Showing posts with label Puteri Sarah Liyana. Show all posts
Showing posts with label Puteri Sarah Liyana. Show all posts

Ammar nafi pukul, cekik Puteri Sarah!



Ammar Alfian Aziz menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian baru-baru ni (link akhbar berkenaan). Menurut Ammar, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.


“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar.

-kan lebih elok kahwin cepat-cepat, kan dah timbul fitnah daripada mereka yang tak suka dengan anda.

Keluarga Mahu Ammar Berundur Dari Industri Seni

Ammar ketika ditemubual oleh wakil media di PWTC pada Jumaat lalu. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

BANYAK perkara yang dilalui oleh pelakon dan model Ammar Alfian Aziz selepas insiden ugut bunuh wartawan hiburan di Facebook baru-baru ini.

Ammar akui, sepanjang bergelut dengan masalah itu, ramai wartawan yang mencarinya. Namun disebabkan kekangan waktu sibuk dengan penggambaran drama Atilia, dia tidak dapat melayan semua panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Walaupun begitu, dia tidak mampu membendung perasaan sedih dan kasihannya apabila kekasihnya, Puteri Sarah turut menjadi mangsa keadaan.

“Apabila media tidak mendapat saya, mereka mencari Sarah. Jadi, saya tak sanggup melihat dia menjadi mangsa sehingga rasa bersalah dan mahu cepat-cepat menyelesaikan masalah ini,” kata Ammar.

Malah kedua-dua ibu dan bapanya yang berada di Johor Baru menasihatkan pemuda berusia 22 tahun itu berhenti dari industri seni ini.

Bukan tidak mahu menolong anak sendiri, mereka juga tidak mahu campur tangan dalam masalah yang dihadapi oleh Ammar itu.

“Mereka menasihati saya untuk menjaga diri-sendiri. Tetapi, saya menjelaskan kepada mereka supaya bersabar dan mahu selesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin.

“Saya juga tidak akan berundur dari industri ini. Saya sudah memohon maaf dengan wartawan-wartawan hiburan dan mahu sama-sama menjernihkan keadaan,” katanya selepas sidang media khas memohon maaf secara terbuka kepada wartawan hiburan anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di PWTC, Jumaat lalu.

Segala-galanya telah memberikan pengajaran kepada pelakon drama Tari Tirana itu. Dia dihentam teruk oleh rakan media disebabkan sikap kurang ajarnya itu sewaktu sidang media lalu.

Disebalik padah yang diterima, Ammar mengaku dia berasa ‘fobia’ untuk meluahkan perasaan di Facebook yang sebelum ini dianggap sebagai laman peribadinya.

“Sekarang, Facebook bukan laman peribadi lagi dan saya sudah kurang aktif melayari laman web itu. Ini semua sudah cukup memalukan saya.

“Sebagai pengajaran, selepas insiden itu, saya banyak menghabiskan masa di gimnasium. Di situlah tempat saya meluahkan perasaan gembira dan marah.

“Tak guna saya nak buat perkara yang tidak berguna selepas hal ini berlaku. Dari dulu lagi saya sudah selalu ke gimnasium selain mengisi masa dengan berenang dan bermain bola keranjang,” jelasnya sambil tersenyum.

Rutin hariannya juga padat dengan penggambaran drama dan sekali-sekala dengan peragaan. Boleh dikatakan waktu petang sehingga malam kerjanya hanya tertumpu di set penggambaran.

Cabar Wartawan Pegang Al-Quran, Puteri Sarah Mohon Maaf

Puteri Sarah memohon maaf dan menganggap dirinya sebagai mangsa keadaan Foto The Star Oleh AZMAN GHANI

PELAKON utama Filem Lu Pikir La Sendiri The Movie, Puteri Sarah Liyana memohon maaf kepada wartawan diatas kenyataan yang ditulis di Laman sosial Facebook miliknya yang meminta seorang wartawan hiburan berjumpa dan bersumpah di hadapannya dengan bersaksikan Al-Quran.

Wartawan hiburan tersebut dianggap telah 'membawa mulut' dan mencetuskan kontroversi pergaduhan antara dia dan kekasihnya Ammar Alfian ketika Majlis Tayangan Filem Lu Pikir La Sendiri The Movie. Sarah yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiriAsmaradana semalam juga memberitahu bahawa tujuannya menulis di Facebook kerana dia tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar. "Saya membuat kenyataan di Facebook kerana saya tidak diberi peluang dan diminta penjelasan atas perkara tersebut.

"Saya minta maaf dan saya menjadi mangsa keadaan dimana mendengar kata-kata dari sebelah pihak sahaja," ujar Puteri Sarah kesal kerana menerima cerita tersebut dari Aminah Rhapor, pengarah filem Lu Pikir La Sendiri The Movie.

"Saya tidak diberi peluang untuk beri penjelasan," kata Puteri Sarah.

Menurut Sarah lagi, pengarah tersebut memberitahu seorang wartawan daripadaHarian Metro telah membawa cerita bahawa dia dan Ammar bergaduh.

"Saya difahamkan seorang wartawan telah memberitahu kepada Aminah Rhapor yang saya bergaduh dengan Ammar dan kemudian meninggalkan majlis tayangan PerdanaLu Pikir La Sendiri kerana perkara tersebut.

"Saya meninggalkan majlis kerana ingin bergegas ke lokasi penggambaran dramaAtilia di Shah Alam bukan kerana bergaduh dengan Ammar. Kemudian keluar cerita saya bergaduh di beberapa akhbar tanpa meminta penjelasan daripada saya terlebih dahulu," ujar Puteri Sarah.

Kenyataan ini tertera di laman sosial Facebooknya baru-baru ini. Antara lain, Puteri Sarah berkata..."i balik awal nak gy shooting,org kate i balik awal sebab gadoh!SIAPAKAH ORANG ITU?aminah rhapor bgtau sape but xnakla sebutkan coz im not like u nak burukkan org!ORANG ITU ADALAH REPORTER fr #***.coz of u start reka cite so reporters lain sume prcaya.i juz want u to come n c me n bersumpah PEGANG AL QURAN yg u berk...ata BENAR since u brani sebar fitnah.if xbrani then minta maaf to me n ammar!" yang ditulis 14 Februari lalu pada pukul 9.59 malam.

Sebelum ini, kekasihnya Ammar Alfian Aziz turut dikecam kerana melemparkan kata-kata kesat dan ugutan membunuh kepada wartawan hiburan Malaysia. Malah dalam kenyataanya baru-baru ini di sebuah akhbar tempatan dia enggan meminta maaf atas perbuatannya itu.

Puteri Sarah menunjukan jadualnya yang padat sehingga dianggap cuba melarikan diri dari wartawan.

Sementara itu, Sarah tidak dapat mengelak daripada soalan bertubi-tubi wartawan yang inginkan penjelasannya kenapa dia cuba mengelak dan melarikan diri daripada pihak media. Sarah mendakwa, ini disebabkan dia terlalu sibuk berkejar ke lokasi penggambaran.

"Saya tidak lari dari wartawan, saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama. Jadual saya sangat padat sekarang dengan drama Asmaradana dan Atilia.

"Selain itu, saya juga sibuk dengan pelajaran jadi saya sentiasa terkejar-kejar ke sana ke mari...," ujarnya yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Selangor (UNISEL).

Sarah Puteri tidak ambil hati soal poster


Baru baru ini bertempat di Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara, satu acara Majlis Tayangan Eksklusif dan Sidang Media Filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie telah diadakan. Barisan pelakon filem berkenaan adalah Puteri Sarah Liayan, Mila dan Nabil. Dalam hal yang lain, Puteri tidak ambil hati kerana dia adalah pelakon utama filem berkenaan namun dia tidak ditayangkan di poster filem berkenaan. Yang di tonjolkan adalah Nabil dan Mila, kata orang dalam, mereka berpotensi besar untuk melariskan movie berkenaan kerana kedua-duanya sudah popular di mata peminat. Sabarlah Puteri..

sumber dari izyan.com

Hero 'Tari Tirana' Ugut Bunuh Wartawan Hiburan Di Facebook?

SELEPAS pelakon Indonesia, Luna Maya dikecam baru-baru ini kerana mencemuh wartawan hiburan melalui laman sembang Twitter, kini artis baru Malaysia Ammar Alfian Aziz atau dikenali sebagai Neo dalam drama Tari Tirana pula dengan beraninya mengikuti jejak langkah Luna.

Tindakan berani Ammar di laman sosial facebook mendapati dia begitu marah dan emosi dengan pihak media kerana beberapa sebab tertentu.

Kekasih kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana ini, telah sanggup melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan.

Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di status facebooknya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.

Ammar turutn menuduh wartawan di Malaysia sebagai bodoh dan berpura-pura.

Posting Ammar di Facebook malam kelmarin berbunyi: "Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they're ruining other people's lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA".

Jejaka berusia 22 tahun itu turut membuat justifikasi atau alasan di sebalik tindakannya itu kepada rakan-rakan facebooknya. Kononnya, dia berkata demikian setelah diprovokasi oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan cerita buruk tentang dirinya.

Ammar berkata,..."well they're provoking me by making up stupid dumb story"

Dalam kenyataan susulannya, Ammar turut membuat ugutan bunuh kepada para wartawan yang menulis cerita buruk tentangnya.

"Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD," katanya seperti dipetik dari Facebooknya.

Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati Ammar telah membuang beberapa nama yang disyakki berstatus wartawan dari senarai rakan facebooknya beberapa jam kemudian, hari yang sama.

Sementara itu, Ammar yang cuba dihubungi dari semalam tidak menjawab panggilan telefon dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar bagi memberi peluang Ammar menjelaskan situasi sebenar.

Puteri Sarah Liyana Yang Sentap Dengan Poster Filem Lu Fikirlah Sendiri.. marah betul artis nie.


puteri sarah liyana

Perghhhhhh ~~ Respek kami ngan Puteri Sarah Liyana nie. Selamba kodok jer dia meluahkan perasaan sentap dan tak puas hati dia pasal poster filem Lu Fikirlah Sendiri. Baca punya baca, kami pun akui yang kalau kami jadi Puteri Sarah Liyana kami akan sentap jugak. Iyerlah, kita jadi pelakon utama. Tup-tup kat poster filem muka kita setempek kecik pun tak ada. Sapa tak panas kan?

Si Mila yang dalam poster kat atas tue berlakon 6 babak jer . Secara logiknya Puteri Sarah Liyana yang jadi awek @ watak utama dalam filem nielah yang kena ada dalam poster filem tue kan? Apahal langsung tak ada muka dia? Adakah penerbit filem tue takut dengan kontroversi gambar aksi cium Puteri Sarah Liyana dulu?

Apa-apa pun kami respek ngan Puteri Sarah Liyana yang berani mengeluarkan suara untuk menegakkan hak dia. Ini yang kita mahu dengan artis Malaysia. Tak adala nak ikut telunjuk jer. Bak kata orang, berani kerana benar. Dan pendapat kami dalam hal nie, apa yang Puteri Sarah Liyana buat adalah benar belaka.

sumber dari beautifulnara.com

Puteri Sarah 'Gigit Jari' Terlepas Percutian Gara-Gara PTPTN

Gara-gara tidak bayar PTPTN, Puteri Sarah terpaksa 'gigit jari' apabila terlepas peluang bercuti bersama keluarga di Krabi, Thailand pada Disember lalu.

TAHUN lalu, penyanyi Faizal Tahir pernah terlepas peluang untuk tampil di Anugerah Planet Muzik 2009 di Jakarta, Indonesia apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gara-gara namanya disenaraihitamkan oleh Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) ekoran kegagalan penyanyi itu membayar semula pinjaman pengajiannya.

Terbaru, tiba giliran aktres jelita Puteri Sarah Liyana pula menerima nasib yang sama. Malah, kisah Sarah lebih meralatkan.

Gara-gara tidak membayar semula pinjaman PTPTN untuk pengajian peringkat Diploma di UiTM dua tahun lalu, Sarah telah ditahan ketika pemeriksaan imigresen di KLIA dan memusnahkan hasratnya untuk bercuti bersama keluarga di Krabi, Thailand pada pertengahan Disember lalu.

Menurut gadis berusia 24 tahun itu, dia dan keluarga sudah merancang percutian itu tanpa menyedari namanya telah disenaraihitamkan oleh perbadanan tersebut. Sejurus ditahan dan dilarang untuk ke luar negara, dia dan ayahnya cuba untuk berunding dengan pihak Imigresen agar mendapat sedikit kelonggaran memandangkan bagasinya dan semua ahli keluarga sudah bersedia untuk berlepas.

Namun, peraturan tetap peraturan. Tiada sesiapa walau artis sekalipun dapat berkompromi atau terlepas. Akibatnya, Sarah terpaksa akur sambil 'menggigit jari' menyaksikan ahli keluarganya berlepas ke Krabi. Manakala, Sarah pula terpaksa berpatah balik ke rumah dalam kehampaan.

"Waktu pemeriksaan di imigresen, mereka melarang saya untuk ke luar negara kerana nama telah disenaraihitamkan oleh pihak PTPTN.

"Saya sangka ketika kami cuba berunding dengan mereka (imigresen) untuk bayar semua pinjaman itu serta-merta, mereka akan memadamkan nama saya dari senarai hitam.

"Jadi, dapatlah juga saya ikut keluarga pergi bercuti. Malangnya, keadaan menjadi lebih rumit apabila pasport saya juga dirampas.

"Saya dilarang untuk ke luar negara selagi urusan pembayaran balik pinjaman itu tidak diuruskan dengan PTPTN. Akhirnya, saya terpaksa akur melihat keluarga dan bagasi berlepas ke Krabi tanpa saya," katanya sambil ketawa.

Malah, Sarah turut mengakui, ayahnya cuba untuk membayar seluruh jumlah wang pinjaman sebanyak RM15,000, di tempat kejadian juga.

Bagaimanapun, urusan pembayaran tidak boleh dilakukan serta-merta di KLIA. Sebaliknya, Sarah diminta untuk datang ke ibu pejabat perbadanan itu berserta dokumen yang berkaitan.

"Semalam (kelmarin), saya dan ibu telah pergi ke pejabat PTPTN untuk bayar separuh daripada jumlah pinjaman itu.

"Tetapi, pasport saya masih lagi ditahan dan terlalu banyak proses yang perlu dilalui sebelum pihak berkaitan memutuskan untuk memulangkan semula pasport di satu tarikh yang ditetapkan kemudian," ujar Sarah dalam nada terkilan.

Selain Faizal dan Sarah, sebenarnya ramai lagi artis muda Malaysia yang berpendapatan mencecah lima angka turut menerima nasib yang sama ekoran kealpaan masing-masing dalam melunaskan tanggungjawab itu.

Menyentuh perkembangan kariernya, kekasih kepada pelakon Amar ini tidak dapat menyembunyikan keterujaannya menantikan filem sulung lakonannya, Lu Pikirlah Sendiri De Movie menjengah pawagam tanah air pada 11 Februari depan.

Memainkan watak Natasya, seorang anak hartawan yang cemerlang di dalam pengajiaan di samping kerjaya sambilan sebagai model, Sarah bergandingan dengan Juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil sebagai pasangan kekasih.

Filem komedi romantik arahan pengarah baru, Aminah Rhapor ini bukan sahaja sarat dengan elemen percintaan, malah turut menyelitkan mesej kasih sayang

adik-beradik dan kekeluargaan. Selain Sarah dan Nabil, filem terbitan SDAF Pictures (M) Sdn Bhd ini turut menampilkan penampilan sulung penyanyi genit Mila, kumpulan Meet Uncle Hussain, Zizan Raja Lawak, Vanida Imran, Liza Othman, Zaibo dan ramai lagi

GotZip

Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!
hostgator promo codes