kuih yang nampak di depan mata. Biarlah lebih sikit asalkan mencukupi," katanya.

Akui Erra, tindakannya untuk berbelanja lebih pada kuih raya tahun ini bukanlah bertujuan untuk membazir, cuma sejujurnya pelakon yang bakal menggalas watak Tun Dr Hasmah dalam Muzikal Tun Mahathir ini mudah kasihan kepada sesiapa saja yang datang menjual kuih raya kepadanya.

"Saya beli kuih lebih banyak kali ini bukan sebab nak membazir. Saya harap orang tak salah faham pula tapi terus-terang saya akui yang saya mudah kasihan apabila meliha orang menjual kuih raya.

"Bila ada rakan-rakan atau sesiapa saja yang datang menjual kuih raya, pasti saya tak fikir dua kali dan terus beli. Jadi, secara tak langsung stok kuih yang dibeli bertambah banyak," katanya.

Jelas Erra lagi, dia tidak kisah pun jika stok kuih raya yang dibeli itu berlebihan kerana memang sudah jadi amalan baginya untuk membawa kuih raya sebagai buah tangan apabila berkunjung ke rumah ibunya, nenek dan keluarga mertua.

"Kalau stok kuih berlebihan pun tak mengapa sebab saya akan bawa kuih raya sebagai buah tangan apabila berkunjung ke rumah ibu, nenek dan keluarga mertua.

"Selain itu, di rumah sendiri pun pasti akan ramai rakan-rakan, kaum keluarga dan para peminat yang datang, jadi bagus juga jika kuih raya ada banyak," katanya yang menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur pada tahun ini.

r

Sekitar Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH)

ppmh 2010

Ingat lagi tak galeri gambar Diana Danielle yang kami pernah postkan suatu ketika dulu? Ha, banyak gambar-gambar comel DD diambil daripada majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan atau nama glemernya PPMH. Apa itu Media Hiburan? Media Hiburan nie salah satu majalah entertainment la kiranya. Bermutu sikit daripada Mangga sebab tak ada gambar kat tepi swimming pool.

Ramai jugak artis-artis yang datang time majlis anugerah nie. Ada Dato’ Siti Nurhaliza, Umie Aida, Scha, DD dan ramai lagilah. Anugerah yang dibagi plak just for fun jer. Yang jenis lawak-lawak punya. Keputusannya:-

1. Artis Lelaki Paling Bergaya – Anuar Zain
2. Artis Wanita Paling Bergaya – Erra Fazira
3. Artis Lelaki Berkulit Cantik – Dafi
4. Artis Wanita Berkulit Cantik – Siti Nurhaliza
5. Artis Lelaki Mata Mengancam – Dr Fadzley
6. Artis Wanita Mata Mengancam – Rozita Che Wan
7. Artis Lelaki Hidung Memukau – Jimmy Shanley
8. Artis Wanita Hidung Memukau – Rita Rudaini
9. Artis Lelaki Gigi Tercantik – Diddy AF
10. Artis Wanita Gigi Tercantik – Lydia Ibtisam
11. Artis Lelaki Bibir Seksi – Norman Hakim
12. Artis Wanita Bibir Seksi – Linda Onn
13. Artis Lelaki Rambut Menawan – Anuar Zain
14. Artis Wanita Rambut Menawan – Fouziah Gous
15. Artis Kacak – Kamal Adli
16. Artis Jelita – Diana Danielle
17. Pesona Artis Baru – Scha Al Yahya
18. Artis Lelaki Paling Sensasi – Azwan Hj Ali
19. Artis Wanita Paling Sensasi – Abby Abadi
20. Anugerah Khas Media Hiburan – Siti Nurhaliza
21. Anugerah Penghargaan Istimewa Media Hiburan – Ramlah Ram

Kalau korang nak layan lagi gambar-gambar artis time majlis Anugerah PPMH 2010 nie, sila baca artikel ini sepenuhnya.


ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

ppmh 2010

SUMBER DARI BEAUTIFULNARA.COM

Erra Fazira Bertudung Pergi Umrah, Ayu Dan Menawannya ~~

erra fazira bertudung

Ala comelnya gambar Erra Fazira pakai tudung nak pergi umrah. Macam pengawas sekolah menengah. Terus nampak muda 15 tahun. Kan best kalau Erra kekalkan terus pakai tudung nie. Mesti ramai yang akan ikut. Kami suka sungguh keayuan muka Erra kat gambar atas tue.

Khabarnya gambar tersebut diambil masa Erra dan suaminya nak pergi umrah. Baguslah tue. Kalau ada duit tue pergilah buat umrah atau haji terus. Orang lain nak pergi haji simpan duit berpuluh-puluh tahun. Artis-artis yang berkemampuan patut contohi Erra dan Engku Emran. Masa muda dah pergi ke Mekah. At least masih penuh dengan tenaga lagi masa tue.

Semoga Erra dibukakan pintu hati untuk memakai tudung selepas balik dari umrah. Lagi gambar Erra Fazira bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


.

erra fazira bertudung

erra fazira bertudung

erra fazira bertudung


Didie Teruja Bersatu Dengan Erra Fazira Dalam 'Pontianak'

AKTRES Didie Alias mengakui dia dan Erra Fazira pernah menangis dan ketawa bersama. Malah, mereka pernah menjadi teman akrab dan berkongsi seribu satu cerita kerjaya mahupun peribadi suatu ketika dulu.

Namun, keterbatasan masa dan perkembangan karier masing-masing telah merenggangkan kemesraan kedua-dua bintang ini.

Menurut Didie, kerenggangan hubungan persahabatan mereka bukannya berpunca daripada pergaduhan atau persilisihan faham. Cuma, dia akur dengan perubahan masa yang terus membina jurang antara mereka.

"Saya akui dulu saya dan Erra sangat rapat dan kami banyak berkongsi kisah suka dan duka bersama.

"Apa sahaja masalah atau cerita, sama ada berkaitan karier ataupun peribadi, kami pasti bercerita antara satu sama lain.

"Namun, masa terus berlalu dan kami sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing sehingga menyebabkan hubungan yang rapat satu waktu dulu menjadi renggang secara sendiri, tanpa kami sedari.

"Terus-terang saya kata, kami semakin jauh bukan kerana pergaduhan ataupun bersilisih pendapat.

"Kerjaya seni Erra semakin berkembang dan saya pula sibuk dengan keluarga dan kerja belakang tabir, mungkin faktor-faktor itulah yang merenggangkan kami," kata Didie yang kali terakhir akrab dengan Erra sebelum aktres itu berkahwin dengan Yusry pada tahun 2003.

Setelah bertahun-tahun membawa haluan masing-masing, dua teman lama ini bakal bertemu kembali dalam sebuah telefilem terbaru arahan Michael Ang, Pontianak Kampung Batu yang akan memulakan penggambarannya esok (hari ini).

Memainkan watak sebagai pontianak, Didie dan Erra bakal bergandingan sebagai musuh antara satu sama lain dalam drama komedi seram ini.

Didie berkata, setelah hampir 20 tahun mengenali Erra, ini adalah kali pertama dia dan primadona filem itu bersatu di dalam projek drama.

"Apabila Michael menawarkan saya watak ini dan memberitahu saya akan bergandingan dengan Erra, saya cukup teruja dengan peluang ini.

"Maklumlah, saya ini bukan pelakon popular, orang sering sinonimkan saya dengan komedi saja. Bila dapat tawaran begini dan dapat bergandingan dengan Erra dalam satu drama, tentulah saya gembira," ujar Didie berseloroh.

Bercerita lanjut, Didie mengganggap tawaran lakonan ini sebagai permulaan yang baik bagi kariernya untuk tahun 2010.

Malah, Didie juga menyifatkan penyertaannya dalam program realiti dansa, Sehati Berdansa (SB) baru-baru ini, bagai satu hikmah kerana telah menjadikan karier seninya semakin berkembang hari ini.

"Saya amat bersyukur sejak masuk SB, nama dan kerjaya semakin berkembang. Orang semakin peka yang saya masih aktif di dalam industri.

"Pernah satu ketika dulu, kerana tidak banyak tawaran lakonan, saya terpaksa bergerak ke sana sini termasuklah melakukan kerja-kerja belakang tabir demi mencari rezeki untuk anak-anak.

"Alhamdulillah, tahun ini semakin banyak tawaran dan peluang rezeki yang datang. Jadual kerja saya juga padat hingga Jun depan," katanya lagi.

Selain Pontianak Kampung Batu, ibu kepada lima orang anak ini juga bakal mengacara sebuah program dekorasi berbentuk realiti di samping pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira.

Bagaimanapun, Didie enggan mengulas lebih terperinci butiran program tersebut kerana menghormati beberapa syarat yang telah dipersetujui dengan pihak penerbitan.

Lebih mengujakan, pelakon yang telah berkecimpung selama 25 tahun di dalam industri seni ini berkata, tahun 2010 juga bakal menguji kemampuannya bergelar pengarah drama.

Jelasnya dalam malu-malu, dia telah dipertanggungjawabkan oleh seorang teman untuk mengarahkan drama bersiri yang bertemakan kewanitaan dan percintaan.

Projek sulungnya sebagai pengarah itu dijangka bermula sekitar Februari depan dan ditaja oleh satu jenama produk tuala wanita.

Didie bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berjanji akan berkongsi cerita itu apabila ia diumumkan secara rasmi kelak.

Gambar Artis-Artis Malaysia Tanpa Makeup


erra fazira

Pernah bayangkan wajah apa yang akan muncul apabila artis-artis dan selebriti-selebriti wanita Malaysia muncul di khalayak ramai tanpa memakai make up? Mungkin ada yang akan tetap maintain cantik dan lawa seperti Erra Fazira tapi mungkin juga yang akan bertukar menjadi makhluk tak dikenali.

Lagi gambar-gambar artis Malaysia tanpa make up dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes